11
May
10

surat untuk YB

“ayah pulak jarang blik umah, biasalah idup poligami, susah nak duk umah.. ” (unrelated story)

Entri tiada kena mengena dengan blogger Yunus Badawi oke. Harap maklum.

Masa pertama kali dapat masuk rumah lelong nombor 2 (yang haku dah beli), memang keadaan rumah yang bersepah macam tongkang pecah. Banyak diari-diari lama, surat-surat bank, surat-surat saman, bil-bil tertunggak, credit card statement yang mencecah behibu-hibu hinggit yang haku tengok.

Ini bukanlah entri haku nak mengutuk atau memandang rendah pada sesape. Haku cuma tumpang sedih dan simpati juga. Walaupun begitu haku pelajari beberapa perkara. Walaupun keadaan ekonomi yang tidak memihak pada pemilik rumah (haku panggil ‘akakJ’ vollee)  sebelum itu. Haku dapati akakJ fikirkan tentang masadepannya dan anak juga (saperla tak sayang anak, tapi ada kanns). Pertama, tentang insuran nyawa (mungkin sebab dia kerja sbg ejen insuran). Kedua, tentang surat wasiat.

Sebelum itu, haku nak intro pasal akakJ nih yang setakat haku tahu (haku tak penah jumpe akakJ oke). AkakJ sorang ibu tunggal (yang ditinggalkan suami), ada sorang anak lelaki umur 10 tahun. AkakJ pernah bekerja sbg ejen insuran (tiada kena mengena dengan surat diatas).

Tapi yang haku pelik sampai sekang ialah sikap akakJ yang garang dan hipokrit. Walaupun hutang keliling pinggang, pendapatan dibawah paras miskin tegar, tak mampu nak bayar loans segala, tapi akakJ langsung tak mahu berinteraksi, berbincang atau bertegur sapa dengan orang sekeliling, hatta jiran tetangga sekalipun. Berlagak dengan kete besar gedabak (macam Kia Sportage je bunyinye). Hinggakan auntieS yang dok umah kat bawah pagi2 tadi sudah jumpa haku citer masalah plumbing kat sinki dapur dia yang bocor mencurah-curah macam air hujan. Kekadang sampai ulat-ulat jatuh atas sinki dia dari rumah atas (rumah akakJ lah tuh). Haku tanya nape tak complain kat akakJ masa dia dok situ. AuntieS bilang dia dah cuba berpuluh2 kali ketuk pintu rumah tapi akakJ tak mau bukak. Barulah haku tahu, bukan setakat haku (yang macho) je akakJ taknak jumpa!

Bila haku gi ofis kondo itu pun, staff kondo mengadu perkara yang sama. AkakJ sudah 5 tahun tak bayar maintenance fees. Sampai gi kat pejabat tanah daerah gombak. Selamba dogg je akakJ bilang, “haku takde duit.. bank nak lelong umah, lelong lohh..” Habis dorang nak watpe?

Sebenarnya bukan akakJ orang pertama haku jumpa sebegitu. Ramai uools. Ada juga yang dulu macam pengemis meminta-minta, tapi sekang dah jadi jutawan (anak dan bini-bini keliling pinggang uools). Ada juga yang masih jadi pengemis (tapi mulut maintain celupar bangsat juger). Tapi haku malas lah nak citer keburukan orang lain kanns (macamla haku nih bagus sangat). Takut nanti ada kengkawan ingat nih blog riak, tempat kutuk mengutuk dan tikam tikam bakangg. Ooops kelaut fulakkks kannns.

Berbalik pada surat wasiat akakJ yang haku jumpa dalam kondo beliau. Haku tertarik juga sebab walaupun dengan harta yang tidak banyak (rumah kondo yang dah pun dilelong dan sebiji kete yang besar gedabak), beliau dah mewasiatkan harta benda tersebut pada anak tunggalnya.

Membuatkan haku mula tergerak nak buat wasiat pula. Tapi blog ‘Thunbergia Laurifolia‘ ini haku tak tinggalkan password pada sesape erk. Kalo blog nih tak terupdate dan haku padam esok lusa, haku mohon maaf saja, tak payahlah kengkawan heboh2 oke. Cuma haku mohon korang sedekahkan alfatihah saja. Voleee kanns.

Sembang malam Rabu. Salam ingatan dari Tun wat kengkawan semua lah.


Rosniza Abd Rahim Mohamed Yahya Dr Abd Hakim Abd Ghani Mohamad Nazri Abdul Kadir


26 Responses to “surat untuk YB”


  1. May 11, 2010 at 8:36 pm

    Terkezut aku sebentar. Nasib takde kena mengena. Oklah tu. Nak ke surau ni. Dah azan.

  2. May 11, 2010 at 9:18 pm

    Awak nak tinggal kat kondo tu ke? Satu daerahlah kita tak lama lagi hehehe.

    psst – haku rumah teres aje huhuhu

    • May 11, 2010 at 9:23 pm

      yunus, haku rasa ko x baca entri haku sblom ni (mcm juge haku x baca entri psl ko update blog masa meeting oke), haku sbenarnye baru beli 2 umah lelong – 1 teres n 1 kondo, haku nk jual yg teres sbb besar sgt lgpun haku dok sorang kt KL nih..

  3. May 11, 2010 at 10:21 pm

    Kesimpulannya … AkakJ yang tidak semesra alam termasuk pada si penulis yang macho ? . ermm.. adalah seorang ibu yang penuh kasih dan sayang terhadap anak tunggalnya . Bukti ialah surat wasiat . Lain-lain bukti takde, selain hutang sekeliling pinggang dan kereta yang gedabak .

    – Selesai –

    Ooooo… awak dok sorang-sorang erk kat KL … patutlah tadi sebut Ooops kelaut fulakkks kannns.

    nasihat free dari saya . Next time … bawak pancing ! muahahahah

  4. May 11, 2010 at 10:31 pm

    ooo…sedih juga kisah akakJ.
    abis dah elok ke rumanhya sekarang?

  5. May 12, 2010 at 12:19 am

    Akak memahami nasib yg dialami oleh si akakJ iteww. Bagaiman rasa kepedihan dan kesempitan hidup apabila ditinggalkan dengan hutang sekeliling. Memang sedih dan kesal apaabila tempat tinggal terpaksa dilelong kerana tiada kemampuan untuk melunaskannya. Tentu si akakJ iteww sedaya mungkin untuk mempertahankan harta berkenaan namun apakan daya dirinya terkapai-kapai sendirian mencari adanya satu ‘suntikan magic’ yang dapat membantunya menyelesaikan masalah serta bebanan hutang yang mampu menghentikan pengaliran darah ke seluruh pembuluh. Tentu sekali dia mengalami serangan aib di kalbu hingga dia terpaksa bertindak tidak mahu mengaku kalah dan bersikap seolah masih berkemampuan. AkakJ iteww sebenarnya tiada tempat untuk mengadu dan dia malu dengan orang sekeliling kerana nasibnya sudah tiada erti lagi. Sebagai menutup bahawa dirinya teramat aib maka dia cuba untuk berlagak kononnya tiada apa yang berlaku. Dia marah kerana merasakan orang2 sekeliling mentertawakannya. Jadi tenungkanlah nasib wanita2 yang ditinggalkan dengan hutang sekeliling. Kerana hutang itu dibuat oleh si suami. Oppss panjang la pulak…

  6. May 12, 2010 at 1:00 am

    kesian akakJ tu, mungkin kecelaruan fikiran dgn berbagai masalah,sampai dia tak sedar tentang keadaan dirinya..maafkanlah dia.

  7. May 12, 2010 at 9:10 am

    bak sini password blog you. HahaHa. Sibuk sangat kans nak password blog i.

  8. May 12, 2010 at 11:24 am

    aduhaiii.. kesian pun ada.. tapi tu lah, payah gak org mcm ni kanzz..

  9. May 12, 2010 at 12:10 pm

    Bolehlah aku meriahkan kondo ko nanti kalau ko jemput aku dtg hehehe

  10. May 12, 2010 at 12:34 pm

    1.ego tak bertempat, 2.kalau ibu tunggal boleh “hidup free” ke? mana aci (kat india), 3.tolong wasiatkan kondo tu kat saya, sekian terima kasih🙂

  11. May 12, 2010 at 2:06 pm

    akak tu punye ‘garang and hipokrit’ tu sebenarnya bersifat defensive. mungkin sebenarnya dia baik tapi since dia rasa tertekan dgn masalah hutang piutang keliling pinggang, tu yg perangai dia jadi lagu tu. kesian pun ada tapi nak buat cemana kan? huhu. tp kt tun pun kesian jugak, tapi nak buat cemana kan? hahaha

  12. May 13, 2010 at 3:19 pm

    Hati ibu tunbegia -.-
    sayu pulak baca.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2010
M T W T F S S
« Apr    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

yang lampau


%d bloggers like this: