11
Mar
10

kwsp jalan raja laut

As a customer-focused organisation, the EPF delivers efficient and reliable services for the convenience of its members and registered employers.

Citer pasal rumah untuk dijual di depan Tesco itu lagi.

Kali terakhir kuarkan wang simpanan KWSP empat tahun lampau. Mula-mula taknak kuarkan.Ā  Bukan desperado sangat nak pakai duit. Tapi kalau kuarkan sekarang, kalau dapat jual rumah, boleh dapat duit cash lagi. Boleh buat bisnes beli jual rumah lelong lagi. Duit buat duit kata tauke balak yang ada 100 lori hantu itu. Lori bukan hantu pun banyak jugak. He he he, haku pinjam cerita benar dari blog Yunus Badawi sekejap.

Nak dijadik citer. Bukak fail rumah yang lama. Berabuk dan bersawang sudah. Dokumen-dokumen S&P dan surat-surat bank disusun cantik. Tiadalah barang dokumen tentang rumah depan Tesco itu tidak tersusun kesemuanya kecuali tersusun cantik-cantik belaka.šŸ˜‰ Tiap-tiap dokumen pun fotostat satu persatu.Ā  Cuma surat bank nak tunjuk baki pinjaman terkini saja kena mintak.

Dipendek citer. Semua dokumen sudah siap ready. Borang gadaian 16A ada. Copy geran 11A ada. Surat bank pertama ada. Surat bank kedua sebab refinancing ada. Ikut checklist KWSP dulu-dulu. Surat bank ketiga dan terkini pun sudah diterima.

Semalam merempit ke KWSP Jalan Raja Laut. Drift jalan Kampung Baru. Pastu potong Jalan Tunku Abdul Rahman. Limpas Lorong Haji Taib 1, 2, 3, 4 & 5. 11 minit sampai sudah. Cuma tak sempat nak singgah CM. Lebih 4 tahun tak kesana (KWSP).Ā  Masih lagi beratur ambil nombor giliran. Tapi banyak kaunter sudah diagih-agihkan.

Sampai giliran, gi kat kaunter nombor 1. Bagi semua dokumen yang sudah difotostat. Macam nak jual suratkhabar lama. Abang kerani belek-belek. Cuma mintak IC dan surat original dari bank terkini. Itu saja? Ooops hampir tertinggal, kena isi borang permohonan pengurangan baki pinjaman rumah dulu.

Walaupun abang kerani tak bilang. Tapi rasa membazir saja spend masa dua hari dua malam susun dokumen fotostat bagai.šŸ˜¦

Scan jari kanan masuk komputer. Pastu cop jari kanan lagi kiri lagi pakai dakwat hitam macam dulu-dulu. Tunggu saja 2 minggu dia kata. Fuyoh. Sempat lagi abang kerani berseloroh, “encek tunbegia sekang kita takyah fotostat dokumen segala.. sumernyer ada dalam sistem.. canggih kan”

Memang senang gilerr uoolss. Satu jam sudah ada kat ofis balik.

Mungkin dimasa akan datang. Tidak perlu ke KWSP Jalan Raja Laut lagi. Boleh buat transaksi depan laptop saja. Sambil update blog.šŸ˜€ Dan boleh terus masuk akaun bank sendiri. Dapat beli lori hantu sebiji pun oke perghh.šŸ™„

Sembang petang Khamis malam Jumaat. Salam sayang untuk kengkawan semua.šŸ˜Ž


4 Responses to “kwsp jalan raja laut”


  1. March 11, 2010 at 12:55 pm

    komen sat….

    1st!

  2. March 12, 2010 at 2:57 am

    Kenkadang, bila kita ingat pejabat tu canggih tentu tak perlu segala nika mak nenek. Tapi bila berurusan, tup-tup macam-macam dipinta. Jam tu, baru nak tepuk dahi… maka dengan muka selamba kita beritahu… “ingat tak perlu hehehe”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.

yang lampau


%d bloggers like this: