Archive for May 11th, 2010

11
May
10

surat untuk YB

“ayah pulak jarang blik umah, biasalah idup poligami, susah nak duk umah.. ” (unrelated story)

Entri tiada kena mengena dengan blogger Yunus Badawi oke. Harap maklum.

Masa pertama kali dapat masuk rumah lelong nombor 2 (yang haku dah beli), memang keadaan rumah yang bersepah macam tongkang pecah. Banyak diari-diari lama, surat-surat bank, surat-surat saman, bil-bil tertunggak, credit card statement yang mencecah behibu-hibu hinggit yang haku tengok.

Ini bukanlah entri haku nak mengutuk atau memandang rendah pada sesape. Haku cuma tumpang sedih dan simpati juga. Walaupun begitu haku pelajari beberapa perkara. Walaupun keadaan ekonomi yang tidak memihak pada pemilik rumah (haku panggil ‘akakJ’ vollee)  sebelum itu. Haku dapati akakJ fikirkan tentang masadepannya dan anak juga (saperla tak sayang anak, tapi ada kanns). Pertama, tentang insuran nyawa (mungkin sebab dia kerja sbg ejen insuran). Kedua, tentang surat wasiat.

Sebelum itu, haku nak intro pasal akakJ nih yang setakat haku tahu (haku tak penah jumpe akakJ oke). AkakJ sorang ibu tunggal (yang ditinggalkan suami), ada sorang anak lelaki umur 10 tahun. AkakJ pernah bekerja sbg ejen insuran (tiada kena mengena dengan surat diatas).

Tapi yang haku pelik sampai sekang ialah sikap akakJ yang garang dan hipokrit. Walaupun hutang keliling pinggang, pendapatan dibawah paras miskin tegar, tak mampu nak bayar loans segala, tapi akakJ langsung tak mahu berinteraksi, berbincang atau bertegur sapa dengan orang sekeliling, hatta jiran tetangga sekalipun. Berlagak dengan kete besar gedabak (macam Kia Sportage je bunyinye). Hinggakan auntieS yang dok umah kat bawah pagi2 tadi sudah jumpa haku citer masalah plumbing kat sinki dapur dia yang bocor mencurah-curah macam air hujan. Kekadang sampai ulat-ulat jatuh atas sinki dia dari rumah atas (rumah akakJ lah tuh). Haku tanya nape tak complain kat akakJ masa dia dok situ. AuntieS bilang dia dah cuba berpuluh2 kali ketuk pintu rumah tapi akakJ tak mau bukak. Barulah haku tahu, bukan setakat haku (yang macho) je akakJ taknak jumpa!

Bila haku gi ofis kondo itu pun, staff kondo mengadu perkara yang sama. AkakJ sudah 5 tahun tak bayar maintenance fees. Sampai gi kat pejabat tanah daerah gombak. Selamba dogg je akakJ bilang, “haku takde duit.. bank nak lelong umah, lelong lohh..” Habis dorang nak watpe?

Sebenarnya bukan akakJ orang pertama haku jumpa sebegitu. Ramai uools. Ada juga yang dulu macam pengemis meminta-minta, tapi sekang dah jadi jutawan (anak dan bini-bini keliling pinggang uools). Ada juga yang masih jadi pengemis (tapi mulut maintain celupar bangsat juger). Tapi haku malas lah nak citer keburukan orang lain kanns (macamla haku nih bagus sangat). Takut nanti ada kengkawan ingat nih blog riak, tempat kutuk mengutuk dan tikam tikam bakangg. Ooops kelaut fulakkks kannns.

Berbalik pada surat wasiat akakJ yang haku jumpa dalam kondo beliau. Haku tertarik juga sebab walaupun dengan harta yang tidak banyak (rumah kondo yang dah pun dilelong dan sebiji kete yang besar gedabak), beliau dah mewasiatkan harta benda tersebut pada anak tunggalnya.

Membuatkan haku mula tergerak nak buat wasiat pula. Tapi blog ‘Thunbergia Laurifolia‘ ini haku tak tinggalkan password pada sesape erk. Kalo blog nih tak terupdate dan haku padam esok lusa, haku mohon maaf saja, tak payahlah kengkawan heboh2 oke. Cuma haku mohon korang sedekahkan alfatihah saja. Voleee kanns.

Sembang malam Rabu. Salam ingatan dari Tun wat kengkawan semua lah.


Rosniza Abd Rahim Mohamed Yahya Dr Abd Hakim Abd Ghani Mohamad Nazri Abdul Kadir

Advertisements
11
May
10

ojo kesandung

“Watch Your Steps”
somewhere inside my office

hati-hati doktor membedah,
tersalah bedah menyesal tak sudah,
hati-hati melentur lidah,
tidak bertulang membawa padah.

Sembang pagi Selasa. Berhati-hati dijalanraya. Majulah sukan untuk negara.




Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2010
M T W T F S S
« Apr    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

yang lampau