23
Apr
10

kenapa rakyat johor dan kelantan asyik bergaduh, saling dengki mendengki

Tun Habab left a rich legacy in the states of Johor, Terengganu and Pahang. His daughter Tengku Tengah, married Daeng Perani, who was one of the five sons of a bugis king. The present sultan of Johor descended from that line. A son, Tun Zainal Abidin, became the first sultan of Terengganu, whose descendants continue to rule the state today. Another son, Tun Abas, became the governor of Pahang. His descendant is the present sultan of Pahang.

Sila abaikan tajuk.

Pagi Ahad kelmarin, ingatkan nak ke Teluk Mahkota (Jason Bay). Tapi bila sampai di Kota Tinggi, takde moodlah nak kesana pulak.

Dulu pernah singgah ke makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Tapi kali ini nak ke makam Tun Habab dan makam Laksamana Bentan sudah.

Sebelum tiba di Petronas, singgah di makam Tun Habab dulu di Jalan Makam. Dalam kawasan perkuburan, ada satu bangunan tertutup. Kebetulan ada orang yang baru dikebumikan disitu. Ada beberapa buah kete saja.

Bangunan tertutup itulah terdapatnya beberapa makam-makam, termasuk makam Tun Habab. Haku ingatkan mula-mula berkunci, tapi walaupun tertutup haku buka juga gate besi itu dan masuk. Bila haku dah masuk, haku pun baca dan sedekahkan ayat ‘al-fatihah’ pada mereka kat dalam. Dalam bangunan bangsal tertutup terdapat 10 kubur. Dan yang paling menonjol ialah makam Tun Habab sendiri dengan ada papantanda dalam tulisan jawi yang berbunyi,

Bismillahirahmanirahim, Bahawa inilah makam Tun Abdul Majid bin Raja Abdullah, sebutan Tun Habib gelaran Datok Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Johor, mangkat pada tahun 1697M. (haku takleh nak habiskan terjemahan tulisan jawi itu, takut nanti ada malaun yang senang2 saja copycat dlm blog dia dan cakap dia yang tulis kanns. ;-( )

Lepas tangkap gambar gitu gini dalam makam, haku melangkah kuar bila tiba-tiba ada pak aji parking depan pintu makam dan terus masuk kedalam. Haku ingat dia nak tegur haku ke apa sebab bawak kamera besar gedabak dalam makam. Pak aji yang lepas menghantar orang meninggal tadi. Pak aji pun masuk kedalam sambil borak-borak sikit dengan haku dan terus baca fatihah dan doa yang panjang lebar (lihat pic diatas). Haku pun join sama.

Usai berdoa, haku dan pak aji sambung sembang-sembang sambil dia bergegas kuar makam. Pak aji bagitau makam nih bukan makam kerabat, makam kerabat nun di tempat Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Pak aji bilang, Tun Habab nih sorang guru jerr. Haku tak puas ati sehh. Kat papantanda kat luar tuh tertulis dengan jelas ‘baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor ke II selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah II (Mangkat Dijulang) yang tidak meninggalkan waris.’ Tapi pak aji tetap berdegil dan berkali-kali sebut, ‘Tun Habab nih sorang guru jer.’

Haku termenung sejenak. Akhirnya haku terpaksa terima hakikat walaupun Tun Habab bukanlah berketurunan dari Kesultanan Melaka, tetapi Tun Habab adalah neneknda kepada pemerintahan Kesultanan Johor Moden sekarang (juga Pahang dan Terengganu). Teringatlah haku ceritera ‘Si Bongkok Tanjung Puteri’ buat seketika. Wallahualam.


Laksamana Megat Seri Rama discovered the murder of his wife and child when he returned from the war. He decided to seek revenge. On one Friday afternoon, during the Friday prayers, while the Sultan was lifted up (julang) by his men, he was ambushed and stabbed to death by the Laksamana. Before he drew his last breath, he cast a curse which forbade the sons of Bintan to touch the grounds of Kota Tinggi for eternity. If not, all of them will vomit blood to death. The Laksamana died as well as the sultan. Sultan Mahmud Syah, known then as Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, was buried in Kampung Makam, Kota Tinggi, while Laksamana Megat Seri Rama at Kampung Kelantan, also in Kota Tinggi. To this day, people still believe that the curse still exists and most Bintanese still feared to come to Kota Tinggi. [+ wikipedia ]

Lepas dari stesen petrol Petronas, tercari-cari Kampung Kelantan. Memang gps yang haku pakai dalam iPhone sungguhlah bercelaru. Tidak tepat sebab guna maps google saja. Dipendekkan citer selepas terbabas ke Kota Jaya, haku menyusuri Jalan Kemang hinggalah ke Kampung Panti. Barulah haku tahu ada Kampung Kelantan disitu.

Dengan papantanda ‘Laksamana Bentan’ yang tertutup ditepi jalan, haku tiba juga di makam tersebut. Didepannya ada satu rumah yang sudah lama ditinggalkan buruk, usang dan tidak terjaga. Makam Laksamana Bentan (Megat Seri Rama) terletak diatas busut (bukit kecil) yang bertutup dengan kain kuning juga.Β  Terdapat dua makam didalamnya, makam Laksamana dan isterinya, Dang Anum. Di luar makam dan dibawah pokok yang tinggi terdapat dua makam kecil, berkemungkinan makam bayi anak mereka. Wallahualam.

Sebenarnya, banyak tempat-tempat sejarah yang kebanyakkannya makam-makam lama yang haku telah ziarahi disekitar bandar Kota Tinggi ini (tinggilah sangat kanns). Dulu haku pernah ke makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, makam Cik Siti Jalang dan Muzium Kota Tinggi. Manakala diluar bandar pulak, haku sudah sampai ke Sayong Pinang, dan Kota Johor Lama (Teluk Sengat).

Hari ini hari jumaat derr.

Hari ini haku cuti lagikk. Asyik cuti jerr kanns. ;-P

Salam sejahtera buat kengkawan semua lah.


42 Responses to “kenapa rakyat johor dan kelantan asyik bergaduh, saling dengki mendengki”


  1. April 23, 2010 at 2:11 am

    Amboii..seronoknya cuti sambil jalan2..

    Cuma ingat Parameswara, yg lain dah lupa..

  2. April 23, 2010 at 6:23 am

    pagi tunb,
    uh uh… yg baju oren n topi tuh ya, lalalal…
    cik siti jalang? erkkkkkkkkkkk…
    maksud dia siti suka berjalan2 ke, siti menjalang?
    huahuahua..
    kerana bagi koi org tganu ni, jalan koi sebut jalang, ekekekek…
    eh eh, nama koi pun ct, tuh yg terasa ati sikit
    hahahahah…
    koi ada kawan org kelantan kawin dgn org johor, ramai gak

    salams..=p

  3. April 23, 2010 at 6:59 am

    salam kenal tun,
    tajuk blh bikin panas. […]

    tunbergia tmasuk golongan tun yg inikah?πŸ˜‰

  4. 9 DrSinga
    April 23, 2010 at 7:29 am

    salam pagi TB πŸ™‚
    kerana nangka yang seulas..
    .
    thanks juga kerana sudi ke blog saya.

  5. April 23, 2010 at 8:48 am

    Wah..dah mcm Tomb Rider dah ni…. he..he..he..

  6. April 23, 2010 at 9:18 am

    saya dan hubby ada bercadang nak ke Johor melawat sekelian makam2 berkenaan, soonπŸ™‚

  7. April 23, 2010 at 9:24 am

    salam pagi jumaat
    erppp panjang tui sejarah melayu nih ye, dan

    rumittt……………

  8. April 23, 2010 at 9:44 am

    klu hengkau pergi pulau besar, mlca pun
    hengkau akan “terkena”……..dgn papan2 tanda
    yg mencelaru haru kan pemikiran ……….
    sampaikan kekadg haku sendiri konpius mana satu fakta, akta @ auta
    kesiankan generasi yg akan dtg…..
    tkot2 nnti celaru pemikiran diorg……..
    (ader plak sesetgh tempt sejarah tu….makam “kosong” dikatakan
    berpenghuni…..sedgkan ader fakta mengatakan makam yg sebenar telah dipindah ke tempat lain)
    tu la y buat haku kdg2 rimas/lemas….penat nak fikir yg mana satu btol…….
    klu tnyer upin ipin…….sng jer jawapan diorg……..

  9. April 23, 2010 at 10:35 am

    dok melawat makam je ni. mmg nk mengingati mati ni, gud2. muhasabah diriπŸ™‚

    salam jumaat tun~

  10. April 23, 2010 at 10:43 am

    Salam…
    Tajuk bagai nak rak….punya lah excited nak tahu…napa 2 negara tu cam tu….tp hampeh…rupanya nak cerita..yg dia gi jln2…

  11. 27 wan
    April 23, 2010 at 10:57 am

    tun begia keturunan mana pulak….

  12. April 23, 2010 at 11:08 am

    maza juga suka sejarah….
    terima kasih bawa cerita langsung dari Kota Tinggi itew..hehehhe

  13. April 23, 2010 at 11:46 am

    selamat hari jumaat. Pepagi jumaat ni elok la melawat kubur…

  14. April 23, 2010 at 12:23 pm

    bagus la…ada lagi orang yg nk tau sejarah dan melawat tempat2camni..aku baca entri terbelajar juge sejarah. dulu aku benci sejarah sbb kena ingat tarikh.

    tp mmg betul, tajuk tu lgsg tak kait ngan citer..keke

  15. April 23, 2010 at 2:04 pm

    kat mano citer org dengki dgn bergaduh tu, baca sampai abis dah nih?

  16. April 23, 2010 at 5:12 pm

    macam ku kenal budak baju oren tu.hehe..

    mmg tak syak lagi ini […] gaya penulisan,layout blog dan merc putih.hehe

    selamat kembali!πŸ˜€

  17. April 23, 2010 at 10:28 pm

    […]
    salams…..

    lalalalal
    tunb la sangat kansss..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

yang lampau


%d bloggers like this: