07
Apr
10

while I was away

between Kuala Belait and Sungai Tujoh (10 days ago),
sempat lagi Kor (bukan nama sebenar) ittewww angkat dua jari wehh, haku hingatkan satu jari jerr (sampai haku zoom in baru clear),

Sudah lama haku tak citer pasal rumah lelong. Walopun masih belum terjual, banyak citer sebenarnya.

Tiga minggu lepas, sebelum haku kuar outstation. Haku sudah tampal iklan dalam paper The Star yang itu. Masa iklan kuar, haku sudah berada di seberang lautan uoolss. Maka banyaklah ulat-ulat, ejen-ejen rumah dan pembeli yang bertanya. Haku layan saja walopun haku jauh dimata. Jauhlah sangat kannns. Sebelum itu, haku sudah lantik sorang ejen untuk tengok-tengokkan rumah haku. Ejen rumah muda (paras hensem bagai hero Korea) yang pelat cakap melayu. Cakap English pun pelat juga.😛

Semalam lepas magrib, haku terjah ke rumah lelong teres. Ada janji dengan sorang ejen rumah pompuan bangsa cina.  Bila haku sampai sudah empat banner iklan ejen rumah bergantungan depan pagar bagaii. Kebetulan, masa haku sampai,  jiran sebelah (bangsa Melayu bin tunbegia juga) ada diluar rumah sedang siram-siram pokok dan siram-siram kete E-Class kaler biru uoolss. [+ Harga WTF 1 ialah RM86,680 sahaja ] Tak semena-mena bin tunbegia ajak haku masuk rumah mengeteh lah pulak. Sementara tunggu ejen rumah sampai, haku layan saja. Kebetulan bin tunbegia baru saja selamat menguruskan majlis perkahwinan anak lelakinya semalam (Ahad). Sebenarnya haku dijemput, tapi sebab haku pun jauh dimata, dia pun paham. Tapi kami berborak tak lama sebab ejen rumah dah sampai.

Haku masuk rumah lelong teres haku sambil bawak ejen rumah dan bakal pembeli (bakal nak belilah sangat kanns). Memanglah rumah takde orang, sebab tuh bilik air dan bilik tidur penuh dengan najis tikus bersepah-sepah. Bau bangkai dimana-mana. Macam rumah mayat sudah. Bangkai kucing (yang dulu) pun nasib baik ejen yang satu lagi sudah buang. Tapi tak dicuci. Biarkan je, kata ejen muda hensem bagai hero Korea itu bilang kat Tun yang kebetulan dia pun sampai selepas ejen pompuan nak balik. Haku pun tak janji nak jumpa dia malam tadi.  Dia pun ada bagitau, sepeninggalan haku, sudah tiga ekor bangkai tikus mondok dia buang ke longkang kat depan rumah. Bini jiran (bin tunbegia) pun confirmkan jugak yang dia memang nampak bangkai tikus kat longkang tuh! Haku tak kuasa nak tengok.

Sebenarnya ejen muda hensem bagai hero Korea itu ada appointment dengan bakal buyernya. Nak tengok rumah malam itu juga. Sempat halau haku balik kata tak payah tunggu, dia boleh settle. Dia kata gak, sudah berbelas-belas buyer tengok rumah. Tapi belum ada yang letak deposit lagi. Dia suruh haku bersabar sebab dia yakin rumah lelong teres haku itu akan laku tak beberapa lama lagi. Kata dia lah kanns.

Masa haku nak melangkah balik, tetiba haku teringat yang haku belum habis berborak dengan jiran sebelah bin tunbegia yang tadi. Jadi haku melangkah masuk rumah lagi dan terus ke dapur. Terus sambung mengeteh dan berbual-bual kosong dengan bin tunbegia. Sebenarnya bukan dia hidang air teh atau air kopi, tapi air botol sarsi jerr. Tambah dua ketul ais sudah. Dan makanan biskut kuih raya balance kenduri kahwin semalam. Tapi kami seronok juga citer pasal aktiviti dia yang sudah beberapa tahun pencen dari sektor awam (berkaitan Petronas juga). Haku korek-korek citer bisnes dia. Dia pun suka dikorek-korek, maka kuarlah semua citer yang menarik juga. Tiada yang tidak menarik, kecuali citer yang menarik-narik belaka.

Sebelum itu, haku nak intro la sikit yang bin tunbegia nih ada sorang bini dan tiadalah bin tunbegia dikurniakan oleh Allah swt anak yang ramai kecuali anak cuma sorang juga. Anak tunggal lelaki baru graduate dari oversea uoolss, bidang akauntan. Dan baru kahwin juga. Majlis kahwin hari Ahad lepas (4/4/10). Cantikkan nombor tuh. Haku pernah bersapa dengan anak bin tunbegia nih, itupun kat luar masa beliau baru balik kerja. Dan semalam dia lepak kat bilik atas, pengantin barulah kanns. Tapi sempatlah gak haku bertentang mata dengan bini baru dia (muda, ramping lagi jelita) yang datang jenguk ke dapur dengan baju kelawarnya (tanpa bra). Haku senyum saja kat dia. Dan dia membalas senyuman haku. ;-P

Berbalik pada citer bin tunbegia tadi. Walopun pencen, dia ada terima offer soh buat keje contract dari bekas ofis (Petronas), tapi dia dah malas katanya. Walopun offer leh dapat RM20K sebulan bagai. Lagipun dia nak relaks kat rumah, dah penat bertahun-tahun melayan kerenah birokrasi pejabat. Takkan tergolek dogg je kat rumah,  takkan nak layan bini je 24-7, anak pun dah besar panjang dah kawen pun, mesti ada bisnes yang dia buat, haku tanya (sambil korek-korek rahsia). Hahaha, dia gelak, jarum sudah mengena uoolss. Memang ada, bisnes livestock katanya. Jual beli lembu.  Yang bestnya, dia tak pernah pun tengok lembu-lembu yang dijualnya. Semuanya atas kertas. Orang lain yang uruskan. Jadi orang tengah, antara Joe dan Wahud (kedua-duanya bukan nama sebenar uooolss). Joe akan uruskan pembelian lembu dari Siam, manakala Wahud sebagai pemborong lembu diseluruh lembah Klang. Dapatlah RM15K ~ RM16K sebulan. Itu belum lagi masa hari perayaan Qurban atau sewaktu dengannya. Fuyohh, saking herannya, mulut haku sampai melongoh ternganga-nganga, cuma tak mengences dan mengiler saja.

Mungkin ada kengkawan nak tanya, kenapa ‘bin tunbegia‘? Sebabnya, nama bapak kepada jiran haku tuh sama macam nama haku daaaa. Sampai dalam bisnes kad dia yang haku mintak pun tulis bin tunbegia gitu (memang pun). ;-P

Wah, panjang gilerr entri merapu haku kali ini. Gasaklah kanns.

Satu lagi, haku nak tukar pulak susunan komen kengkawan. Komen yang terbaru akan jatuh kebawah sekali. Lagipun bila korang klik kat komen, korang akan nampak orang yang mula2 komen kat atas. Komentator pertama haruslah dihargai. Voleee ghitewww?

Sembang pagi Rabu. Salam sejahtera buat kengkawan semua lah.


24 Responses to “while I was away”


  1. April 7, 2010 at 12:15 am

    panjangnya entri TB kali ni..bukan ke anti scroll?hehe

    salam pagi Rabu TB

  2. April 7, 2010 at 4:37 am

    menarik huhuh… kira ok la dapat income cam tue tanpa memeningkan kepala dengan status biroKerasi.

    amboi.. sempat lagi jeling-jeling ek… mbe tue tengah happy.. karang niat hati mu pulak berubah.. xpe, kita adalah lelaki, menumpang pada dunia [lupa lagu apa]

    salam pagi rabu [dah rabu dah ek]

  3. 5 DrSinga
    April 7, 2010 at 7:31 am

    bukankah baju kelawar semestinya gituu…🙂
    morning TB!

  4. April 7, 2010 at 10:23 am

    waasalam aper citer, rumah tak dapat org lagi ke…ariosss

  5. April 7, 2010 at 11:11 am

    penat baca n3 tb yg panjang ini…
    sempat lagi mata menjeling jeling ke**** si pengantin baru itewwww…

    salam….rabu dah ropanya…

  6. April 7, 2010 at 11:13 am

    ala-ala hero korea? serupa dengan yang mana? yang belakon boys over flower tu ker?

  7. April 7, 2010 at 11:23 am

    thank you abg tun…layannnn

  8. April 7, 2010 at 1:49 pm

    huih.. panjang betul..
    habis baca kat bawah, dah lupa apa yang ditulis kat atas…

  9. April 7, 2010 at 3:05 pm

    Biasa… bila dah ada sorang pembeli yang dah beri kata putus setuju nak beli, di situlah datang yang lain berderet-deret nak beli.

  10. April 7, 2010 at 8:45 pm

    sy dtg melawat sini pulak🙂

  11. April 7, 2010 at 10:01 pm

    salam….
    amboi, mata sempat menjeling ke arah pengantin yg pakai bj kelawar tanpa ***…heheh…

  12. April 8, 2010 at 1:25 am

    wakkakka…

    walaupun panjang entry ini.. tetapi syok dibaca lorr.. hehehhehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

yang lampau


%d bloggers like this: