22
Mar
10

keranamu tahi menimbun

excluded me, myself and I at Painted Cave

Semalam (Ahad) sudah berjaya meredah hutan belukar semak samun ke Gua Niah. Memang mencabar juga. Walaupun jalan ke gua sudah cantik jelita dengan bersimen, berpapan dan berpagar bagai, tapi berjalan kaki dan menaiki anak-anak tangga sejauh 4.5 km itu yang amat meletihkan.

Alhamdulillah, dalam usia selanjut ini, haku masih mampu melakukan aktiviti-aktiviti sebegini.

Gambar-gambar pengembaraan sudah diupdate seperti dibawah.

6.03am: Dari Piasau, perjalanan 95km mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Jauh juga. Sebelum mendaki, kami sarapan pagi dahulu dengan sandwich di Simpang Bukit Niah. Kang semput lapar dalam gua siapa nak menjawapnya. Masa sampai, Nurul (bukan nama sebenar) pergi melapor diri dahulu. Seperti pemandu pelancong bertauliah, dia memberi sedikit gambaran tentang journey yang bakal kami lalui. Jauh juga. Kira-kira 4.5 km perlu dilalui. Berbekalkan sebotol air mineral (500liter), air tin root beer dan air tin 100 Plus sebagai bekalan, haku meneruskan derap langkah. Ops, kena naik bot. Ingatkan jauh giler, rupanya seberang sungai jakk, tak sampai 40 meter pun. Ceh!

Setelah menyeberang, kami melalui trek yang telah disediakan. Ok la, dah ada laluan khusus, siap bersimen berpapan berpagar. Haku ingatkan kena meredah hutan belantara semak samun bawak parang tetas pokok bagai. Jauh tak jauh, kira-kira sejam juga berjalan kaki sebelum berjumpa sekumpulan makcik iban berlonggok menjual cenderamata. Kat sini pun ada unsur perniagaan? Yang best semuanya jual benda yang sama, dengan harga yang sama. Dasyat betul, tapi haku rasa dorang tinggal kat belakang sinun saja.

Tapi haku tak beli la apa-apa pun sebab air yang haku bawa masih belum luak lagi. Berlagak konon. Perjalanan diteruskan selepas take 5. Kami kemudiannya sampai di Traders Cave. Sebelum ini haku ada baca sikit, tempat ini dimana para pembeli sarang burung dan guano berkumpul. Dari mata kasar, haku rasa inilah tempat tinggal diorang sebab ada bekas rumah panjang. Kawasan itu agak berlumut, tetapi bersih. Mungkin kerana pengunjung yang datang pandai buang sampah dalam tong sampah yang disediakan kot.

Haku masih larat. Sampailah laluan mendaki tangga bermula. Mak ai. Tingginya. Jauhnya. Haku mulai keletihan. Setiap kali air haku togok makin berat pula kaki nak melangkah. Sampai satu tahap, haku sanggup la kalau kawan-kawan seret haku untuk sampai ke atas. Haku tak henti-henti caci-maki diri sendiri. Orang lain sedap tengok TV makan nasi lemak dan baca blog. Haku pulak membuang peluh memanjat tangga meredah hutan. Menyesal tak payah cakaplah. Cuma haku tak menangis kesedihan aje. He he he. Gediks kannns. ;-P

Tapi bila dah sampai, perasaan menyesal itu semua hilang. Wah, haku dah sampai Gua Niah! Ramai juga manusia di sini. Ini baru dipintu gua. Belum masuk dalam lagi. Haku dimomokkan dahulu dengan cerita Nurul (bukan nama sebenar). Konon tahi kelawar di mana-mana dan ada potensi kelepak ke muka kami. Ah, sudah, sibbaik haku pakai gloves, bandana, topi dan baju ujan juger.πŸ˜‰

Perjalanan masih turun naik mendaki. Sekali lagi haku menyesali diri dan caci-maki diri sendiri. Kenapalah sebegini jalan yang perlu diredahi. Kalau ada eskalator kan senang. Bangang! Ini gua la yong, mana celahnya nak dapat eskalator. Nasib baik banyak berhenti ambil gambar. Sasi the don target perjalanan dari mula sampai keluar gua mesti kurang dari 4 jam.

Mana maunya, sessi bergambar memang melambatkan masa. Belum lagi tersandar keletihan di pondok hujung gua dan sessi menaga. Kami turun semula setelah semua aktibiti di atas selesai. Sampai di tempat menunggu bot, haku tengok jam. Sudah pukul 1.30 petang. Dan kami menjamu selera nasi impit, mee goreng. Sebenarnya kami memang sempat pun ke gua satu lagi yang dipanggil Painted Cave, atau Gua Kain Hitam. Kami berkumpul ramai-ramai dan mengambil gambar ramai-ramai jugak.

Haku tak menyesal meredah Gua Niah. Jika ada rezeki, haku mahu ke Gunung Mulu pula.


22 Responses to “keranamu tahi menimbun”


  1. March 22, 2010 at 9:07 am

    Tahniah!Dah sampai juga kamu ke sana.

  2. March 22, 2010 at 9:28 am

    macam best jek..hui3..
    ceriang2 semuanya rakan2 tun..hihi

  3. March 22, 2010 at 10:29 am

    wah, hebat tB…stamina kuat!! keh3

  4. March 22, 2010 at 10:41 am

    Wah… tentu sempat cari air liur burung layang-layang tu kan… selain tahi yang menimbun itewww…

  5. 9 zue
    March 22, 2010 at 11:10 am

    nape x kutip tahi menimbun iteww leh buat baja. he3.

  6. 11 DrSinga
    March 22, 2010 at 11:28 am

    tahi dan air liur pun mahal kan…

  7. March 22, 2010 at 7:13 pm

    kabarey kang…suntek gambarey. tersusun dan teratur (eh podo lah makneynekan) layout shuntek, Cayalah!

  8. March 23, 2010 at 1:01 am

    Salam TB,

    Wah… seronok tgk TB mendaki gunung niah…

  9. 17 sebaliktabir
    March 23, 2010 at 8:46 am

    rindunya saat macam ni TB….teringin nk adventure lg…dah lama tak join..

  10. March 24, 2010 at 2:47 pm

    best..best..best…!!
    kepingin arek merono…

  11. March 28, 2010 at 1:13 pm

    he..he..he…nice trip…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.

yang lampau


%d bloggers like this: