Archive for May 20th, 2010

20
May
10

masai langsir

masai langsir

Jumaat malam yang lepas, sudah survey2 langsir cik kiah yang murah2 saja. Bawak sekali ukuran setiap tingkap dan sliding door.

Sudah tempah. Lagi dua minggu baru nak siap.

Sembang Khamis malam Jumaat. Salam sayang buat kengkawan semua lah.

Advertisements
20
May
10

ketuk ketuk

welding shop, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur

Ituari haku sudah ditimpa kecelakaan aka nasib malang. Motor rempit kesayangan haku sudah dicuri jantung hatinya. Maksud haku, bateri motor haku dah dikebas orang. Silap haku gak, parking sembarangan.

Tapi haku taknak citer pasal tuh. Buat sakit ati je kann.

Bukan setakat bateri, malah ekzos haku sudah cuba dipatahkan mamat malaun mana ntah. Dipendekkan citer, budak repair tiub motor sudah cadang, ‘abang gi chow kit ke Sentul ke try welding balik ekzos.’ Aiseh, haku dok KL bertahun2 mak, tp tak tau katne Chow Kit is? Ha ha ha, kalo Lorong Haji Taib ke Sentul ke orait je, sbb selalu gak cuci barang, beli barang spare part motor kat situ. Ko biar betik Tun. Kehhhh.

Dipendekkan citer, haku sudah sampai kat kedai welding belakang jauh kebawah Jalan Sentul. Lorong yang kotor, dari segi kebersihan memang tahap zero, takde hygienic segala bagai. Sampah sarap keliling pinggang. Keadaan belakang bangunan yang usang dengan pokok pokok yang tumbuh dari belakang kedai. Hu hu hu, seram wehh.

Bila haku sampai, haku nampak ada 2 kedai tukang. Kedai 1 kat corner lot nampak bz. Kedai no 2 lat beberapa kedai kedalam. Haku gi kedai no 2, tanya uncle welder. Uncle bilang, ‘lu kena tunggu lohh,’ So, haku tunggu. Memang uncle tengah bz perbetulkan tulang udang motor rempit apek yang tengah tunggu gak. Haku tunggu 10 minit, 20 minit, 30 minit. Pastu uncle repair ekzos motor 2 budak yang dah lama tunggu kat situ. Lagi 15 minit. Pastu uncle sambung repair sepit udang apek tadi. Haku tanya bila nak buat haku punya. Uncle welder datang tengok2 (dah 45 minit baru nak tengok) haku punya motor. Pastu geleng2 kepala sambil membebel pulak, ‘wah, tak boleh tak boleh, camana nak sambung? bracket problem, bla bla’ Haku tanya, ‘habis?’ Uncle bilang, ‘wah tak sempat, lu pigi kedai sebelah,’ Waduh, haku tunggu dekat satu jam, last2 dia soh haku gi tempat lain. Apa barang kanns?

Dengan terhegeh2 haku tolak motor gi kedai welder no. 1 corner lot tadi. Haku nampak memang ramai welder tengah bz gak. Haku tanya mamat cina (hensem macam hero korea). Mamat cina datang tengok ekzos motor haku. Tak sempat haku nak explain, mamat cina cakap, ‘RM25’. Fuyoh, haku terkejut juga sebab haku ingat leh mencecah ratusan hinggit. Haku tanpa banyak soal kata oke, haku pun tunggu. Mamat cina buat, baringkan motor haku tepi longkang sampah je. Bukak cabut ekzos motor. Mamat cina ludah sana ludah sini. 20 minit siap. Haku bayar.

Tetiba kejadian mirikel berlaku. Ha ha ha, mirikel la sangat kanns.

Masa haku nak blah tuh, adalah sorang mamat India baru datang naik kapcai. Kat kedai welder no. 1. Tanya mamat cina (hensem macam hero Korea) tadi. Mamat cina tengok ekzos motor dia. Baca-baca sikit, mamat cina cakap ‘RM15’ sudah.  Haku tengok muka mamat India terkezot uoolss. Haku pun terkezot sama sbb rege lagik murah dari rege welding ekzos motor haku tadik.  Mamat India sambil melenting bilang, ‘aikk, camane lu kira RM15?? ituari kawan saya buat RM8 je???’ Mamat cina balik kat ekzos motor yang dia tengah buat sambil geleng2 kepala – ‘tak dapat, tak dapat’. Haku tengok muka mamat India tuh, dan mamat India tuh tengok haku sambil menyeringai tersengih. Dia tolak motor gi kedai welder no. 2 yang tadi. Ha ha ha, haku gelak dalam hati, ‘masaklah ko kena tunggu 45 minit, pastu uncle welder tuh bilang taknak buat!’

Haku pun blah dari tempat keramat tuh.




Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2010
M T W T F S S
« Apr    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

yang lampau