Archive for May 13th, 2010

13
May
10

world number one

Wang Yihan (22, 王仪涵; born in Shanghai) is the current world number one.

Semalam sepatutnya haku gi i-City nak tengok lampu-lampu LED yang bergantungan cantik menawan. Tapi tak disangka, buah cempedak dah jadi nangka. Haku tukar plan B. Sebab haku dah terjah ke Stadium Bukit Jalil, tengok Piala Thomas dan Uber. Menarik uools.

Tapi haku taklah bertahan lama, waktu magrib haku dah beransur pulang. Tangkap gambar sekeping dua sudah. Sempat juga tengok pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei menang game one.

Cerita lain, hari ini 13hb Mei. Teringat tragedi 1969 yang berdarah.

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1969,  telah  berlaku  satu  tragedi  yang  telah  mengugat keamanan  dan  kestabilan  politik  negara.  Tragedi  13  Mei  ini,  telah  mencatatkan sejarah  hitam  dalam  negara,  ramai  nyawa  yang  tidak  berdosa  telah  terkorban  dan banyak  harta  benda  yang  musnah.  Berikutan  daripada  tragedi  ini,  kerajaan  telah mengambil  tindakan  segera  dengan  membuat  perisytiharan  darurat  di  seluruh  negara  oleh  Seri  Paduka  Baginda  Yang  Di Pertuan  Agong.  Dalam  tempoh  tersebut,  Pentadbiran  negara  telah  diambil  alih  oleh  Majlis  Gerakan  Negara  atau  ringkasnya MAGERAN  dengan  Tun  Abdul  Razak  dilantik  sebagai  pengarahnya.  Dengan pembubaran  Parlimen  oleh  DYMM  Yang  Di Pertuan Agong, MAGERAN  telah membentuk  Majlis  Perundingan Negara  pada  bulan  Januari  1970  yang  mengandungi keanggotan  seramai  66  orang  daripada  pelbagai  golongan  masyarakat  dan  kaum. Majlis  ini  bertanggungjawab  untuk  mencari  penyelesaian  bagi  mengukuhkan  semula  perpaduan  dikalangan  rakyat.  Sesungguhnya,  tragedi  ini  mengandungi  rahmat  yang  tersembunyi.  Ia  merupakan  titik  perubahan  corak  dan  falsafah  sosio-politik  dan  ekonomi  negara  serta  perlunya  untuk  seluruh  rakyat  saling  hormat menghormati dan  bertolak  ansur  demi  menjamin  keamanan  dan  kesejahteraan  negara. [+ arkib negara ]

Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh MAGERAN iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Moga-moga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.

Advertisements



Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2010
M T W T F S S
« Apr    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

yang lampau