Archive for the 'friends' Category

18
May
10

sunshine award

Sunshine Award meant nothing to me, but I want to appreciate it

Haku dapat Sunshine Award dari cacah (That Was Me Writing, Fly Me To The Moon).   Sebelum itu haku nak mintak maaf pada cacah sebab haku dah tercakap haku ‘pass’ taknak buat. Tapi macam ‘kurang ajar’ bunyinya kan. Kanns. Oleh itu, haku cuba sedaya upaya untuk menjawab TAG tersebut agar semua pihak berpuashati dan kita semua boleh jadi rakan siber yang baik-baik.

Sebenarnya haku pun tak tau nape blog haku yang xde apa2 nih terpilih oleh cacah untuk terima award. Cacah pun dok kechek gapo haku dipilihnya? Atas dasar apa? Tapi haku berkira2 bahawa award ini cuma saja suka-suka untuk rakan-rakan blogger yang menceriakan blog mereka kan. Kanns cacah?

Cacah (atas) seorang blogger perempuan muda yang rajin singgah dan komen blog haku yang takde ape2 nih. Kekadang tak datang komen berminggu2 jugak. Blogger yang punya banyak blog tapi jarang-jarang update. Punya kereta bernama jiji. Cek mek kelate yang tinggal di Seri Kembangan (katanya). Pernah naik kapalterbang, tapi tak pandai berenang. Pernah memecah jantung seseorang (katanya lagik oke).  Pernah kena chicken pox (samalah kita ahaks). Tak pernah kiss someone – samalah kita, ammvoiii.  Cacah sedang berazam untuk membeli rumah sendiri. Kalau orang belikan rumah untuk dia pun dia taknak (katanya lagik dan lagik). Har har har.

TAG berantai ini sebenarnya sudah lama berada dipasaran antarabangsa. Jadi haku cuba jejaki asal-usul dari mana ianya datang.

cacah <- klynn <- chech <- kuE <- syahira <- sekocinorlie <- AishahElga <- Melissa <- Pammypam <- mycomyescape <- cheryl <- jessica <- rujon <- chicmama <-

Dari senarai blogger diatas, haku nampak kesemuanya datang dari blogger pompuan yang bijaksana. Jadi, adakah haku menjadi ‘Lelaki Melayu Pertama’ yang buat TAG berantai nih? Ha ha ha. Layanns.

The rules of this pretty Sunshine award are:

  • Pay it forward – nominate 12 bloggers. < DONE>
  • Put the logo on your sidebar or within a post. You can take the logo from one of those previous bloggers. < DONE>
  • Link the nominees within your post. < DONE>
  • Let the nominees know they have received this award by commenting on their blog. < DONE>
  • Share the love and link to the person from whom you received this award. < DONE>

We could all do with a bit of sunshine right now and some of these people need some extra loving, the others have had to put up with awful weather for absolutely weeks and the others just because….xxx
I hope it brings as much pleasure to them as it has to me.
I hereby award;

1. Azrina3.7 – pemilik blog Reen’s Diary; Samohaeyo Gajok. Haku mula2 memang tak paham apa itu ‘Samohaeyo Gajok’. Ingatkan dialek indon ke bagai. Tapi enchek Google kan ada. Jadi haku terjemahkan kat sini, ‘Samohaeyo Gajok’ bermaksud ‘Keluarga Tersayang’ dlm bahasa Korea uools.

Azrina sorang ibu kpd 3 orang anak yang chomel. Suka berborak tanpa henti. Suka bershopping. Suka gardening, memasak dan menjahit. Suka layan novel. Suka dengar lagu hindustan. Tak suka blogger yang citer meleret-leret tapi yang sempoi jer (hakula tuh ;-P).

Pasal blog beliau pula, haku suka dengan entri pertama beliau – ‘Picnic @Hot Spring, Sungkai, Perak‘. Walaupun tiada yang komen, tapi gambar2 beliau bersama suami dan tiga orang anak amatlah terserlah kebahagiaan itu. Lagipun haku pernah sampai kat Hot Spring Sungkai itu.

Yang haku tak paham tentang 3.7 pada nama beliau. Boleh terangkan?

Status: Yellow

2. n@m@n – seorang cikgu muda yang baru mendapat cahayamata, Darwisy (7).  Kelmarin (16 Mei – sama birthday anak sulong haku) adalah hari guru. Haku nak ucap selamat Hari Guru pada n@m@n yang sering juga ke blog haku yang xde apa2 ini untuk tinggalkan komen.

Haku tertarik juga dengan entri pertama beliau tentang ‘kenapa berblog‘? Boleh share sumtin’ atau dptkn info, boleh suarakan ape sahaja yg tidak puas hati selagi tidak menganggu gugat keamanan sejagat dan kestabilan negara.

Yang haku jengkel sikit pasal blog cikgu n@m@n ialah dengan layout blog dia.  Lambat sangat upload. Kesemua entri akan diringkaskan, kalau nak tau, ‘[+/-] sila klik untuk selanjutnya’.  Dan kaler background biru yang silau mata memandang. He he he.

Dan Cikgu n@m@n adalah blogger lelaki tunggal yang haku bagi TAG kali ini.

Status: Yellow

3. Linda – pemilik blog miamanis (semuanya manis). Isteri dan Ibu 3 orang anak. Sentiasa menjaga kepentingan diri dan keluarga. Sangat positif dlm kehidupan, mesti cool and kita enjoy – katanya.

Kekadang beliau suka menulis tentang kisah2 lucah, 18SX dan sex yang tidak keterlaluan. Kalau haku layan komen, dia pun layan haku balik. He he he.

Nasik tambah: Linda suka kena tikam tikam katanya – ammvoiii.

Status: Hijau

4. nono – pemilik blog ‘Nono Fara, Photo Blog’. Nono (20+) seorang pelajar di UIA Gombak berasal dari Miri Borneo, yang meminati bidang photography tentang keluarga, rakan2, nature, lovers dll.

Haku pernah sekali terjumpa dengan beliau di Taman Tasik Perdana, ketika cuti Tahun Baru 2008. Ketika itu beliau bersama-sama dengan rakan-rakannya sedang bz mengambil gambar masing2.

Ituari nono bilang, nono nak kahwin lambat katanya. Ha ha ha.

Status: Yellow

5. nakjadimande – seorang penulis kacangan (katanya) dari seberang. Satu-satunya blogger Indon yang masih rajin dan tidak jemu-jemu singgah ke blog haku yang takde ape2 ini.

Walaupun blog haku yang ini masih berusia 2 bulan (asyik 2 bulan saja kanns), tapi rasanya kita sudah kenal lama kan.

Haku juga suka membaca blog bundo kerana bahasa yang digunakan puitis sekali. Tetapi kekadang haku juga tidak faham. Ha ha ha. (Ampun ya bundo !)

Status: Yellow

6. Nida – seorang ibu punya 3 puteri yang comel yang kini menemani suami belajar PhD di Auckland, New Zealand. Mula2 haku ingat tajuk blog ‘Di Bumi Albany’ itu haku agak seperti di Albania, Eropah. Ha ha ha.

Walaupun blog haku tak tersenarai dalam ratusan blogroll Nida, tapi beliau rajin singgah dan komen. Thank you very much. Wah, speaking makk. ;-P

Dan dari komen2 Nida, beliau amat senang berbicara dengan haku mungkin sebab kami berasal dari satu negeri yang sama kan. Dan sekarang Nida sedang merindui orang-orang kampungnya.  Kasihannya.

Status: Hijau

7. fidde – seorang wanita biasa saja (katanya), yang sayangkan mak beliau spt orang lain jugak.

Baru memiliki henfon baru yang leh muat 2 simcard, leh tengok TV, yang ada kamera. Fuyoh.

Sekali imbas, haku ingat fidde nih kembar si Nono itu. Sori makk.

Status: Yellow

8. nohas – pemilik blog orang bukit di ‘al-pakri’. Haku ingat mula2 beliau sorang lelaki. He he he.

Membaca blog beliau tidaklah menceritakan sangat tentang hidup peribadi nohas. Tapi berkisar tentang keagungan Illahi. Allahu Akbar.

Dan haku tak berjumpa pun gambar beliau, samada tersirat atau tersurat.

Status: Yellow

9. erna – mak tiga hero, suka memasak, membaca novel dan berkawan (katanya).

Haku tertarik dengan cerita anak sulongnya yang bersaiz besar. Entrinya ada di sini – ‘kisah heroku yang sulong‘. Semoga abang long maju jaya selalu.

Status: Yellow

10. akuatik – seorang pelajar di Glasgow UK. Pertama kali datang singgah blog haku yang takde apa-apa nih. Haku pun pertama kali jugak jenguk blog dia. He he he.

Akuatik memang rajin menulis. Tiadalah satu gambar2 dalam blog dia kecuali gambar orang lain belaka.  Mungkin akuatik ada blog lain agaknya.

Sebenarnya haku pun tak tahu nape haku pilih dia. Ha ha ha – tak tau takper.

Status: Merah

11. mizadgreat – punya lima orang anak, termasuk sepasang kembar dara sunti, Aida dan Aima. Entri Miza yang terakhir tentang kemalangan kereta Avanzanya.  Syukur, Miza sekeluarga selamat cuma terkejut saja.

Pernah beliau cuba mengajak haku ke group blog yang lagi satu – gelanggangfoto.com. Haku memang tak suka forum-forum bagai. He he he, lepas haku marah2, dia dah tak letak lagi iklan kat komen haku. Sori ek Miza, bukan haku tak cuba. Dan haku bukan marah, tapi nasihat.

Status: Yellow

12. zymazara – da catwoman de vogue.. grrrr.. ha ha ha. Seorang businesslady yang sudah biasa makan cili api dan madu lebah.. ha ha ha

Punya kereta warna emas cemerlang yang berdesup itu.

Zyma sungguh menyayangi anaknya yang sorang, Aqif. Dan Zyma sedang mengandungkan anak keduanya hasil usahanya yang gigih dan bersungguh2 jugak. Usaha tangga BMW kanns.

Good luck Zyma.

Status: Hijau

Status: Merah (no response), Yellow (responded), Hijau (dah buat).

Fuyoh, letih giler buat TAG kali ini. Semoga cacah berpuashati. ;-)

18
Mar
10

dont just read, please comment


nice slogan at kuala lumpur international airport (klia) – don’t just transit, visit KL

Kengkawan yang tun hormati.

Terimakasih kerana sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog tun yang tiada apa-apa ini. Sungguhpun blog tun ini baru dua bulan jagung usianya.

Tanpa kengkawan yang best-best seperti kamu semua, saperlar tun yang inih.

17
Mar
10

sayang bini tinggal-tinggalkan kannns

tanjung lobang jetty during sunset

Sudah cadang hendak ke Gua Niah hari Ahad hujung minggu ini. Tapi ada pakaian dan perkakas harus dibeli. Takkan nak bersinglet dan beriphone saja masuk hutan kan. Tak kowserr makk.

Jadi ajak Bob (bukan nama sebenar) ke pusat bandar lepas waktu kerja. Beli baju lengan panjang dan topi sudah. Parkson Bintang Plaza jerr.

Tapi sebelum itu terbabas ke puncak Canada Hill dan hujung Tanjung Lobang (Luak Esplanade). Sebabnya Bob sudah berminggu-minggu mahu kesana tapi takde saper yang sempat membawanya kesitewww uoolsss. Sedih kaanns.

Selepas dari Bintang Plaza, sempat singgah di Muara (Miri Waterfront) pula. Pekena nasi lalapan ikan tenggiri. Mee kolok boleh tunggu makk.

bringing Bob for the first time to Canada Hill since he was here a month ago will ensure he is a happy man now; tapi sambal belacan nasi lalapan itu memang pedas gilerrr uooolsss

01
Mar
10

makam kota buruk

Hãri Ahãd pãgi terbãbãs ke Pãgoh, Muãr. Konon nãk tengok becã gergãsi yãng sudãh porãk perãndã.

Tibã di Bukit Pãsir, terujã nãk ke Tãpãk Sejãrãh Kotã Buruk pulãk. Dãri simpãng di Sungãi Terãp, terlãjãk kehujung Tãnjung Olãk. Pãtãh bãlik ke Bukit Pãsir. Pergi lãgi ke Kãmpung Selãbu. Adã pãpãntãndã tunjuk mãsuk ke lãdãng kelãpã sãwit. Mãsuk sãmpãi pondok buruk ãdã tigã simpãng. Tãkut tersesãt keluãr bãlik ke jãlãn kãmpung tãnyã ãtuk yãng sedãng buãt rumãh. Anãk ãtuk sãnggup hãntãr (nãik motor) mãsuk bãlik ke lãdãng kelãpã sãwit. Sãmpãi di pondok buruk yãng tãdi disuruhnyã jãlãn kãki sejãuh 300 meter meredãh belukãr dãn semãk sãmun.

Tibã di tebing Sungãi Muãr ãdã pãpãntãndã Jãbãtãn Muzium negãrã. Tentãng Kotã Buruk yãng pernãh didiãmi Pãrãmeswãrã. ãdã duã mãkãm lãmã berlilitãn kãin kuning. Mãkãm lãin tidãk kelihãtãn mungkin bertãburãn dibãwãh semãk sãmun.

Terimãkãsih pãdã ãnãk ãtuk yãng sãnggup hãntãr hinggã ke tãpãk mãkãm. Bãgi RM50 sudãh.

Notã: terimãkãsih pãdã follower nombor 10 (bluecity), nombor 11 (anie), nombor 12 (nohas), nombor 13 (mama sarah syimir) dan nombor 14 (ase1) yãng sudi ke blog tunbegiã yãng tiãdã ãpã-ãpã ini. 🙂

Gãmbãr diãtãs: rentetãn peristiwã menjejãk mãkãm Kotã Buruk, Jorak,

05
Feb
10

Why I Don't Have Facebook

“Encik tB ãdã fãcebook tãk?”
Kãtã seorãng kãwãn tB beberãpã bulãn yãng lãmpãu. Diã merãsã hãirãn dãn ãneh. Pelik bin ãjãib jugã. Sebãb semuã orãng ãdã Fãcebook sudãh.

Bukãn setãkãt Fãcebook, Twitter, Nuffnãng, Friendster, Myspãce bãgãi pun tB tãk ãdã. Blogging ini pun tB bãru stãrt minggu lepãs. 😉

Bukãn tB kãtã Fãcebook tidãk elok. Rãmãi sudãh kãwãn-kãwãn tB ãdã Fãcebook. Boleh bertemu kãwãn-kãwãn lãmã, kãtãnyã. Boleh kenãl kãwãn-kãwãn bãru jugã. Mãcãm kãtã orãng, yãng jãuh kitã dekãt-dekãtkãn, yãng dekãt kitã rãpãt-rãpãtkãn.

Boleh mãin gãmes, kãtãnyã. Adã bãnyãk gãmes bãgãi, Mãfiã Wãrs, Vãmpire Wãrs, Fãrm Ville, Zyngã Poker dãn mãcãm-mãcãm. Boleh berkebun, tãnãm kelãpã sãwit, tãnãm ãnggur, tãnãm strãwberries, belã kãmbing hitãm jugã. Boleh buãt pelbãgãi kuiz-kuiz bãngãng. Boleh tãg dãn untãgkãn gãmbãr-gãmbãr dengãn ãwek-ãwek jelitã dãn tidãk jelitã, dengãn binãtãng pelihãrããn, dengãn gãmbãr mãkãnãn pun boleh jugã. Sungguh meriãhkãn kãwãn-kãwãn.

Tãpi tidãk mengãpã. Mungkin tB perlukãn ketenãngãn buãt mãsã ini. Mãkãn nãsi pãprik, telur dãdãr dengãn ãir suãm seorãng diri pun bãhãgiã jugã.

Kãtã orãng putih, I respect yours to hãve ã Fãcebook, so pleãse respect mine not to.

Gambar diatas: pertama dan terakhir bertemu dengan salah seorang penulis buku Lagej yang tersohor. Tanpa bantuan Facebook pun kalau memang dah jodoh, asam didarat ikan dilaut, (atau garam dilaut asam digunung) bertemu juga dalam belanga!
Nota tambahan: gambar diatas tB tak curi-curi capture, dan tB tak pakai Iphone yang canggih itu ya kawan-kawan. Harap maklum.




Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
August 2017
M T W T F S S
« May    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

yang lampau