Archive for May 14th, 2010

14
May
10

rumah kampung

an almost complete village house
kampung mawai baru, Kota Tinggi

Haku ada sebuah rumah di kampung. Bersebelahan rumah emak dan bapak haku. Rumah kotak empat segi satu bilik jer. Haku bina masa mula-mula haku kerja. Dulu memanglah cadang nak duduk sebelah rumah emak dan bapak sebab tempat kerja pun taklah jauh sangat.

Tapi apakan daya, buah cempedak dah jadi nangka. Haku tak sempat nak duduk masa rumah tuh siap, haku dah pindah bekerja di tempat lain.

Sekarang, dah lebih 20 tahun. Masalah utama ialah sejak jalan raya dibina didepan rumah yang lebih tinggi dari paras rumah, rumah kami selalu dinaiki banjir. Walaupun ramai orang sewa, tapi haku pun kasian gak.

Ituari haku cadang nak cat balik. Tapi pas pk masak-masak, haku cadang nak bina rumah baru kat tanah yang haku dah beli depan kebun emak bapak haku. Seberang jalan jerr. Haku nak pecahkan rumah yang dah usang tuh dan jadikan alas untuk rumah baru. Wak Sarip Dol (bukan nama sebenar) tukang rumah Indon tuh dah berguling-guling beriya-iya benar nak buat rumah baru haku.

Perhatian: gambar rumah yang cantik diatas bukanlah rumah haku. Haku ternampak masa ondway ke Tanjung Sedili minggu lepas. Sebenarnya sudah terlepas, haku sanggup patah balik dan masuk keperkarangan rumah yang baru siap itu dan tangkap gambar. Buat inspirasi saja. Boleh kannns.

Pascanota: Haku malas nak buat entri baru. Tapi haku cuma nak citer sikit. Pasal haku dah gi Hospital Pusrawi (depan IJN) tadi malam. Jumpa YB (Yunus Badawi) yang fofuler itu. Semoga bonda YB cepat sembuh. Teringat pula haku pada emak yang juga sedang uzur di kampung. [+ pertemuan tB dengan YB ]

Gambar memboroi kami dalam wad. Peace oke.

Advertisements



Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2010
M T W T F S S
« Apr    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

yang lampau