14
May
10

rumah kampung

an almost complete village house
kampung mawai baru, Kota Tinggi

Haku ada sebuah rumah di kampung. Bersebelahan rumah emak dan bapak haku. Rumah kotak empat segi satu bilik jer. Haku bina masa mula-mula haku kerja. Dulu memanglah cadang nak duduk sebelah rumah emak dan bapak sebab tempat kerja pun taklah jauh sangat.

Tapi apakan daya, buah cempedak dah jadi nangka. Haku tak sempat nak duduk masa rumah tuh siap, haku dah pindah bekerja di tempat lain.

Sekarang, dah lebih 20 tahun. Masalah utama ialah sejak jalan raya dibina didepan rumah yang lebih tinggi dari paras rumah, rumah kami selalu dinaiki banjir. Walaupun ramai orang sewa, tapi haku pun kasian gak.

Ituari haku cadang nak cat balik. Tapi pas pk masak-masak, haku cadang nak bina rumah baru kat tanah yang haku dah beli depan kebun emak bapak haku. Seberang jalan jerr. Haku nak pecahkan rumah yang dah usang tuh dan jadikan alas untuk rumah baru. Wak Sarip Dol (bukan nama sebenar) tukang rumah Indon tuh dah berguling-guling beriya-iya benar nak buat rumah baru haku.

Perhatian: gambar rumah yang cantik diatas bukanlah rumah haku. Haku ternampak masa ondway ke Tanjung Sedili minggu lepas. Sebenarnya sudah terlepas, haku sanggup patah balik dan masuk keperkarangan rumah yang baru siap itu dan tangkap gambar. Buat inspirasi saja. Boleh kannns.

Pascanota: Haku malas nak buat entri baru. Tapi haku cuma nak citer sikit. Pasal haku dah gi Hospital Pusrawi (depan IJN) tadi malam. Jumpa YB (Yunus Badawi) yang fofuler itu. Semoga bonda YB cepat sembuh. Teringat pula haku pada emak yang juga sedang uzur di kampung. [+ pertemuan tB dengan YB ]

Gambar memboroi kami dalam wad. Peace oke.


48 Responses to “rumah kampung”


  1. May 14, 2010 at 12:26 am

    wah,. maza yg pertama komen lorr… hehehe

    maza ada sebuah rumah aje.. lagi sebuah rumah coming soon.. design dah siap, siap ada plan lagi cuma tapak tak tahu lagi kat mana.. tak besar pun 6 kaki panjang, dua kaki lebar…, hmm?

    hehehhehe

    (maza kekonon tak nak mengalah gak tu.. hehehe)

  2. May 14, 2010 at 12:31 am

    Wow! rumah tu pun lawa kalu dijadikan impian.

    Ehhh rumah blog ni pun dah bertukar. Nampak lebih canggih, cuma saya kalu baca yang tanah hitam ni, kena bukak mata besar-besarRR sebab rabun…

  3. 7 nakjaDimande
    May 14, 2010 at 12:59 am

    aku ingin lihat rumah kampung yang akan tun buat baru itu.
    senanglah punya rumah dekat dengan emak bapak.

    selamat malam jum’at, tun :)

  4. May 14, 2010 at 7:47 am

    cantik rumah dalam gambar tuu..

    …cantik juga rumah yg sedang sy jenguk ini.

  5. May 14, 2010 at 8:04 am

    Salam..

    Cantik rumah dalam gambar tu..
    Buatlah mcm tu boley.. :)

  6. May 14, 2010 at 8:48 am

    Mula2 aku baca terfikir jugak takkanlah ko nak robohkan rumah yg cantik spt dlm gambar tu. Rupanya rumah org lain. Nanti ko buatlah yg macam tu. Buat 2 – satu utk ko dan satu lagi buat utk homestay. Kalau aku ke Kota Tinggi bolehlah tinggal kat rumah ko nanti hehehe

    psst – terima kasih kerana sudi berjumpa aku semalam dan menziarahi emak aku di hospital. Maaf tak dapat mengeteh dgn ko. Lain kali kita jumpa lagi.

  7. May 14, 2010 at 9:09 am

    Terima kasihlah letakkan gambar tu. Bolehlah aku tumpang fofulariti ko sebenarnya hehehe

    psst – boleh tak ko email kat aku gambar2 semalam tu. Thanks in advance.

  8. May 14, 2010 at 9:48 am

    TB….

    Ko jumpa YB ye……
    Dia seorg yg friendly, kannzzzz……
    :)

  9. May 14, 2010 at 11:05 am

    kampung mawai mmg selalu banjir klu hujan lebat…skrg dah x lagi kannnn.
    rumah tun yg kat jln besor tu ke?

    p/s: aku hanya mampu beli tanah sepongkis je..he3.

    • May 14, 2010 at 11:09 am

      jangan salah paham, kg mawai baru itu haku limpas je masa gi tg sedili, kampung haku bukan di mawai uoolss

      p/s: sepongkis sepongkis, lama lama jadi bukit jugerr, oke

  10. May 14, 2010 at 11:14 am

    salam,
    rumah kat kamgpung skrang ni cantik cantik kanzzz…

  11. 25 Fa
    May 14, 2010 at 11:33 am

    Boleh buat homestay kot!

  12. May 14, 2010 at 12:40 pm

    chantek kan rumah horag tu………….

  13. 29 sz
    May 14, 2010 at 1:15 pm

    hahaha…kawanku kata “boroi” lambang kemewahan..sbb tu ramai anak dara muda2 mengejar..chissss…

  14. May 14, 2010 at 1:45 pm

    Ha…mcm kenal aje rumah tu….?

  15. May 14, 2010 at 5:29 pm

    bila sebut rumah kg teringat rumah ku melaka..huhu rumah yang catik tu..

  16. May 14, 2010 at 9:13 pm

    salam..cantik rumah tu.

  17. May 14, 2010 at 10:32 pm

    Wak Sarip Dol (bukan nama sebenar) tukang rumah Indon tuh dah tak berguling-guling lagi dah .

    Dia dah siap pikul cangkul, pongkes , wheel barrow bagai… lumayan ! lumayan pak !!!

  18. May 14, 2010 at 10:54 pm

    nape sya tak nampak rumah pun? nampak gambar yg bawah tu sajo…

  19. May 14, 2010 at 10:54 pm

    opss..nampak dah..nampak..tp pepecah pulak..

  20. May 15, 2010 at 12:16 am

    TB
    sorry anda di TAG….sila layan tag tersebut ye.. ;o

  21. May 15, 2010 at 12:29 am

    sudah termeterai satu persaudaraan…..

    ;D awatlar kui kui kui..

  22. May 15, 2010 at 1:04 am

    kalaulah dapat tinggal di kampung…
    tinggalkan hiruk-pikuk ..seronoknya..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2010
M T W T F S S
« Apr    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

yang lampau


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: