11
Mar
10

kalau taknak beli, janganlah tengok

Sorry! Dont Buy Cannot Test! kat kedai handphone & kamera Kodak, Taman Rinting,

Sebagai pemilik rumah boleh tak cakap macam gitu? Tapi kalau tak boleh tengok, camana nak beli kannns.😦

Sudah lebih enam bulan pengalaman menjual rumah. Depan Tesco yang itu.

Macam-macam ragam orang yang datang konon nak beli. Melayu sudah, Cina sudah, India pun sudah, 1 Malaysia sama saja perangai.

Ada dua ibu tunggal. Satu malu nak cakap laki ikut pompuan lain. Satu lagi bawak kereta penuh tiga orang anak kecil-kecilan. Lagi selamba cakap – anak ramai, takde laki. Camana tu?

Ramai yang datang tengok rumah. Ada yang beriya-iya nak beli. Pastu cakap duit EPF cukup untuk downpayment. Ada bank boleh bagi 100% loan.

Jap. Mak nak bagitau sikit. Kalau takdok cash 10% jangan harap boleh beli rumah. Duit lawyer nak bayar dengan apa?

Penat tau mak bukak mangga gate, pastu bukak mangga grill pintu, pastu bukak kunci rumah. Dah bukak kunci kena masuk rumah. Kena switch on lampu. Bukak segala pintu pintu bilik rumah kasik korang tengok bagai.

Nak kuar rumah pun sama. Kena tutup turutan diatas.

Tapi tak apa. Mak memang nak jual rumah itu. Orang kata suruh bersabar dan anggap cabaran saja.



4 Responses to “kalau taknak beli, janganlah tengok”


  1. 1 DrSinga
    March 11, 2010 at 7:18 am

    selamat pagi Khamis TB!!
    kena lah cuba try test uji dulu kan…
    kamera lah… bukan rumah..

  2. March 11, 2010 at 11:05 am

    salam

    kena nengok dulu baru boley beli kann.. eh tapi saya nengok dari jauh jek coz x mau beli hihihi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.

yang lampau


%d bloggers like this: