14
Apr
10

lunchtime accident

lunch time injury: compensable?
Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur (yesterday afternoon, and nothing to do with me)

Walaupun haku dah tau semua perkhidmatan bas ekspres di Puduraya sudah dipindahkan (sementara) ke Bukit Jalil. Tapi haku degil gatal nak gak gi Puduraya sebab konon-konon nak tukar tiket. Berjalan kaki dari Mesjid Jamek sudah.

Tapi tidak haku sangka, buah cempedak dah jadi nangka, semua pintu masuk ke bangunan Puduraya sudah tertutup rapat.Ā  Tiadalah yang tidak tertutup rapat, kecuali kesemuanya tertutup rapat-rapat belaka. Dorang dah pindah ke Bukit Jalil rupanya, sementara tunggu Puduraya dinaiktaraf.

Citer lain, pasal rumah lelong kedua haku (kondominium je). Loyar bilang bank deraf (duit balance 90%) dah ready nak serah kat bank pelelong. Tunggu haku siapkan bank deraf untuk upah loyar buruk pulakk (dorang lah tuh).Ā  Lepas pujuk rayu bagaii, dapat diskaun 15% sudah. Tapi yang haku bengang sampai sekarang – tuan rumah yang lama masih dok terperap kat rumah itu. Takkan haku nak panggil gengster atau along Bukit Beruntung (teringat arwah Din Beramboi) untuk halau kakak janda anak tiga pulak. Sampai bergaduh dengan loyar mata duitan ala yahudi yang sempat perli-perli haku kata, ‘lenkali tun kalo nak beli rumah lelong kena tengok check periksa test ulangkaji dulu masih ada orang ker takde orang ker,’ Eh, haku pulak yang dimarahnya. Abes, korang (loyar-loyar) tuh watper? Bukankah kalo kita dah beli rumah, rumah itu automatically jadi rumah kita? Takkan tuanrumah yang lama tak paham kalo dah tak mampu nak bayar sampai bank kasik lelong, takkan masih berlagak macam rumah dia pulakk? Rupa-rupanya undang-undang kat Malaysia nih masih banyak lobang kolongnya.Ā  Patutlah banyak kes cerai-berai atau sodomi atau sewaktu dengannya walopun dah berbelas2 tahun masih belum settle lagikk. Menyammfahh kanns.


40 Responses to “lunchtime accident”


  1. April 14, 2010 at 12:32 am

    isk,..sakitnya hati jadi macam tu. Harga rumah bukan seringgit dua boleh nak bagi org lain duduk bertukun kat situ lama2.

  2. April 14, 2010 at 12:32 am

    eh, komen tak keluar ke nih?

  3. 7 DrSinga
    April 14, 2010 at 9:11 am

    degil…šŸ™‚
    bukan gatal…
    (dah kata ‘dah dipindahkan’ kannnnns)

  4. April 14, 2010 at 12:16 pm

    along bukit beruntung tu best

  5. April 14, 2010 at 1:23 pm

    Salam Tun,

    Betul tu sekarang ni kalau ke klinik biasa masuk 2 kali tapi tak jugak baik-baik demamnya, eloklah bawa ke hospital tak kiralah hospital kerajaan atau swasta.

  6. April 14, 2010 at 1:24 pm

    aku sokong dr.singa~ degil hahaa

  7. April 14, 2010 at 3:54 pm

    Tak kan nak buat report polis baru mak jan 3 anak tu nak keluar… ish… ish… tak patut. Tapi di sebalik ini, mak jan 3 anak tu menderita kerana terpaksa memikirkan di mana harus tinggal selepas ini. Mungkin dia nak dok menumpang dulu sehingga urusan jualbeli selesai.

  8. April 14, 2010 at 4:22 pm

    gi la jumpa ahkak tu… barangkali dia bayar sewa bulan2. belakang. rumah nk kena lelong. dia tak tau yg owner dh tukar kot tu…

  9. April 14, 2010 at 4:23 pm

    ke… ahkak tu mmg owner..?

    .

  10. April 14, 2010 at 4:41 pm

    […] yang lama ku cari ke ni?lumayam…pindah rumah ke?

  11. April 14, 2010 at 5:09 pm

    Jalan Hang Lekiu? Ku tak pasti kat mana..Jalan Hang Tuah ku tau pasal ku sekolah rendah kat situ dulu hehhehe.

  12. 27 Kak anie
    April 14, 2010 at 5:27 pm

    Salam tb…saya ada beli rumah jugak…dah bertahun tak settle lagik sebab owner tu ada problem ngan bank…& loyer yang tb kata mata duitan …buat derk je…tak call kita…tak update kita…kita aje yang nak kena push dia…

  13. April 14, 2010 at 6:03 pm

    Salam..
    1st.. sebelum beli kalau dapat kita bersemuka dgn owner lama untuk explain kita bakal beli rumah tersebut.. kita dapat jangkakan apa boleh terjadi melelui responsnya.. yang penting diplomasi.. kita nak beli rumah dia yang dilelong oleh bank.. dan dia dalam keadaan terdesak.. kewangannya tak kukuh.. masalah lain yg kita tak tahu.. kalau nampak bermasalah.. baik tinggalkan.. kalau agak2 boleh handle.. teruskan.. tapi itu semua dah lepas kan.. kalau aku.. preferably negotiation. kalau kita berkeras.. dia pun boleh berkeras.. dia boleh buat khianat kat rumah tu.. memang ada banyak kes yang aku pernah alami dan pernah jumpa, rumah kena khianat.. aku sendiri pun pernah kena.. dia pecahkan tiles.. dan simpulkan wayar dalaman supaya berlaku short curcuit.. masa nego.. kita kena explain pada ex owner. bank kita daah buat pembayaran penuh.. kita dah settlekan hutang dia dgn bank (kalau tak semua.. mungkin separuh..) dan kalau ada lebih, dia boleh tuntut dari bank dia.. kalau dia perlukan masa.. bagi masa sehingga loan disburse.. at least.. selepas dari itu, kita kenakan sewa.. sebab kita dah mula kena bayar pada bank.. kalau dia tak bayar sewa, sebelum ini pun dia akan kena bayar monthly pada bank juga kan.. dan kalau dia pindah rumah lain.. dia kena bayar sewa juga kan.. selamat berjaya..šŸ™‚

  14. April 14, 2010 at 9:01 pm

    salam, nanti balik Malaysia nak belajar ilmu beli rumah lelong dari TB boleh?šŸ™‚

  15. April 15, 2010 at 1:40 pm

    he..23x if janda muda tiada anak cam mne ek… sure tun rembat je kan… sian dorg xde tempat nak berlindung huhu

  16. April 16, 2010 at 9:52 pm

    haishhh…budak tun ni

  17. April 19, 2010 at 10:22 am

    Panggil gengster kampung dusun kasi settel itu org…he..he..he…

  18. April 19, 2010 at 10:53 am

    macam ni lah Tun.. tak payah suruh mak janda tu keluar dari rumah itu.. kesian dia Tun..

    […]

    wakakakkaka

    (ayat dengki maza)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

yang lampau


%d bloggers like this: