Archive for May 18th, 2010

18
May
10

sunshine award

Sunshine Award meant nothing to me, but I want to appreciate it

Haku dapat Sunshine Award dari cacah (That Was Me Writing, Fly Me To The Moon).   Sebelum itu haku nak mintak maaf pada cacah sebab haku dah tercakap haku ‘pass’ taknak buat. Tapi macam ‘kurang ajar’ bunyinya kan. Kanns. Oleh itu, haku cuba sedaya upaya untuk menjawab TAG tersebut agar semua pihak berpuashati dan kita semua boleh jadi rakan siber yang baik-baik.

Sebenarnya haku pun tak tau nape blog haku yang xde apa2 nih terpilih oleh cacah untuk terima award. Cacah pun dok kechek gapo haku dipilihnya? Atas dasar apa? Tapi haku berkira2 bahawa award ini cuma saja suka-suka untuk rakan-rakan blogger yang menceriakan blog mereka kan. Kanns cacah?

Cacah (atas) seorang blogger perempuan muda yang rajin singgah dan komen blog haku yang takde ape2 nih. Kekadang tak datang komen berminggu2 jugak. Blogger yang punya banyak blog tapi jarang-jarang update. Punya kereta bernama jiji. Cek mek kelate yang tinggal di Seri Kembangan (katanya). Pernah naik kapalterbang, tapi tak pandai berenang. Pernah memecah jantung seseorang (katanya lagik oke).  Pernah kena chicken pox (samalah kita ahaks). Tak pernah kiss someone – samalah kita, ammvoiii.  Cacah sedang berazam untuk membeli rumah sendiri. Kalau orang belikan rumah untuk dia pun dia taknak (katanya lagik dan lagik). Har har har.

TAG berantai ini sebenarnya sudah lama berada dipasaran antarabangsa. Jadi haku cuba jejaki asal-usul dari mana ianya datang.

cacah <- klynn <- chech <- kuE <- syahira <- sekocinorlie <- AishahElga <- Melissa <- Pammypam <- mycomyescape <- cheryl <- jessica <- rujon <- chicmama <-

Dari senarai blogger diatas, haku nampak kesemuanya datang dari blogger pompuan yang bijaksana. Jadi, adakah haku menjadi ‘Lelaki Melayu Pertama’ yang buat TAG berantai nih? Ha ha ha. Layanns.

The rules of this pretty Sunshine award are:

  • Pay it forward – nominate 12 bloggers. < DONE>
  • Put the logo on your sidebar or within a post. You can take the logo from one of those previous bloggers. < DONE>
  • Link the nominees within your post. < DONE>
  • Let the nominees know they have received this award by commenting on their blog. < DONE>
  • Share the love and link to the person from whom you received this award. < DONE>

We could all do with a bit of sunshine right now and some of these people need some extra loving, the others have had to put up with awful weather for absolutely weeks and the others just because….xxx
I hope it brings as much pleasure to them as it has to me.
I hereby award;

1. Azrina3.7 – pemilik blog Reen’s Diary; Samohaeyo Gajok. Haku mula2 memang tak paham apa itu ‘Samohaeyo Gajok’. Ingatkan dialek indon ke bagai. Tapi enchek Google kan ada. Jadi haku terjemahkan kat sini, ‘Samohaeyo Gajok’ bermaksud ‘Keluarga Tersayang’ dlm bahasa Korea uools.

Azrina sorang ibu kpd 3 orang anak yang chomel. Suka berborak tanpa henti. Suka bershopping. Suka gardening, memasak dan menjahit. Suka layan novel. Suka dengar lagu hindustan. Tak suka blogger yang citer meleret-leret tapi yang sempoi jer (hakula tuh ;-P).

Pasal blog beliau pula, haku suka dengan entri pertama beliau – ‘Picnic @Hot Spring, Sungkai, Perak‘. Walaupun tiada yang komen, tapi gambar2 beliau bersama suami dan tiga orang anak amatlah terserlah kebahagiaan itu. Lagipun haku pernah sampai kat Hot Spring Sungkai itu.

Yang haku tak paham tentang 3.7 pada nama beliau. Boleh terangkan?

Status: Yellow

2. n@m@n – seorang cikgu muda yang baru mendapat cahayamata, Darwisy (7).  Kelmarin (16 Mei – sama birthday anak sulong haku) adalah hari guru. Haku nak ucap selamat Hari Guru pada n@m@n yang sering juga ke blog haku yang xde apa2 ini untuk tinggalkan komen.

Haku tertarik juga dengan entri pertama beliau tentang ‘kenapa berblog‘? Boleh share sumtin’ atau dptkn info, boleh suarakan ape sahaja yg tidak puas hati selagi tidak menganggu gugat keamanan sejagat dan kestabilan negara.

Yang haku jengkel sikit pasal blog cikgu n@m@n ialah dengan layout blog dia.  Lambat sangat upload. Kesemua entri akan diringkaskan, kalau nak tau, ‘[+/-] sila klik untuk selanjutnya’.  Dan kaler background biru yang silau mata memandang. He he he.

Dan Cikgu n@m@n adalah blogger lelaki tunggal yang haku bagi TAG kali ini.

Status: Yellow

3. Linda – pemilik blog miamanis (semuanya manis). Isteri dan Ibu 3 orang anak. Sentiasa menjaga kepentingan diri dan keluarga. Sangat positif dlm kehidupan, mesti cool and kita enjoy – katanya.

Kekadang beliau suka menulis tentang kisah2 lucah, 18SX dan sex yang tidak keterlaluan. Kalau haku layan komen, dia pun layan haku balik. He he he.

Nasik tambah: Linda suka kena tikam tikam katanya – ammvoiii.

Status: Hijau

4. nono – pemilik blog ‘Nono Fara, Photo Blog’. Nono (20+) seorang pelajar di UIA Gombak berasal dari Miri Borneo, yang meminati bidang photography tentang keluarga, rakan2, nature, lovers dll.

Haku pernah sekali terjumpa dengan beliau di Taman Tasik Perdana, ketika cuti Tahun Baru 2008. Ketika itu beliau bersama-sama dengan rakan-rakannya sedang bz mengambil gambar masing2.

Ituari nono bilang, nono nak kahwin lambat katanya. Ha ha ha.

Status: Yellow

5. nakjadimande – seorang penulis kacangan (katanya) dari seberang. Satu-satunya blogger Indon yang masih rajin dan tidak jemu-jemu singgah ke blog haku yang takde ape2 ini.

Walaupun blog haku yang ini masih berusia 2 bulan (asyik 2 bulan saja kanns), tapi rasanya kita sudah kenal lama kan.

Haku juga suka membaca blog bundo kerana bahasa yang digunakan puitis sekali. Tetapi kekadang haku juga tidak faham. Ha ha ha. (Ampun ya bundo !)

Status: Yellow

6. Nida – seorang ibu punya 3 puteri yang comel yang kini menemani suami belajar PhD di Auckland, New Zealand. Mula2 haku ingat tajuk blog ‘Di Bumi Albany’ itu haku agak seperti di Albania, Eropah. Ha ha ha.

Walaupun blog haku tak tersenarai dalam ratusan blogroll Nida, tapi beliau rajin singgah dan komen. Thank you very much. Wah, speaking makk. ;-P

Dan dari komen2 Nida, beliau amat senang berbicara dengan haku mungkin sebab kami berasal dari satu negeri yang sama kan. Dan sekarang Nida sedang merindui orang-orang kampungnya.  Kasihannya.

Status: Hijau

7. fidde – seorang wanita biasa saja (katanya), yang sayangkan mak beliau spt orang lain jugak.

Baru memiliki henfon baru yang leh muat 2 simcard, leh tengok TV, yang ada kamera. Fuyoh.

Sekali imbas, haku ingat fidde nih kembar si Nono itu. Sori makk.

Status: Yellow

8. nohas – pemilik blog orang bukit di ‘al-pakri’. Haku ingat mula2 beliau sorang lelaki. He he he.

Membaca blog beliau tidaklah menceritakan sangat tentang hidup peribadi nohas. Tapi berkisar tentang keagungan Illahi. Allahu Akbar.

Dan haku tak berjumpa pun gambar beliau, samada tersirat atau tersurat.

Status: Yellow

9. erna – mak tiga hero, suka memasak, membaca novel dan berkawan (katanya).

Haku tertarik dengan cerita anak sulongnya yang bersaiz besar. Entrinya ada di sini – ‘kisah heroku yang sulong‘. Semoga abang long maju jaya selalu.

Status: Yellow

10. akuatik – seorang pelajar di Glasgow UK. Pertama kali datang singgah blog haku yang takde apa-apa nih. Haku pun pertama kali jugak jenguk blog dia. He he he.

Akuatik memang rajin menulis. Tiadalah satu gambar2 dalam blog dia kecuali gambar orang lain belaka.  Mungkin akuatik ada blog lain agaknya.

Sebenarnya haku pun tak tahu nape haku pilih dia. Ha ha ha – tak tau takper.

Status: Merah

11. mizadgreat – punya lima orang anak, termasuk sepasang kembar dara sunti, Aida dan Aima. Entri Miza yang terakhir tentang kemalangan kereta Avanzanya.  Syukur, Miza sekeluarga selamat cuma terkejut saja.

Pernah beliau cuba mengajak haku ke group blog yang lagi satu – gelanggangfoto.com. Haku memang tak suka forum-forum bagai. He he he, lepas haku marah2, dia dah tak letak lagi iklan kat komen haku. Sori ek Miza, bukan haku tak cuba. Dan haku bukan marah, tapi nasihat.

Status: Yellow

12. zymazara – da catwoman de vogue.. grrrr.. ha ha ha. Seorang businesslady yang sudah biasa makan cili api dan madu lebah.. ha ha ha

Punya kereta warna emas cemerlang yang berdesup itu.

Zyma sungguh menyayangi anaknya yang sorang, Aqif. Dan Zyma sedang mengandungkan anak keduanya hasil usahanya yang gigih dan bersungguh2 jugak. Usaha tangga BMW kanns.

Good luck Zyma.

Status: Hijau

Status: Merah (no response), Yellow (responded), Hijau (dah buat).

Fuyoh, letih giler buat TAG kali ini. Semoga cacah berpuashati. ;-)

Advertisements



Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2010
M T W T F S S
« Apr    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

yang lampau