28
Jan
10

cakap siang pandang-pandang,

Sudah lebih dua bulan, tapi urusan bank loan yang tB mohon untuk rumah lelong yang pertama masih belum selesai.

Semalam, kerani guaman Yeow & Sal sudah telefon minta duit guaman pula. Sebab dorang hendak serahkan caveat pada bank supaya dapat releasekan duit pada bank pelelong. Oleh kerana tB pun guna lawyer yang sama, terpaksalah tB bayar untuk pihak tB dan pihak bank sekali. Double trouble namanya – depan dan belakang.

Pagi tadi, tB sudah buat bank draft. Dua bank draft sekali, satu untuk lawyer fee bank, dan satu lagi untuk lawyer fee diri tB sebagai pembeli.

Terlanjur sudah berada dalam bank, tB bayar sekali hutang kad kredit itu. Bila tB check online dalam akaun kad kredit, terlebih bayarlah pulak. Tapi tidak mengapa, bulan depan, kuranglah sikit tB membayarnya. Betul kah seperti kata peribahasa, bersusah dahulu bersenang kemudian.

Semasa menunggu kerani di bangku berhadapan receptionist pejabat guaman itu, tetiba ada dua orang perempuan berbangsa tionghua masuk. Sorang amoi bersama sorang makcik juga. Mula-mula tB cuak sebab lagak seperti salesman. Ingatkan kerani receptionist itu akan halau mereka keluar. Tapi amoi itu bercakap dengan receptionist bangsa india dengan lemah lembut yang tB terjemahkan berikut:

amoi cun petah bercakap: kami volunteer dari gereja, datang hendak memberi risalah tentang aktiviti kami… kalo u ada masalah famili, keluarga di rumah, u selalu pegi kemana? kamu ada tempat untuk mengadu?

kerani india: hmm tidak, biasanya kami pegi ke temple

amoi cun petah bercakap: ooo, tidak mengapa, i tinggalkan risalah kat sini ya

Dan mereka pun berlalu keluar dari situ. Tapi membuatkan tB berfikir sejenak, kalau kita sebagai umat islam dinegara (memartabatkan Islam sebagai agama rasmi) kalau ada masalah keluarga kemanakah kita hendak mengadu? Adakah kita akan terus terjah ke mahkamah? Atau meminta nasihat counseling kat pejabat agama dahulu? Tapi mengapa masih ramai yang sanggup membunuh anak yang tidak berdosa atau membunuh diri atau meluahkannya dalam blog peribadi saja dan sebagainya.

Gambar diatas: masa tB menunggu di receptionist pejabat lawyer semalam.


21 Responses to “cakap siang pandang-pandang,”


  1. 1 secangkir madu merah
    January 28, 2010 at 2:05 pm

    salam, manusia yg cetek akal akan mengambil tindakan bodoh spt membunuh anak yg dikandung sendiri..dosa pertama tidak sempat tertebus membuat dosa yg lain pula…na’uzubillah..semoga kita dijauhkan dari perkara2 yg tak diingini…

  2. 2 Faizah Jaafar
    January 28, 2010 at 2:40 pm

    negara islam tu kulitnya saja…dalamnya mcm sekular….

  3. 3 noniey
    January 28, 2010 at 2:42 pm

    salam kenal tb..kalau semua orang islam berdakwah macam tu kan ke bagus.. ramai sukarelawan.. bersatu padu.. takde lah terjadi sume perkara2 yang berlaku skrang.. adik beradik sendiri pun dah tak nak dipercaya.. anak sendiri pun macam2 bleh buat..

  4. 4 tunbegia
    January 28, 2010 at 2:54 pm

    yatie: semoga semua selamat, dunia dan akhirat,faizah:sungguh sekular,noniey:salam kenal juga,

  5. 5 WanHidayat
    January 28, 2010 at 2:59 pm

    Hurrmmm…..gigiehkan mereka berdakwah???.Kita??? Tepuk dada tanyalah iman…kan..Selamat siang TB

  6. 6 cacah
    January 28, 2010 at 3:03 pm

    hmmm sepatutnya semua boleh berfikir dengan waras masa buat keputusan… barulah takde benda tak elok yang terjadi… ini buat perkara macam tak tau baik dan burukk…harap2 kita semua sentiasa dalam lindungan Allah dan kita pun berusahalah, dekatkan diri dengan Allah… ini tak ingat Allah masa susah je… (ingatan pada diri sendiri)…

  7. 7 xiiinam
    January 28, 2010 at 3:09 pm

    Moga semua urusan dipermudahkan….

  8. 8 tunbegia
    January 28, 2010 at 3:26 pm

    wanhidayat:selamat petang juga,cacah:awak belum berumahtangga lagi kan,xiiinam,amin,

  9. 9 cacah
    January 28, 2010 at 5:11 pm

    tB, belum lagi. kenapa? do i sound like married people? wwawawawa

  10. 10 tunbegia
    January 28, 2010 at 5:39 pm

    cacah:tak dapat tB nak menolong,

  11. 11 Tie
    January 28, 2010 at 9:10 pm

    Kita kena guna cara mereka untuk berdakwah di samping dapat memastikan saudara kita terutama yang baru itu terbela.

  12. 12 tunbegia
    January 28, 2010 at 9:14 pm

    tie:tB dah lama tak join tabligh,

  13. 13 ije
    January 28, 2010 at 9:18 pm

    kita ‘buta’ di negara sendiri.

  14. 14 tunbegia
    January 28, 2010 at 9:30 pm

    ije:tetiba tB teringat dah lama tak pakai cermin mata,

  15. 15 merahitujambu
    January 28, 2010 at 10:07 pm

    salam singgah

  16. 16 xiiinam
    January 29, 2010 at 12:37 am

    Wong Jowo Batu Pahat yo….?Sekapal rupane kito…..

  17. 17 tunbegia
    January 29, 2010 at 3:44 am

    merahitujambu:salam juga,xiiinam:kito kan sedulor,

  18. 18 Mama Mya
    January 29, 2010 at 6:15 am

    salam ziarahsuka baca n3 nie tapi x tau nak komen mcm mana.. time kasih berkongsi info/nasihat :)watiequefamili.com

  19. 19 tunbegia
    January 29, 2010 at 7:47 am

    watie:alhamdulillah, ada juga orang yg suka baca blog tB walaupun masih baru dalam blogging,salamm,

  20. 20 Nadri aka AyahAiman
    February 1, 2010 at 1:53 pm

    membeli hartanah lelong mmglh pelaburan yg baguz..harga lebih murah drp harga pasaran..tp yg paling penting dlm pelaburan hartanah ialah lokasi, lokasi, lokasi..p/s: salam kabare seko wong jowo benut..

  21. 21 tunbegia
    February 1, 2010 at 3:02 pm

    AA:lokasi memang penting,


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
January 2010
M T W T F S S
    Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

yang lampau


%d bloggers like this: