Archive for the 'ho hum' Category

21
May
10

petua nak menang kereta mewah BSN

slogan: unlike any other (gambar hiasan semata-mata)
Taman Mawar, Pasir Gudang (circa 2004)

Hari ini hari Jumaat derr. Haku nak citer pasal rezeki, jodoh, ajal dan maut ditangan Tuhan pulak.

Minggu lepas, haku sudah jumpa blogger fofuler YB (Yunus Badawi) yang bilang haku (blog yang takde apa2 nih) pulak yang fofuler. Ha ha ha.

Banyak juga hal yang kami borakkan. Tapi haku tertarik dengan cerita-cerita dan cita-cita YB nak menang cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium (SSP) dari Bank Simpanan Nasional (BSN) itu. Semangat sungguh. Membuatkan haku teringat satu kisah. Begini citer yang haku tak tahu kebenarannya:

Alkisah ada sorang yang alim yang menjaga kebajikan masjid tempat beliau tinggal. Oleh kerana kesemua aktiviti2 memerlukan sumbangan seperti penjagaan anak2 yatim, pengurusan kebajikan masjid dan lain2.  Siang malam beliau berdoa pada Tuhan untuk menang cabutan SSP. Kalo menang kereta mewah sejibik boleh beliau jual dan sumbangkan wang tersebut untuk kebajikan dibawah naungannya. Setelah bertahun2 berdoa siang malam, namun beliau masih tak menang-menang juga. Beliau sudah putus asa. Tapi pada satu malam, ketika beliau sedang tidur, didatangi dalam mimpinya seorang yang alim juga berserban serba putih. Orang alim dalam mimpinya berkata, ‘camana ko nak menang SSP dan kereta mewah.. kalo ko sendiri tak beli SSP??’

Sembang pagi Jumaat. Salam hormat dari Tun untuk kengkawan semua lah.

Advertisements
15
May
10

kenapa tukar identity

No Reason. Thank you.

Semoga kita sumer leh jadi rakan-rakan siber yang baik-baik uoools.
Jangan tikam-tikam bakang oke.

Sembang petang Sabtu. From Tun with love lah.

11
May
10

surat untuk YB

“ayah pulak jarang blik umah, biasalah idup poligami, susah nak duk umah.. ” (unrelated story)

Entri tiada kena mengena dengan blogger Yunus Badawi oke. Harap maklum.

Masa pertama kali dapat masuk rumah lelong nombor 2 (yang haku dah beli), memang keadaan rumah yang bersepah macam tongkang pecah. Banyak diari-diari lama, surat-surat bank, surat-surat saman, bil-bil tertunggak, credit card statement yang mencecah behibu-hibu hinggit yang haku tengok.

Ini bukanlah entri haku nak mengutuk atau memandang rendah pada sesape. Haku cuma tumpang sedih dan simpati juga. Walaupun begitu haku pelajari beberapa perkara. Walaupun keadaan ekonomi yang tidak memihak pada pemilik rumah (haku panggil ‘akakJ’ vollee)  sebelum itu. Haku dapati akakJ fikirkan tentang masadepannya dan anak juga (saperla tak sayang anak, tapi ada kanns). Pertama, tentang insuran nyawa (mungkin sebab dia kerja sbg ejen insuran). Kedua, tentang surat wasiat.

Sebelum itu, haku nak intro pasal akakJ nih yang setakat haku tahu (haku tak penah jumpe akakJ oke). AkakJ sorang ibu tunggal (yang ditinggalkan suami), ada sorang anak lelaki umur 10 tahun. AkakJ pernah bekerja sbg ejen insuran (tiada kena mengena dengan surat diatas).

Tapi yang haku pelik sampai sekang ialah sikap akakJ yang garang dan hipokrit. Walaupun hutang keliling pinggang, pendapatan dibawah paras miskin tegar, tak mampu nak bayar loans segala, tapi akakJ langsung tak mahu berinteraksi, berbincang atau bertegur sapa dengan orang sekeliling, hatta jiran tetangga sekalipun. Berlagak dengan kete besar gedabak (macam Kia Sportage je bunyinye). Hinggakan auntieS yang dok umah kat bawah pagi2 tadi sudah jumpa haku citer masalah plumbing kat sinki dapur dia yang bocor mencurah-curah macam air hujan. Kekadang sampai ulat-ulat jatuh atas sinki dia dari rumah atas (rumah akakJ lah tuh). Haku tanya nape tak complain kat akakJ masa dia dok situ. AuntieS bilang dia dah cuba berpuluh2 kali ketuk pintu rumah tapi akakJ tak mau bukak. Barulah haku tahu, bukan setakat haku (yang macho) je akakJ taknak jumpa!

Bila haku gi ofis kondo itu pun, staff kondo mengadu perkara yang sama. AkakJ sudah 5 tahun tak bayar maintenance fees. Sampai gi kat pejabat tanah daerah gombak. Selamba dogg je akakJ bilang, “haku takde duit.. bank nak lelong umah, lelong lohh..” Habis dorang nak watpe?

Sebenarnya bukan akakJ orang pertama haku jumpa sebegitu. Ramai uools. Ada juga yang dulu macam pengemis meminta-minta, tapi sekang dah jadi jutawan (anak dan bini-bini keliling pinggang uools). Ada juga yang masih jadi pengemis (tapi mulut maintain celupar bangsat juger). Tapi haku malas lah nak citer keburukan orang lain kanns (macamla haku nih bagus sangat). Takut nanti ada kengkawan ingat nih blog riak, tempat kutuk mengutuk dan tikam tikam bakangg. Ooops kelaut fulakkks kannns.

Berbalik pada surat wasiat akakJ yang haku jumpa dalam kondo beliau. Haku tertarik juga sebab walaupun dengan harta yang tidak banyak (rumah kondo yang dah pun dilelong dan sebiji kete yang besar gedabak), beliau dah mewasiatkan harta benda tersebut pada anak tunggalnya.

Membuatkan haku mula tergerak nak buat wasiat pula. Tapi blog ‘Thunbergia Laurifolia‘ ini haku tak tinggalkan password pada sesape erk. Kalo blog nih tak terupdate dan haku padam esok lusa, haku mohon maaf saja, tak payahlah kengkawan heboh2 oke. Cuma haku mohon korang sedekahkan alfatihah saja. Voleee kanns.

Sembang malam Rabu. Salam ingatan dari Tun wat kengkawan semua lah.


Rosniza Abd Rahim Mohamed Yahya Dr Abd Hakim Abd Ghani Mohamad Nazri Abdul Kadir

11
May
10

ojo kesandung

“Watch Your Steps”
somewhere inside my office

hati-hati doktor membedah,
tersalah bedah menyesal tak sudah,
hati-hati melentur lidah,
tidak bertulang membawa padah.

Sembang pagi Selasa. Berhati-hati dijalanraya. Majulah sukan untuk negara.

28
Apr
10

ingatkan dunia politik je kotor uoolsss

good or bad, i snapped them with my own lenses

Dunia blogging pun kotor gak. Tapi haku bukan nak citer pasal blog atau scenario politik negara sekarang nih.

Kelmarin masa haku blog hopping, haku terjumpa satu blog photographer nih. Haku namakan mamat A jer. [+ Photographer Lain Nak Boikot Aku? ]

Sebenarnya sblom ini pon, banyak blog photographer yang haku jumpa (dalam pc jer). Kesemuanya memaparkan gambar-gambar yang cantik dan menarik (pada pandangan mata haku yang sudah dilasik nih). Tiadalah yang tidak menarik kecuali kesemua gambar2nya memang cantik, menawan dan tertarik uuu. Dan kebanyakkannya jugak menggunakan Fotopages (yang dah lame haku tinggalkan). Tapi haku bukan nak citer pasal Fotopages atau Flickr atau Blogspot. Haku tak kisah pun korang nak pakai Fotopages ker Flickr ker Blogspot ker bagai. Haku cuma nak citer pasal luahan hati mamat nih yang menyingkap kembali kenangan masa haku menggunakan khidmat photographer untuk wedding anak buah haku dulu-dulu (dulu la sangat kanns).

Pasal politik dan asam garam sebagai photographer. Walaupun haku bukanlah photographer. Haku amik gambar guna kamera haku saja sebagai hobi. Takde adsense atau nuffnang dan ofcoz takde income masyuk. Hari-hari haku update blog dengan berpandukan gambar-gambar yang haku amik. Lawa atau tidak. Sebagai kenang-kenangan haku untuk masa depan. Ooops kelaut fulakks uaallllz.

Seblom haku sambung citer pasal mamat A nih, haku nak citer kisah lain pengalaman haku guna photographer Y nih. Supaya korang nampak connection di antara kedua citer ini lantas memahami kenapa haku kata ia satu bidang yang kotor. (Haku pinjam ayat cik masy masy sekjap erk).

Haku ingat seblom tuh kita boleh lantik dan amik photographer maner2 dari ceruk pelusuk tanahair untuk jadi wedding photographer. Tapi tidak sebenarnya. Hendak-hendak kalo jumpa mak andam yang mulut celupar dan memang mata duitan, sumernye nak berkira uoolss. Haku tak kata sumer mak andam macam tuh.  Haku pun pernah jumpa mak andam yang muder lagi jeliter (yang lebih cantik dari pengantin sendirik uools) yang tak berkira sangat yang dah jadi 3rd wife mamak tokey restoran kat Tambakan Bandar Pontian uoolss. Ooops kelauts lagikk.

So, masa kitaorang (haku dan photographer Y) sampai kat rumah singgah (apa nama dia, rumah jiran biasanya yang sepelaung jer jaraknya?) seblom berarak kerumah pengantin (anak buah hakula) dengan mak andam bagai tuh. Haku introducela photographer Y nih. Mula-mula nampak oke je mak andam tuh. Haku pun let the photographer Y snapped dan lakukan kerja dia.  Pastu haku dengar mak andam sok sek sok sek tanya tak pernah nampak photographer Y seblom nih. Mak andam kata selama nih setahu dialah kat area tempat anak buah haku tuh (Felda sebenarnya) cuma sorang jer wedding photographer, Bro S. Itu yang mak andam macam terkejot beruk jer. Wah, haku sudah rasa serba salah uools. Tapi mungkin photographer Y dah biasa agaknya. Photographer Y bilang, dia dah contact Bro S tapi dia outstation hari tuh. Fuyoh, korang nampak tak citer haku nih? Maksud mak andam kalo kat Felda tuh mesti pakai khidmat Bro S untuk wedding photographer. Mana boleh orang luar (macam photographer Y yang haku lantik) suka suki jer terjah wilayah dia gituh. Manalah haku tahu uoolss. Apa kes kanns? Lagipun photographer Y tak pernah tanya haku pasal benda2 remeh macam nih.  Hatta seblom itupun, haku sudah tanya photographer Y samada dia pernah buat projek kat Felda tempat anak buah haku tinggal dan dia kata dia pernah buat – sekali jer. Tak kisahla kanns.

Kalau Tok Kadi ker memangla haku paham. Takkan haku nak bawak Tok Kadi dari Siam pulak datang situ kanns. Nak kena terajang?

Berbalik citer si mamat A tadi. Dia bengang sebab ramai photographer kat luar sana (sama kawasan dengan area dia lar agaknya) sudah dengki dan iri hati sebab harga perkhidmatan photography dia lebih rendah. Itu macam pun ada kah? Kahhh. Itu sudah menjejaskan periuk nasi dorang pulakks kanns.

Jadi, korang tak paham kanns sebab takde kaitan langsung antara mamat A dengan photographer Y.   Tapi apa yang haku nak citerkan nih sebenarnya ialah bab politik sebagai photographer.  Kita (korang lohh) sebagai photographer mestilah mengambil langkah berhati-hati sebelum mengambil tugasan sebagai photographer, tak kira wedding ker family ker sukan ker majlis rasmi kerr dll. Sebaik-baiknya tanyalah mak andam yang dilantik disitu. Jangan main terjah jer. Mungkin dorang datang dengan package sekali. Ataupun kalo nak test market, bolehla bawak mak andam sendirik dari tempat lain jugak oke.

Begitula juger dengan alam blogging nih. Ramai yang dengki iri hati dengan rakan blogger yang lain sampai ati sanggup tikam tikam bakang uoolss. Sakit tauuu. Aduiiih. (Gedikks kanns.)

Sila renung-renungkan dan selamat beramal.

Wah, panjang gilerr entri merapu haku kali ini. Gasaklah kanns.

20
Apr
10

99th entry!!! ada makk kisah?

Asma’ul Husna: The 99 Beautiful Names of Allah,
Sahih Al-Bukhari Hadith 3.894, narrated by Abu Huraira, Allah’s Apostle said, “Allah has ninety-nine names, i.e. one-hundred minus one, and whoever knows them will go to Paradise.”

Wah, ini entri haku yang ke 99 derr. Diam tak diam dah tiga bulan haku memblog kat sini, maknanya haku update entri tiap-tiap hari macam ‘cekgu main bola hari hari’ lohh. Tak cayer? Untuk yang 1st time sampai kemari, silakanlah klik arkib ‘yang lampau’ belah kanan uoolss. Marilah sama-sama meraikannya. Ooops, tak payahlah. Oranglen dah behibu-hibu entri kanns, buat malu jerr.

Jumlah komen pula sebanyak 2,063 (separuh drpdnya haku yang punya). ;-P

Ini bukanlah entri riak ulangjadi bagaii. Blog belum setahun jagung lagikk. Cuma entri ‘milestone’ untuk masadepan jakk. Voleee kannns.

Tapi, haku nak amik kesempatan nih nak ucap timekaseh pada kengkawan yang sudi singgah2, jenguk2, komen2 blog haku yang takde apa2 nih. Sebenarnya haku nak senaraikan 66 atau 99 kengkawan yang pernah tinggalkan jejak kat sini. Tapi panjang sangat. Tak kowserr makk. Tapi sesungguhnya, tanpa kengkawan yang best-best gitu, saperlar haku yang inih kan. Kaaans.

Dan kalau kengkawan ada rasa yang menarik atau tidak menarik dari 98 entri haku terdahulu, silalah komen kat entri nih. Mungkin haku leh perbaiki lagi tulisan ataupun gambar-gambar pada masa akan datang. Tapi takde contest ataupun hadiah uooolss.

Atau mungkin ada juga kengkawan yang masih jaki jipang dengki kat Tun macam haramjadah tuh yang nak Tun berenti memblog jerr. Pastu sampai hati komen macam bangsat kat blog oranglen sambil tikam-tikam bakang Tun (walopun Tun dah minta maaf bagaii). Sakit tauuu. Aduiiih. (Gedikks kanns.)

17
Apr
10

menara aqabah dan alam yang lain

currently, the tallest building in Pasir Gudang (not related story)

Takkan hari-hari mau asyik haku citer pasal hidup haku yang takde apa2 nih. Bosann kanns. Sesekali nak jugak haku copy & paste citer dari email. Volleee gituh?

ni kisah benaran jugak pak. di Bandar Seri Alam, Masai.. tahun 2002.

aku duduk sini mase tu, kat rumah teres 2 tingkat sebelah rail ketapi..

mase tu, kawasan sini tak banyak rumah, ade kondo, lepas tu rumah teres tu je laa.. yang ade tokong besar tepi sungai tu..

malam2, aku denga member aku Andy, tokay club superstar kat rinting tu slalu meronda2 keliling seri alam ni,… semua ceruk kitorang masuk… sampai satu menara tinjau kat atas bukit hujung taman seri alam ni..

satu malam tu, pukul 3 pagi… kitorang buat satu round lawatan mesra.. bile masuk jalan sekolah jepun, depan kondo kat seri alam tu, kitorang nampak orang tengah buat jalan.. siap kon sume.. lalu pelahan je tengok ape dorang buat sodok2 memalam pukul 3 pagi..

member aku bawak kete, aku tengok2 mcm tu je.. takde yng pelik pun.. tibe2 dorang yang larii tinggal sume masuk semak.. terjerit2 pulak tuu.. yang turap jalan pakai skop plak terus simbah tar kat kawan dia yg tengah ratekan jalan… memang lawak… orang yang buat jalan yang lari mcm nampak hantu.. member aku tunjuk kat aku.. apasal pulak.. kitorang ketawa je laaa sepanjang jalan tu…

sampai jalan yg ade lampu baru kitorang perasan… kat bayang2 tepi kete tu mcm ade bende berdiri atas bumbung.. nampak jelas sangat susuk badan mcm orang.. adehh… mmber aku lepas nampak je trus drift bawak kete.. kete kancil.. drift kat simpang jln pergi hospital yg Todays market tu.. terlebih drift, kete tumbang, betul2 sangkut kat tong air yg buat tutup jalan..

kete dah terbalik.. aku duduk je tak brani klua sampai orang lalu situ…

Haku tak tau kebenaran citer seram tapi lawak diatas. Tapi yang haku dapat pastikan, kesemua tempat yang disebut itu adalah benar. Tiada yang tidak benar kecuali kesemua tempat memang benar-benar ada dan betul belaka.

Sembang hari Sabtu. Salam sejahtera buat kengkawan semua.




Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
December 2017
M T W T F S S
« May    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

yang lampau