Archive for May 21st, 2010

21
May
10

petua nak menang kereta mewah BSN

slogan: unlike any other (gambar hiasan semata-mata)
Taman Mawar, Pasir Gudang (circa 2004)

Hari ini hari Jumaat derr. Haku nak citer pasal rezeki, jodoh, ajal dan maut ditangan Tuhan pulak.

Minggu lepas, haku sudah jumpa blogger fofuler YB (Yunus Badawi) yang bilang haku (blog yang takde apa2 nih) pulak yang fofuler. Ha ha ha.

Banyak juga hal yang kami borakkan. Tapi haku tertarik dengan cerita-cerita dan cita-cita YB nak menang cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium (SSP) dari Bank Simpanan Nasional (BSN) itu. Semangat sungguh. Membuatkan haku teringat satu kisah. Begini citer yang haku tak tahu kebenarannya:

Alkisah ada sorang yang alim yang menjaga kebajikan masjid tempat beliau tinggal. Oleh kerana kesemua aktiviti2 memerlukan sumbangan seperti penjagaan anak2 yatim, pengurusan kebajikan masjid dan lain2.  Siang malam beliau berdoa pada Tuhan untuk menang cabutan SSP. Kalo menang kereta mewah sejibik boleh beliau jual dan sumbangkan wang tersebut untuk kebajikan dibawah naungannya. Setelah bertahun2 berdoa siang malam, namun beliau masih tak menang-menang juga. Beliau sudah putus asa. Tapi pada satu malam, ketika beliau sedang tidur, didatangi dalam mimpinya seorang yang alim juga berserban serba putih. Orang alim dalam mimpinya berkata, ‘camana ko nak menang SSP dan kereta mewah.. kalo ko sendiri tak beli SSP??’

Sembang pagi Jumaat. Salam hormat dari Tun untuk kengkawan semua lah.




Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2010
M T W T F S S
« Apr    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

yang lampau