13
May
10

world number one

Wang Yihan (22, 王仪涵; born in Shanghai) is the current world number one.

Semalam sepatutnya haku gi i-City nak tengok lampu-lampu LED yang bergantungan cantik menawan. Tapi tak disangka, buah cempedak dah jadi nangka. Haku tukar plan B. Sebab haku dah terjah ke Stadium Bukit Jalil, tengok Piala Thomas dan Uber. Menarik uools.

Tapi haku taklah bertahan lama, waktu magrib haku dah beransur pulang. Tangkap gambar sekeping dua sudah. Sempat juga tengok pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei menang game one.

Cerita lain, hari ini 13hb Mei. Teringat tragedi 1969 yang berdarah.

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1969,  telah  berlaku  satu  tragedi  yang  telah  mengugat keamanan  dan  kestabilan  politik  negara.  Tragedi  13  Mei  ini,  telah  mencatatkan sejarah  hitam  dalam  negara,  ramai  nyawa  yang  tidak  berdosa  telah  terkorban  dan banyak  harta  benda  yang  musnah.  Berikutan  daripada  tragedi  ini,  kerajaan  telah mengambil  tindakan  segera  dengan  membuat  perisytiharan  darurat  di  seluruh  negara  oleh  Seri  Paduka  Baginda  Yang  Di Pertuan  Agong.  Dalam  tempoh  tersebut,  Pentadbiran  negara  telah  diambil  alih  oleh  Majlis  Gerakan  Negara  atau  ringkasnya MAGERAN  dengan  Tun  Abdul  Razak  dilantik  sebagai  pengarahnya.  Dengan pembubaran  Parlimen  oleh  DYMM  Yang  Di Pertuan Agong, MAGERAN  telah membentuk  Majlis  Perundingan Negara  pada  bulan  Januari  1970  yang  mengandungi keanggotan  seramai  66  orang  daripada  pelbagai  golongan  masyarakat  dan  kaum. Majlis  ini  bertanggungjawab  untuk  mencari  penyelesaian  bagi  mengukuhkan  semula  perpaduan  dikalangan  rakyat.  Sesungguhnya,  tragedi  ini  mengandungi  rahmat  yang  tersembunyi.  Ia  merupakan  titik  perubahan  corak  dan  falsafah  sosio-politik  dan  ekonomi  negara  serta  perlunya  untuk  seluruh  rakyat  saling  hormat menghormati dan  bertolak  ansur  demi  menjamin  keamanan  dan  kesejahteraan  negara. [+ arkib negara ]

Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh MAGERAN iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Moga-moga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.


44 Responses to “world number one”


  1. May 13, 2010 at 9:01 am

    Salam tun..

    kalaulah semua orang mengingati peristiwa berdarah ni

    pasti mereka akan lebih sayangkan keamanan yang didapati, dirasai dari tangisan,titisan darah mereka mereka yang mempertahankan M’sia bumi bertuah ini..

  2. May 13, 2010 at 9:32 am

    birthday aku hari ni! ironic..

  3. May 13, 2010 at 9:33 am

    semoga Malaysia mantap sampai final! yeay!

  4. May 13, 2010 at 9:47 am

    TB,

    ingat mak citer keadaan masa tu..

    takut sangat.

    semoga kaum2 di M’sia hargai keamanan yg dikecapi kini.

  5. May 13, 2010 at 9:48 am

    saya tlg aminkan….🙂

  6. May 13, 2010 at 9:58 am

    tgk live kt tv kecik portable den kek opis smlm. huuu…sampai umah sambung tgk sampai turn hafiz. sudahnye, tido lena sambil senyum. huhuhu

    p/s: sama2 doakan semoga keamanan negara kite berkekalan. bende2 kecik remeh temeh tu toksahlah kite besar2kan. betul tak tun?

  7. May 13, 2010 at 11:39 am

    emm bole heart attack tgk badminton…nasib menang hehe..

  8. May 13, 2010 at 1:00 pm

    memang betul tu semoga negara bertambah aman, elakkan pertikaian especially benda2 yang kecil… apa-apa pun kena saling hormat-menghormati kan…

  9. May 13, 2010 at 1:11 pm

    semoga malaysia berjaya

  10. May 13, 2010 at 1:47 pm

    minat gak badminton………
    tp x berpeluang lg nak tgk piala thomas…….

  11. May 13, 2010 at 2:36 pm

    Haish tak sabar nak tunggu game untuk esok pulak. Malaysia! Malaysia!

  12. May 13, 2010 at 3:09 pm

    sate kalah di tangan badminton. kucivaaaa uolsssss

  13. May 13, 2010 at 3:15 pm

    Tengok bulletin Utama semalam macam sedih tengok semangat pemain yang a lil bit down. -.-

    P.s: Insha Allah Malaysia akan terus aman tunbegia!😉

  14. May 13, 2010 at 3:41 pm

    13 mei..org2 tua mmg ingat sejarah itu.

    harap m’sia aman dan tenteram.

    p/s: mbak orak reti omong jawo.

  15. May 13, 2010 at 4:04 pm

    Sekarang saya sibuk dok mengusung raket badminton .

    well, ikut musim . kannnns…

  16. 31 sz
    May 13, 2010 at 5:17 pm

    jap2 tun di selatan (jb & sekitarnya) tup2 ada di ibu negara ye…

  17. May 13, 2010 at 7:09 pm

    Salam TB…..

    Aku mmg tak minat bekminten dari dulu hingga kini.
    Aku hanya suka snooker……wahhhhhh, snooker gitu !!!
    Muahahahahaha…..
    🙂

  18. May 13, 2010 at 8:13 pm

    amin…
    tak sabo nak tengok esok semifinal
    lawan cina
    hukhuk…
    cam kalah jerk tapi hati nak menang lah hehhe

    salams..
    =p

  19. May 13, 2010 at 9:34 pm

    harap2 besok semi final malaysia menang lah…

    suka tengok hafiz hashim..cool…

    Salammm…..

  20. May 13, 2010 at 10:19 pm

    peristiwa itu boleh dielakkan andainya ‘pihak itu’ tidak keterlaluan dan melampau seperti kaduk naik junjung. tidak bersyukur di atas apa yg telah diperolehi di bumi bertuah ini. nak lebih pulak lagi umpama diberi betis nakkan paha.

    Entryku kali ini

    Berbaju Melayu beralas capal
    Ikat destar orang Biduanda
    Kembali menggegar dengan pelayaran kapal
    Membelah samudera Selat Melaka

  21. May 14, 2010 at 12:00 am

    wah! patut ler dari petang tadi membawa tengah malam maza tunggu piala thomas disiarkan kat TV tak ada.. rupanya sempena sambutan hari peringatan 13 mei `1969.. huhuhuhu

    sorry ler en.tun, maza juga sudah kemaruk piala nan sebatang itew, sampai lupa lak 13 mei, ya.. hehehhe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2010
M T W T F S S
« Apr    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

yang lampau


%d bloggers like this: