Archive for the 'property' Category

26
May
10

i refuse to be ‘fofuler’, go lahhhhhhhhhh

i’m movin’ out

Ramai kengkawan dah tahu. Haku nak pindah. Dari rumah lama ke rumah baru. Selama ini haku sewa saja biliknya, sekang haku nak duduk rumah baru haku sendiri. Tapi sendirian macam biasa lohh. Boleh kan. Kannns?

Sambil itu, haku nak mintak maap lah kalo ada kekasaran bahasa dan tersilap tuturkata selama haku memblog dari rumah yang inih.

Terimakasih diatas sokongan dan komen2 korang semua lah.

Asal tembaga menjadi dulang,
Asal kayu menjadi peti,

Andai Jodoh masa mendatang,
Moga kita berjumpa lagi.

Jumpa anda disana. Disana.

Wasalam.

20
May
10

masai langsir

masai langsir

Jumaat malam yang lepas, sudah survey2 langsir cik kiah yang murah2 saja. Bawak sekali ukuran setiap tingkap dan sliding door.

Sudah tempah. Lagi dua minggu baru nak siap.

Sembang Khamis malam Jumaat. Salam sayang buat kengkawan semua lah.

15
May
10

my best tenant in the world

The Gingerbread Man or Gingy, as he is better known, is a talking cookie from the Shrek series. And Gingy is confirmed to be in Shrek Forever After.  (unrelated story)
McDonalds Restaurant, next to Carrefour Tebrau, Johor Bahru

Haku nak citer pulak pasal rumah murah flat (sebelah IOI Mall) yang haku sewakan. Sebenarnya sudah hampir 2 tahun penyewa itu duduk. Sejak Mei 2008, haku cuma jumpa sekali. Masa mula-mula datang nak menyewa.

Pastu tiap-tiap bulan dia akan masukkan duit sewa dalam bank. Selalunya 22 haribulan. Memang haku selalu check akaun bank haku (takkan haku nak check akaun bank uncle Kamal pulakk kanns). Tak payah haku terhegeh-hegeh kejar macam penyewa-penyewa lain. Tapi masalahnya haku dah setahun tukar nombor handset. Dan haku tak jumpa nombor telefon dia pulak.

Ituari haku ada datang tengok rumah flat sewa tuh. Memang tertutup rapat. Dia dan bini dia takde kat umah. Makcik jiran yang tinggal kat tingkat bawah pun kenal dia. Haku tinggalkan saja nombor handset haku atas nota dan selit bawah pintu depan.

Tiga hari tiga malam baru dia telefon haku balik. Kami berbalas sms. Nampak macam oke.

Kalaulah semua penyewa-penyewa rumah kat Malaysia nih macam Edri tuh, memang bahagia kan.  Walaupun team badminton negara tewas malam tadi dan meneruskan kemarau panjang untuk merampas kembali Piala Thomas.

14
May
10

rumah kampung

an almost complete village house
kampung mawai baru, Kota Tinggi

Haku ada sebuah rumah di kampung. Bersebelahan rumah emak dan bapak haku. Rumah kotak empat segi satu bilik jer. Haku bina masa mula-mula haku kerja. Dulu memanglah cadang nak duduk sebelah rumah emak dan bapak sebab tempat kerja pun taklah jauh sangat.

Tapi apakan daya, buah cempedak dah jadi nangka. Haku tak sempat nak duduk masa rumah tuh siap, haku dah pindah bekerja di tempat lain.

Sekarang, dah lebih 20 tahun. Masalah utama ialah sejak jalan raya dibina didepan rumah yang lebih tinggi dari paras rumah, rumah kami selalu dinaiki banjir. Walaupun ramai orang sewa, tapi haku pun kasian gak.

Ituari haku cadang nak cat balik. Tapi pas pk masak-masak, haku cadang nak bina rumah baru kat tanah yang haku dah beli depan kebun emak bapak haku. Seberang jalan jerr. Haku nak pecahkan rumah yang dah usang tuh dan jadikan alas untuk rumah baru. Wak Sarip Dol (bukan nama sebenar) tukang rumah Indon tuh dah berguling-guling beriya-iya benar nak buat rumah baru haku.

Perhatian: gambar rumah yang cantik diatas bukanlah rumah haku. Haku ternampak masa ondway ke Tanjung Sedili minggu lepas. Sebenarnya sudah terlepas, haku sanggup patah balik dan masuk keperkarangan rumah yang baru siap itu dan tangkap gambar. Buat inspirasi saja. Boleh kannns.

Pascanota: Haku malas nak buat entri baru. Tapi haku cuma nak citer sikit. Pasal haku dah gi Hospital Pusrawi (depan IJN) tadi malam. Jumpa YB (Yunus Badawi) yang fofuler itu. Semoga bonda YB cepat sembuh. Teringat pula haku pada emak yang juga sedang uzur di kampung. [+ pertemuan tB dengan YB ]

Gambar memboroi kami dalam wad. Peace oke.

06
May
10

raja masai dah jadi raja lelong

Hibiscus rosasinensis infront of my first lelong house

Rumah lelong nombor satu (gambar diatas) masih for sale. Sudah haku ekslusifkan pada sorang ejen saja. Supaya rumah lebih terjaga.

Rumah lelong nombor dua sedang giat dibersihkan. Haku memang nak tinggal kat sini dan sewakan bilik-bilik yang lain. Kerja-kerja renovasi yang tidak keterlaluan (mostly painting works) masih berjalan. Sekang tengah pilih kain langsir Cik Kiah dan perabut yang murah-murah saja.

Bank pertama sudah start bayar last month. Bank kedua semalam tengah-tengah malam buta officer pompuan calling2 soh bayar loan ‘dengan kadar seberapa segera’ siap bagi nombor akaun yang baru lagikk.  Kalo orang tengah beromen nak terpancut leh terbantut oke.

Pascanota: untuk yang pertama kali datang ke blog haku yang takde apa2 nih, haku cuma nak terangkan (dengan jelas). Sebenarnya haku baru beli 2 rumah lelong nih. Yg nombor satu haku nak jual balik. Yg nombor dua haku nak duduk oke. Dan ini bukan blog gay atau maknyah. Tq.

Sembang hari Khamis malam Jumaat. Salam sayang buat kengkawan semua lah.

24
Apr
10

then & now: maybankard

left: old Maybank ATM card
right: new cherry Maybank Visa Debit Card

Pagi-pagi tadi (Jumaat) sudah tercenguk kat SAJH (Syarikat Air Johor Holdings). Sebab nak check samada pembayaran pakai Maybank2u.com tiada masalah. Sambil nak tanya statement dalam bil air bilang, ‘jika ada tunggakan sila bayar di kaunter SAJH’. Konpius makk. Kalau boleh bayar guna online, nape nak tulis camtu?

Pas dari SAJH, singgah kat Maybank bersebelahan. Nak tukar kad ATM yang sudah pecah retak menunggu belah. Dipendekkan citer, tak sampai 20 minit dapat kad baru sudah. Kad Visa debit (macam kredit kad) saja bentuknya. Ada buah ceri lagikk.

Hari ini juga haku sudah rasa demam. Berat kepala, sempat tidur sejam dua. Petang gi poliklinik. Dah lama tak jumpa doktor yang minat photography juga. Tapi doktor takde blog, cuma Facebook dan Flickr yang dah lama haku tak aktif.

Doc kasik ubat pil tablet paracetemol (demam), Pontalon (tahan sakit) dan Bacampicillin (antibiotik) jerr.

22
Apr
10

aku bukan petani

When transferring a store-bought goldfish to a pond or tank, the temperature in the transport container should be equalized by placing it in the destination container for at least 20 minutes before releasing the goldfish.

Bukan pertama kali Tun beli ikan, pelbagai ikan dulu-dulu. Sebenarnya dah serik. Sebab semua ikan itu mati begitu saja.

Kelmarin sudah degil gatal beli yang baru. Akuarium yang kecik jer. 4 ekor ikan emas sudah. Hitam, silver, merah dan merah lagikk. Letak atas petisejuk yang lama.

Isnin kelmarin tak sampai 24 jam, sekor dah tergolek dogg – padam. Pagi-pagi nih tengok semua dah padam. ;-(

Citer lain, masa haku blog hopping (hopping sangatlah kanns). Haku terjumpa 3 blog berikut yang menarik perhatian.

1 – Chimneys of Malaysia oleh en_Thomas. Pasal serombong yang terdapat di tanahair.
2 – Jom Naik Bas! oleh en_Ishak, sorang rakyat pulau Temasek. Pasal bas-bas yang bukan saja terdapat di pulau disana disana, tetapi juga di tanahair.
3 – Mat Motor Besar pun leh menang kereta Toyota Camry 2.0 dalam cabutan Sijil Simpanan Premium BSN. Citer dalam blog Lang Bikers.




Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
April 2017
M T W T F S S
« May    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

yang lampau