Archive Page 2

13
May
10

world number one

Wang Yihan (22, 王仪涵; born in Shanghai) is the current world number one.

Semalam sepatutnya haku gi i-City nak tengok lampu-lampu LED yang bergantungan cantik menawan. Tapi tak disangka, buah cempedak dah jadi nangka. Haku tukar plan B. Sebab haku dah terjah ke Stadium Bukit Jalil, tengok Piala Thomas dan Uber. Menarik uools.

Tapi haku taklah bertahan lama, waktu magrib haku dah beransur pulang. Tangkap gambar sekeping dua sudah. Sempat juga tengok pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei menang game one.

Cerita lain, hari ini 13hb Mei. Teringat tragedi 1969 yang berdarah.

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1969,  telah  berlaku  satu  tragedi  yang  telah  mengugat keamanan  dan  kestabilan  politik  negara.  Tragedi  13  Mei  ini,  telah  mencatatkan sejarah  hitam  dalam  negara,  ramai  nyawa  yang  tidak  berdosa  telah  terkorban  dan banyak  harta  benda  yang  musnah.  Berikutan  daripada  tragedi  ini,  kerajaan  telah mengambil  tindakan  segera  dengan  membuat  perisytiharan  darurat  di  seluruh  negara  oleh  Seri  Paduka  Baginda  Yang  Di Pertuan  Agong.  Dalam  tempoh  tersebut,  Pentadbiran  negara  telah  diambil  alih  oleh  Majlis  Gerakan  Negara  atau  ringkasnya MAGERAN  dengan  Tun  Abdul  Razak  dilantik  sebagai  pengarahnya.  Dengan pembubaran  Parlimen  oleh  DYMM  Yang  Di Pertuan Agong, MAGERAN  telah membentuk  Majlis  Perundingan Negara  pada  bulan  Januari  1970  yang  mengandungi keanggotan  seramai  66  orang  daripada  pelbagai  golongan  masyarakat  dan  kaum. Majlis  ini  bertanggungjawab  untuk  mencari  penyelesaian  bagi  mengukuhkan  semula  perpaduan  dikalangan  rakyat.  Sesungguhnya,  tragedi  ini  mengandungi  rahmat  yang  tersembunyi.  Ia  merupakan  titik  perubahan  corak  dan  falsafah  sosio-politik  dan  ekonomi  negara  serta  perlunya  untuk  seluruh  rakyat  saling  hormat menghormati dan  bertolak  ansur  demi  menjamin  keamanan  dan  kesejahteraan  negara. [+ arkib negara ]

Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh MAGERAN iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Moga-moga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.

12
May
10

hari jururawat sedunia

stopping vomiting and diarrhea
Regency Specialist Hospital (last Sunday)

Hari ini (12hb Mei) ialah hari jururawat sedunia.

Sudah lama jururawat itu tak kena cucuk. Ooops. Sudah lama jururawat tak mencucuk tangan haku dengan jarum. Addoii.

Sebenarnya masa gi Tanjung Sedili (Ahad kelmarin), haku tak lunch pun. Pagi-pagi tuh haku bekfas kat mcD jakk. Dalam perjalanan macam biasa, haku banyak minum air 100-plus, Root Beer dan Power Root. Jajan bebudak haku ratah sikit (sikit sangatlah kanns). Kerup-kerap kerup-kerap kerup lagikk. Bila sampai kat umah, perut mula meragam.  Haku cirit-birit dan muntah-muntah. Teruk gila uooolss.

Pendek citer, petang dah masuk wad. Doktor dah masukkan air 1 baldi bekas dalam tangan haku. 45 minit jugak tunggu.

Dalam wad memang sejuk gilerr. Menggigil-gigil atas bawah. Ditambah dengan air yang masuk badan tadi. Sejam kemudian haku dah keluar. Doc kasik ubat Ranitidine (tahan cirit birit gastric), Beamotil/Lomotil (diarrhea), Metoclopramide (gastric tahan muntah), Oral Rehydration Salt (packet) dan antibiotik. Doc lelaki bangsa Serani yang muda itu beriya-iya nak bagi haku MC tapi haku tolak. Haku kan kais pagi makan pagi (kalau tak keje, tak berasap dapur uoolss).

Petang dari spital haku balik umah haku tidur. Malam dah segar bugar.  Pagi-pagi senin haku dah berdesup pergi kerja. Bukannya jauh, bawak kompressor 3 jam sampai ofis sudah. Alhamdulillah.

Terimakasih untuk nurse-nurse sedunia lah.

12
May
10

jason bay

left: from the abandoned jetty house looking at the bridge; right: from the bridge
The bay was in colonial times known as Jason Bay or Jason’s Bay, but was subsequently renamed Teluk Mahkota.

Sudah lama haku hendak jalan-jalan ke Teluk Mahkota dekat Tanjung Sedili.

Ituari sudah terjah ke sana. Dari Teluk Mahkota terus ikut jalan pesisiran pantai ke Tanjung Balau, berdekatan Desaru.

Tiada yang menarik disini. Banyak chalet yang terbengkalai. Tapi pantai yang landai dan laut menghijau yang nyaman sedap mata memandang juga.

11
May
10

surat untuk YB

“ayah pulak jarang blik umah, biasalah idup poligami, susah nak duk umah.. ” (unrelated story)

Entri tiada kena mengena dengan blogger Yunus Badawi oke. Harap maklum.

Masa pertama kali dapat masuk rumah lelong nombor 2 (yang haku dah beli), memang keadaan rumah yang bersepah macam tongkang pecah. Banyak diari-diari lama, surat-surat bank, surat-surat saman, bil-bil tertunggak, credit card statement yang mencecah behibu-hibu hinggit yang haku tengok.

Ini bukanlah entri haku nak mengutuk atau memandang rendah pada sesape. Haku cuma tumpang sedih dan simpati juga. Walaupun begitu haku pelajari beberapa perkara. Walaupun keadaan ekonomi yang tidak memihak pada pemilik rumah (haku panggil ‘akakJ’ vollee)  sebelum itu. Haku dapati akakJ fikirkan tentang masadepannya dan anak juga (saperla tak sayang anak, tapi ada kanns). Pertama, tentang insuran nyawa (mungkin sebab dia kerja sbg ejen insuran). Kedua, tentang surat wasiat.

Sebelum itu, haku nak intro pasal akakJ nih yang setakat haku tahu (haku tak penah jumpe akakJ oke). AkakJ sorang ibu tunggal (yang ditinggalkan suami), ada sorang anak lelaki umur 10 tahun. AkakJ pernah bekerja sbg ejen insuran (tiada kena mengena dengan surat diatas).

Tapi yang haku pelik sampai sekang ialah sikap akakJ yang garang dan hipokrit. Walaupun hutang keliling pinggang, pendapatan dibawah paras miskin tegar, tak mampu nak bayar loans segala, tapi akakJ langsung tak mahu berinteraksi, berbincang atau bertegur sapa dengan orang sekeliling, hatta jiran tetangga sekalipun. Berlagak dengan kete besar gedabak (macam Kia Sportage je bunyinye). Hinggakan auntieS yang dok umah kat bawah pagi2 tadi sudah jumpa haku citer masalah plumbing kat sinki dapur dia yang bocor mencurah-curah macam air hujan. Kekadang sampai ulat-ulat jatuh atas sinki dia dari rumah atas (rumah akakJ lah tuh). Haku tanya nape tak complain kat akakJ masa dia dok situ. AuntieS bilang dia dah cuba berpuluh2 kali ketuk pintu rumah tapi akakJ tak mau bukak. Barulah haku tahu, bukan setakat haku (yang macho) je akakJ taknak jumpa!

Bila haku gi ofis kondo itu pun, staff kondo mengadu perkara yang sama. AkakJ sudah 5 tahun tak bayar maintenance fees. Sampai gi kat pejabat tanah daerah gombak. Selamba dogg je akakJ bilang, “haku takde duit.. bank nak lelong umah, lelong lohh..” Habis dorang nak watpe?

Sebenarnya bukan akakJ orang pertama haku jumpa sebegitu. Ramai uools. Ada juga yang dulu macam pengemis meminta-minta, tapi sekang dah jadi jutawan (anak dan bini-bini keliling pinggang uools). Ada juga yang masih jadi pengemis (tapi mulut maintain celupar bangsat juger). Tapi haku malas lah nak citer keburukan orang lain kanns (macamla haku nih bagus sangat). Takut nanti ada kengkawan ingat nih blog riak, tempat kutuk mengutuk dan tikam tikam bakangg. Ooops kelaut fulakkks kannns.

Berbalik pada surat wasiat akakJ yang haku jumpa dalam kondo beliau. Haku tertarik juga sebab walaupun dengan harta yang tidak banyak (rumah kondo yang dah pun dilelong dan sebiji kete yang besar gedabak), beliau dah mewasiatkan harta benda tersebut pada anak tunggalnya.

Membuatkan haku mula tergerak nak buat wasiat pula. Tapi blog ‘Thunbergia Laurifolia‘ ini haku tak tinggalkan password pada sesape erk. Kalo blog nih tak terupdate dan haku padam esok lusa, haku mohon maaf saja, tak payahlah kengkawan heboh2 oke. Cuma haku mohon korang sedekahkan alfatihah saja. Voleee kanns.

Sembang malam Rabu. Salam ingatan dari Tun wat kengkawan semua lah.


Rosniza Abd Rahim Mohamed Yahya Dr Abd Hakim Abd Ghani Mohamad Nazri Abdul Kadir

11
May
10

ojo kesandung

“Watch Your Steps”
somewhere inside my office

hati-hati doktor membedah,
tersalah bedah menyesal tak sudah,
hati-hati melentur lidah,
tidak bertulang membawa padah.

Sembang pagi Selasa. Berhati-hati dijalanraya. Majulah sukan untuk negara.

09
May
10

selamat hari ibu

another thing that really fascinates me is electronic color of an object…how are those lights created and how can they change?
Senibong Seafood Village, Permas Jaya, Johor

Pagi-pagi tadi (Sabtu) haku hantar emak pulang ke kampung.

Sebenarnya sudah seminggu emak haku lepak kat rumah.  Perkataan2 dan ayat2 yang kuar dari mulut emak sejak kebelakangan nih memanglah mencabar. Terutama disaat-saat genting sebegini. Bapak haku (yang tinggal dikampung) pun sama.

Sebagai anak, haku cuba sedaya upaya. Duit bukanlah hal yang utama sekarang ini.

Mood sekarang: sedih dan hiba. Jom kengkawan makan seafood kat Kampung Senibong.

07
May
10

blackberry not included

“I eat a lot of ice”
Lavender Bistro & Cake Shop, Senai Airport

Si bocah cilik (3) yang nakal itu baru kebah dari demam dan cirit-birit.

Tapi gatal-gatal pula seluruh badannya. Sian kanns.

Sembang hari Jumaat. From Tun with love.

06
May
10

raja masai dah jadi raja lelong

Hibiscus rosasinensis infront of my first lelong house

Rumah lelong nombor satu (gambar diatas) masih for sale. Sudah haku ekslusifkan pada sorang ejen saja. Supaya rumah lebih terjaga.

Rumah lelong nombor dua sedang giat dibersihkan. Haku memang nak tinggal kat sini dan sewakan bilik-bilik yang lain. Kerja-kerja renovasi yang tidak keterlaluan (mostly painting works) masih berjalan. Sekang tengah pilih kain langsir Cik Kiah dan perabut yang murah-murah saja.

Bank pertama sudah start bayar last month. Bank kedua semalam tengah-tengah malam buta officer pompuan calling2 soh bayar loan ‘dengan kadar seberapa segera’ siap bagi nombor akaun yang baru lagikk.  Kalo orang tengah beromen nak terpancut leh terbantut oke.

Pascanota: untuk yang pertama kali datang ke blog haku yang takde apa2 nih, haku cuma nak terangkan (dengan jelas). Sebenarnya haku baru beli 2 rumah lelong nih. Yg nombor satu haku nak jual balik. Yg nombor dua haku nak duduk oke. Dan ini bukan blog gay atau maknyah. Tq.

Sembang hari Khamis malam Jumaat. Salam sayang buat kengkawan semua lah.

05
May
10

Yg Kurik Itu Kendi, Yg Merah Itu Saga

Yg Cantik Itu Body, oops BUDI, Yg Indah Itu Bahasa..
Lights Wonderland @ i-City, Shah Alam

Status mood: MALAS. Period oke.

30
Apr
10

bye bye now

kalau roboh kota melaka,  papan di jawa hamba dirikan
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu (24/9/09)

Ini adalah entri terakhir Tun. Sedih kan.

Entri terakhir haku bulan ini. Timakaseh pada kengkawan yang sudi jenguk2, layan2, komen2 kat blog haku yang takde apa2 nih. Haku juga mohon maaf kalo ada tersilap kata terkasar bahasa sehingga menyinggung perasaan uooolss. Walaupun baru tiga bulan lebih haku memblog disinih, tapi rasanya macam kita dah kenal bertahun-tahun lamanya kan. Kannns.

Sambil haku nak pantun lah sikit.

pucuk pauh delima batu..
anak sembilang ditapak tangan;
sungguhpun Tun jauh behibu batu .. (jauhlah sangat kanns)
hilang dimata, dihati uooolsss jangan..

Salam ingatan dari Tunbegia tuk kengkawan semua lah. Bye bye now.




Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

yang lampau