28
Apr
10

ingatkan dunia politik je kotor uoolsss

good or bad, i snapped them with my own lenses

Dunia blogging pun kotor gak. Tapi haku bukan nak citer pasal blog atau scenario politik negara sekarang nih.

Kelmarin masa haku blog hopping, haku terjumpa satu blog photographer nih. Haku namakan mamat A jer. [+ Photographer Lain Nak Boikot Aku? ]

Sebenarnya sblom ini pon, banyak blog photographer yang haku jumpa (dalam pc jer). Kesemuanya memaparkan gambar-gambar yang cantik dan menarik (pada pandangan mata haku yang sudah dilasik nih). Tiadalah yang tidak menarik kecuali kesemua gambar2nya memang cantik, menawan dan tertarik uuu. Dan kebanyakkannya jugak menggunakan Fotopages (yang dah lame haku tinggalkan). Tapi haku bukan nak citer pasal Fotopages atau Flickr atau Blogspot. Haku tak kisah pun korang nak pakai Fotopages ker Flickr ker Blogspot ker bagai. Haku cuma nak citer pasal luahan hati mamat nih yang menyingkap kembali kenangan masa haku menggunakan khidmat photographer untuk wedding anak buah haku dulu-dulu (dulu la sangat kanns).

Pasal politik dan asam garam sebagai photographer. Walaupun haku bukanlah photographer. Haku amik gambar guna kamera haku saja sebagai hobi. Takde adsense atau nuffnang dan ofcoz takde income masyuk. Hari-hari haku update blog dengan berpandukan gambar-gambar yang haku amik. Lawa atau tidak. Sebagai kenang-kenangan haku untuk masa depan. Ooops kelaut fulakks uaallllz.

Seblom haku sambung citer pasal mamat A nih, haku nak citer kisah lain pengalaman haku guna photographer Y nih. Supaya korang nampak connection di antara kedua citer ini lantas memahami kenapa haku kata ia satu bidang yang kotor. (Haku pinjam ayat cik masy masy sekjap erk).

Haku ingat seblom tuh kita boleh lantik dan amik photographer maner2 dari ceruk pelusuk tanahair untuk jadi wedding photographer. Tapi tidak sebenarnya. Hendak-hendak kalo jumpa mak andam yang mulut celupar dan memang mata duitan, sumernye nak berkira uoolss. Haku tak kata sumer mak andam macam tuh.  Haku pun pernah jumpa mak andam yang muder lagi jeliter (yang lebih cantik dari pengantin sendirik uools) yang tak berkira sangat yang dah jadi 3rd wife mamak tokey restoran kat Tambakan Bandar Pontian uoolss. Ooops kelauts lagikk.

So, masa kitaorang (haku dan photographer Y) sampai kat rumah singgah (apa nama dia, rumah jiran biasanya yang sepelaung jer jaraknya?) seblom berarak kerumah pengantin (anak buah hakula) dengan mak andam bagai tuh. Haku introducela photographer Y nih. Mula-mula nampak oke je mak andam tuh. Haku pun let the photographer Y snapped dan lakukan kerja dia.  Pastu haku dengar mak andam sok sek sok sek tanya tak pernah nampak photographer Y seblom nih. Mak andam kata selama nih setahu dialah kat area tempat anak buah haku tuh (Felda sebenarnya) cuma sorang jer wedding photographer, Bro S. Itu yang mak andam macam terkejot beruk jer. Wah, haku sudah rasa serba salah uools. Tapi mungkin photographer Y dah biasa agaknya. Photographer Y bilang, dia dah contact Bro S tapi dia outstation hari tuh. Fuyoh, korang nampak tak citer haku nih? Maksud mak andam kalo kat Felda tuh mesti pakai khidmat Bro S untuk wedding photographer. Mana boleh orang luar (macam photographer Y yang haku lantik) suka suki jer terjah wilayah dia gituh. Manalah haku tahu uoolss. Apa kes kanns? Lagipun photographer Y tak pernah tanya haku pasal benda2 remeh macam nih.  Hatta seblom itupun, haku sudah tanya photographer Y samada dia pernah buat projek kat Felda tempat anak buah haku tinggal dan dia kata dia pernah buat – sekali jer. Tak kisahla kanns.

Kalau Tok Kadi ker memangla haku paham. Takkan haku nak bawak Tok Kadi dari Siam pulak datang situ kanns. Nak kena terajang?

Berbalik citer si mamat A tadi. Dia bengang sebab ramai photographer kat luar sana (sama kawasan dengan area dia lar agaknya) sudah dengki dan iri hati sebab harga perkhidmatan photography dia lebih rendah. Itu macam pun ada kah? Kahhh. Itu sudah menjejaskan periuk nasi dorang pulakks kanns.

Jadi, korang tak paham kanns sebab takde kaitan langsung antara mamat A dengan photographer Y.   Tapi apa yang haku nak citerkan nih sebenarnya ialah bab politik sebagai photographer.  Kita (korang lohh) sebagai photographer mestilah mengambil langkah berhati-hati sebelum mengambil tugasan sebagai photographer, tak kira wedding ker family ker sukan ker majlis rasmi kerr dll. Sebaik-baiknya tanyalah mak andam yang dilantik disitu. Jangan main terjah jer. Mungkin dorang datang dengan package sekali. Ataupun kalo nak test market, bolehla bawak mak andam sendirik dari tempat lain jugak oke.

Begitula juger dengan alam blogging nih. Ramai yang dengki iri hati dengan rakan blogger yang lain sampai ati sanggup tikam tikam bakang uoolss. Sakit tauuu. Aduiiih. (Gedikks kanns.)

Sila renung-renungkan dan selamat beramal.

Wah, panjang gilerr entri merapu haku kali ini. Gasaklah kanns.


53 Responses to “ingatkan dunia politik je kotor uoolsss”


  1. April 28, 2010 at 12:25 pm

    eleh kepoci la mak andam.

    klu gua la,eh sukati la nk guna fotograper A ke B ke hatta dibawak drpd planet zargus pon. sebab akhirnya sape yg bayo fotograper tu? gua ke mak andam? hade haku kesah wilayah tak wilayah.

    bkn dosa pon klu amek fotografer luar. sukati arrr kecoh lebih mak andam ni. dpt kat gua, siap lu. gua soh lu bayar fotograper wilayah lu tu mak andam. keje ko mengandam je, bukan menganyam (ketupat a.k.a mengmpat)

    sekian.

  2. April 28, 2010 at 12:27 pm

    haik mcm tu pulak.bukan ikut suka pengantin kah nk photographer mana?

  3. April 28, 2010 at 12:30 pm

    ontahlah
    dlm dunia ni semua nak bersaig
    cuma cara tu aje
    sihat atau tak sihat

    apo nak dikato..
    kalau tidak memang g2 sikap manusia.

  4. 7 Nia
    April 28, 2010 at 12:58 pm

    Dulu masa saya sekolah, tokei bas sekolah pun berebut kawasan jugak. Tak suka betul la.

  5. 9 wan
    April 28, 2010 at 1:19 pm

    so ada ala ala al capone atau corleone…mobster punya stail…jgn kacau teritory dia…canggih cerita tun kali ni…versi godfather gitu…godfather gediksss

  6. April 28, 2010 at 1:42 pm

    Awat kereks sangat mak hamdan tu? Sukatila nak upah sapa photographer.

    Mana2 dunia pun ada politiknya; politik kampus, politik pejabat, politik rumah tangga……..

  7. April 28, 2010 at 1:49 pm

    Salam ziarah salam muhibbah dari
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    emmmm salam perkenalan dari kami… thanks da visit my blog…. aku suka ngan pandangan ko …. dalam hal ni banyak tikam menikam tak kira lah politik atau pun ape… lumrah manusia sering iri hati…. hati mmg hitam…

    blog pun sama gak mmg ramai yang jenis cam tu… berhati-hati lah ye…

    dunia hanya tempat tumpangan sementara….. kita perlu terus beersaing….

    tapi biarlah lajan yang baik agar baik juga yang kita dapat….

  8. April 28, 2010 at 1:59 pm

    fuiyo. first time denga pasal benda mcm nih. hurm tapi kat mana2 pun ada dengki dan iri hati, tak dapat dielakkan.

  9. April 28, 2010 at 3:19 pm

    Takde adsense atau nuffnang dan ofcoz ….

    income TB memang dah masyukkkkkkkkk giteww kansss!! auwwv ;P

  10. April 28, 2010 at 3:52 pm

    saba la ye,persaingan sampai mcm ni ek

    kelass pe blog ni

  11. April 28, 2010 at 4:03 pm

    opps,Puan sudah saya😀

    salam kenal lagik ya

  12. April 28, 2010 at 4:05 pm

    salam..
    huhu..sabarjelah ragam manusia mmg ada pelbagai perisa..

    hati2 dengan kawan yang suka tikam belakang..bahaya tau..huhuh..’)

  13. April 28, 2010 at 4:23 pm

    sbnrya dulu ada set tau rega range utk pakej…sebab yg rendah sgt rega ni kadang mmg susahkan fotografer lain bila byk klien pertikai kenapa mahal sangat.

    tp sebenarnya…yg mahal ni, kalau boleh justify sebab kenapa mahal..no hal lah. Klien pn pndai pilih..kita nk bagi murah, pakej tu mesti la yg sempoi je. 120 keping 4R je ke kan..

    kalau yg mahal..mesti pakej best. custom album ke, siap bagi frame besar..editing memuah habis dan outdoor bagai. Kalau kena pada pakej..tkyah risau la mahal ke murah

  14. 28 achik
    April 28, 2010 at 4:28 pm

    semua nak berebut kawasan jajahan..

    salam.. tumpang lalu..

  15. April 28, 2010 at 4:29 pm

    jangan main tikam2 blkg u olls..sakit tau, tuhan marah.

    bersih hati mu dari perasaan iri & dengki…semua makhluk tuhan
    ada rezeki masing2..

  16. April 28, 2010 at 4:49 pm

    Cerita kena tikam dari belakang nie….dah jadi asam garam kehidupan sekarang. Tak kira dlm bidang apa pun…sedarah sedaging ke…yg penting…SABAR AJE LERR..

  17. April 28, 2010 at 5:32 pm

    masa kecik2 aku selalu gak jual tikam, ada la untung sket2.. oopss kelautsss…

  18. April 28, 2010 at 11:49 pm

    TunBegia,
    Perniagaan adalah peperangan……!

  19. April 28, 2010 at 11:50 pm

    TunBegia,

    Perniagaan adalah Peperangan.

  20. April 29, 2010 at 6:42 am

    Salam tun bahagia =) (suka x kalo dpanggil mcm ni, kalo x sy tarik balik)

    selalu sgt kita dengarkan kisah2 orang kita dengan perasaan hasad dengki. PhD ‘holder’ kata orang!

    peringatan utk saya & kalian; nak dapat PhD tu susah. saya tgh pening2 buat Master. nak tangguh niat buat PhD.

    ok2 melalut

  21. April 29, 2010 at 8:22 am

    tak paham kenapa nak kena dengki dgn blogger lain,
    pelik..

    apa untong yang dapat?
    ganggu rezeki gak ke?
    huhuhu…

    salams..

  22. April 29, 2010 at 3:31 pm

    Tak kisah lah berapa ramai jurugambar asalkan berbayar. Kat handfon teman pun boleh snap foto tak perlu bayar sesiapa…

  23. April 30, 2010 at 12:46 am

    ini namanye hidup..mengajar kita menjadi lebih dewasa & matang..utk mengenal insan lain!
    Salam Ziarah!

  24. May 3, 2010 at 12:09 pm

    Good info bro!

    Sekurang2nya info ini dapat memberikan gambaran dunia fotografi.. huhuhuhu

    kata worang, kalau takut dilambung ombak, jangan naik rakit pisang lorrr.. hehehhehe

  25. May 4, 2010 at 1:03 pm

    kerje ape yang xde org jeles atau iri hati…

    even kerje kutip sampah pun ade yang iri hati.. siap sepah2kan sampah untuk menyukarkan mereka nak kutip.. hina sgt ke orang yg kerje kutip sampah nie


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

yang lampau


%d bloggers like this: