20
May
10

ketuk ketuk

welding shop, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur

Ituari haku sudah ditimpa kecelakaan aka nasib malang. Motor rempit kesayangan haku sudah dicuri jantung hatinya. Maksud haku, bateri motor haku dah dikebas orang. Silap haku gak, parking sembarangan.

Tapi haku taknak citer pasal tuh. Buat sakit ati je kann.

Bukan setakat bateri, malah ekzos haku sudah cuba dipatahkan mamat malaun mana ntah. Dipendekkan citer, budak repair tiub motor sudah cadang, ‘abang gi chow kit ke Sentul ke try welding balik ekzos.’ Aiseh, haku dok KL bertahun2 mak, tp tak tau katne Chow Kit is? Ha ha ha, kalo Lorong Haji Taib ke Sentul ke orait je, sbb selalu gak cuci barang, beli barang spare part motor kat situ. Ko biar betik Tun. Kehhhh.

Dipendekkan citer, haku sudah sampai kat kedai welding belakang jauh kebawah Jalan Sentul. Lorong yang kotor, dari segi kebersihan memang tahap zero, takde hygienic segala bagai. Sampah sarap keliling pinggang. Keadaan belakang bangunan yang usang dengan pokok pokok yang tumbuh dari belakang kedai. Hu hu hu, seram wehh.

Bila haku sampai, haku nampak ada 2 kedai tukang. Kedai 1 kat corner lot nampak bz. Kedai no 2 lat beberapa kedai kedalam. Haku gi kedai no 2, tanya uncle welder. Uncle bilang, ‘lu kena tunggu lohh,’ So, haku tunggu. Memang uncle tengah bz perbetulkan tulang udang motor rempit apek yang tengah tunggu gak. Haku tunggu 10 minit, 20 minit, 30 minit. Pastu uncle repair ekzos motor 2 budak yang dah lama tunggu kat situ. Lagi 15 minit. Pastu uncle sambung repair sepit udang apek tadi. Haku tanya bila nak buat haku punya. Uncle welder datang tengok2 (dah 45 minit baru nak tengok) haku punya motor. Pastu geleng2 kepala sambil membebel pulak, ‘wah, tak boleh tak boleh, camana nak sambung? bracket problem, bla bla’ Haku tanya, ‘habis?’ Uncle bilang, ‘wah tak sempat, lu pigi kedai sebelah,’ Waduh, haku tunggu dekat satu jam, last2 dia soh haku gi tempat lain. Apa barang kanns?

Dengan terhegeh2 haku tolak motor gi kedai welder no. 1 corner lot tadi. Haku nampak memang ramai welder tengah bz gak. Haku tanya mamat cina (hensem macam hero korea). Mamat cina datang tengok ekzos motor haku. Tak sempat haku nak explain, mamat cina cakap, ‘RM25’. Fuyoh, haku terkejut juga sebab haku ingat leh mencecah ratusan hinggit. Haku tanpa banyak soal kata oke, haku pun tunggu. Mamat cina buat, baringkan motor haku tepi longkang sampah je. Bukak cabut ekzos motor. Mamat cina ludah sana ludah sini. 20 minit siap. Haku bayar.

Tetiba kejadian mirikel berlaku. Ha ha ha, mirikel la sangat kanns.

Masa haku nak blah tuh, adalah sorang mamat India baru datang naik kapcai. Kat kedai welder no. 1. Tanya mamat cina (hensem macam hero Korea) tadi. Mamat cina tengok ekzos motor dia. Baca-baca sikit, mamat cina cakap ‘RM15’ sudah.  Haku tengok muka mamat India terkezot uoolss. Haku pun terkezot sama sbb rege lagik murah dari rege welding ekzos motor haku tadik.  Mamat India sambil melenting bilang, ‘aikk, camane lu kira RM15?? ituari kawan saya buat RM8 je???’ Mamat cina balik kat ekzos motor yang dia tengah buat sambil geleng2 kepala – ‘tak dapat, tak dapat’. Haku tengok muka mamat India tuh, dan mamat India tuh tengok haku sambil menyeringai tersengih. Dia tolak motor gi kedai welder no. 2 yang tadi. Ha ha ha, haku gelak dalam hati, ‘masaklah ko kena tunggu 45 minit, pastu uncle welder tuh bilang taknak buat!’

Haku pun blah dari tempat keramat tuh.


59 Responses to “ketuk ketuk”


  1. May 20, 2010 at 12:16 am

    kena scroll pulak..hehe

    sa,bung esok ye TB..nak merempit atas katil

  2. May 20, 2010 at 12:29 am

    Salam Tun,
    Punya le sasa macam iron man pun bole kena dera dgn apek tua tu ek..!

  3. May 20, 2010 at 1:43 am

    hahaha…first..ko kena ketuk la kalau mmg 8 hengget..tp mamat tu plak masalah…ahahaha

  4. 9 sz
    May 20, 2010 at 4:13 am

    hadoiii, bateri lori hasben pun dl penah kena curik, diorg ni pun main rembat sajalah…brape hinggit sgt la kalo dijual pun…adehhhh…menyusahkan org!

  5. May 20, 2010 at 7:09 am

    Ooo .. cuci / beli barang kat lorong Hj Taib . Apa kess ?

  6. May 20, 2010 at 8:34 am

    hahahahaha… sengal!

  7. May 20, 2010 at 8:46 am

    Salam TB….

    Skrg ni semua org nak UP harga barang & service……harga diri je yg dok DOWN lagi.

    Hmmmmmmm……mcm2 ado.
    🙂

  8. May 20, 2010 at 9:02 am

    tb, my hubby punya motor dok tersadai kat tepi rumah tu tak repair-repair pun…

  9. May 20, 2010 at 9:26 am

    sekali mamat india tu diperkenankan oleh apek no.1..siap RM8 jar kena bayar… tontu en.Tun rasa lagi mahar merikel yg amat hebat, kanzzz?

    hehehheh

  10. May 20, 2010 at 9:31 am

    Salam..

    tun..kalau takder ekzos tak boleh jalan ker???

  11. May 20, 2010 at 9:49 am

    Pengalaman.. memang sungguh mahal pengalaman TUN nih…

  12. May 20, 2010 at 10:54 am

    haha..kesian kat mamat india tuh nanti

  13. May 20, 2010 at 11:59 am

    salam,

    sentul memang black area, kawaasan india ramai. eggegegeg…
    sebab itu saya suka tgk citer korea, hahhaah…

  14. May 20, 2010 at 12:22 pm

    Hehe. Tergelak kmk baca oi! ;D Huishh murah gile eh.. Nasib baik la ada Chow Kit eh?😛 Walaupun tempat tu agak scary merry la juak

  15. May 20, 2010 at 1:38 pm

    pakai gam gajah takleh ke tun. kihkihkih

  16. May 20, 2010 at 2:47 pm

    TB,
    Sentul kat bgn mana eh ?
    tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pula tempat den bermain

    mamat korea !!nak gak tengok keenseman dia..hehe..

  17. May 20, 2010 at 3:13 pm

    adakah TB telah diketuk harga rm 25 tu?

  18. May 20, 2010 at 3:33 pm

    sentul, chow kit semua barang kira murah la tu kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.

  19. May 20, 2010 at 4:59 pm

    sambil baca citer tun ni sambil mmbayangkn kehenseman mamat korea tu…ahaks!

  20. 45 julianusginting
    May 20, 2010 at 5:32 pm

    salam kenal aja dari saya

  21. May 20, 2010 at 6:08 pm

    kalau ko tawar rm20 aku rasa boleh dapat. Kalau ko nak maut lagi buatlah terkezut mcm mamat india tu. Lepas ko kata kawan ko sebelum ni buat cuma rm15 je hehehe

    • May 20, 2010 at 6:39 pm

      mamat cina is the expert one lohhh, sebab masalah kitorang berbeda2, ekzos haku patah dua (RM25), mamat india tu punya ekzos patah satu setengah (RM15), yang kawan mamat india tu mungkin patah spring jer (RM8), harga batang pateri welding tuh dah makin mahal sekarang nih banggg, huhuhu

  22. May 20, 2010 at 6:09 pm

    Lain kali aku cadangkan ko bawak julietchun pergi situ. Mesti dia teruja tengok mamat cina yg mcm hero korea tu. Sambil menunggu budak tu buat kerja bolehlah ko sembang2 dgn juliet hehehe

  23. May 21, 2010 at 12:14 pm

    kesian ko TB..nasib baik bateri jer hilang..kalau motor ko kena rembat, melopong dibuatnyer…psst, kena tanya betul kenapa dia boleh bg murah???

  24. May 21, 2010 at 12:51 pm

    keramat sungguh tempat tue.. xtau pun bro huhuhu

  25. May 21, 2010 at 1:35 pm

    waaa..sakithati je kalo lama nunggu tetiba dia kata tak bleh buat ek. anyway, bagus la kan, dpt repair kat next kedai. tak le sampai beratus hinggit ek..

  26. September 5, 2010 at 11:28 am

    TB, berbulan lama ida x dpt masuk blog TB. katanya diprivatekan. ni pun jumpa link dr blog Dr.Singa. seronok baca kesah welding ni.. hehe…

    tp lepas ni nak tukar rumah lagi kan…. (habaq2 lah yea..)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2010
M T W T F S S
« Apr    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

yang lampau


%d bloggers like this: