Archive for the 'myself' Category

20
May
10

ketuk ketuk

welding shop, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur

Ituari haku sudah ditimpa kecelakaan aka nasib malang. Motor rempit kesayangan haku sudah dicuri jantung hatinya. Maksud haku, bateri motor haku dah dikebas orang. Silap haku gak, parking sembarangan.

Tapi haku taknak citer pasal tuh. Buat sakit ati je kann.

Bukan setakat bateri, malah ekzos haku sudah cuba dipatahkan mamat malaun mana ntah. Dipendekkan citer, budak repair tiub motor sudah cadang, ‘abang gi chow kit ke Sentul ke try welding balik ekzos.’ Aiseh, haku dok KL bertahun2 mak, tp tak tau katne Chow Kit is? Ha ha ha, kalo Lorong Haji Taib ke Sentul ke orait je, sbb selalu gak cuci barang, beli barang spare part motor kat situ. Ko biar betik Tun. Kehhhh.

Dipendekkan citer, haku sudah sampai kat kedai welding belakang jauh kebawah Jalan Sentul. Lorong yang kotor, dari segi kebersihan memang tahap zero, takde hygienic segala bagai. Sampah sarap keliling pinggang. Keadaan belakang bangunan yang usang dengan pokok pokok yang tumbuh dari belakang kedai. Hu hu hu, seram wehh.

Bila haku sampai, haku nampak ada 2 kedai tukang. Kedai 1 kat corner lot nampak bz. Kedai no 2 lat beberapa kedai kedalam. Haku gi kedai no 2, tanya uncle welder. Uncle bilang, ‘lu kena tunggu lohh,’ So, haku tunggu. Memang uncle tengah bz perbetulkan tulang udang motor rempit apek yang tengah tunggu gak. Haku tunggu 10 minit, 20 minit, 30 minit. Pastu uncle repair ekzos motor 2 budak yang dah lama tunggu kat situ. Lagi 15 minit. Pastu uncle sambung repair sepit udang apek tadi. Haku tanya bila nak buat haku punya. Uncle welder datang tengok2 (dah 45 minit baru nak tengok) haku punya motor. Pastu geleng2 kepala sambil membebel pulak, ‘wah, tak boleh tak boleh, camana nak sambung? bracket problem, bla bla’ Haku tanya, ‘habis?’ Uncle bilang, ‘wah tak sempat, lu pigi kedai sebelah,’ Waduh, haku tunggu dekat satu jam, last2 dia soh haku gi tempat lain. Apa barang kanns?

Dengan terhegeh2 haku tolak motor gi kedai welder no. 1 corner lot tadi. Haku nampak memang ramai welder tengah bz gak. Haku tanya mamat cina (hensem macam hero korea). Mamat cina datang tengok ekzos motor haku. Tak sempat haku nak explain, mamat cina cakap, ‘RM25’. Fuyoh, haku terkejut juga sebab haku ingat leh mencecah ratusan hinggit. Haku tanpa banyak soal kata oke, haku pun tunggu. Mamat cina buat, baringkan motor haku tepi longkang sampah je. Bukak cabut ekzos motor. Mamat cina ludah sana ludah sini. 20 minit siap. Haku bayar.

Tetiba kejadian mirikel berlaku. Ha ha ha, mirikel la sangat kanns.

Masa haku nak blah tuh, adalah sorang mamat India baru datang naik kapcai. Kat kedai welder no. 1. Tanya mamat cina (hensem macam hero Korea) tadi. Mamat cina tengok ekzos motor dia. Baca-baca sikit, mamat cina cakap ‘RM15’ sudah.  Haku tengok muka mamat India terkezot uoolss. Haku pun terkezot sama sbb rege lagik murah dari rege welding ekzos motor haku tadik.  Mamat India sambil melenting bilang, ‘aikk, camane lu kira RM15?? ituari kawan saya buat RM8 je???’ Mamat cina balik kat ekzos motor yang dia tengah buat sambil geleng2 kepala – ‘tak dapat, tak dapat’. Haku tengok muka mamat India tuh, dan mamat India tuh tengok haku sambil menyeringai tersengih. Dia tolak motor gi kedai welder no. 2 yang tadi. Ha ha ha, haku gelak dalam hati, ‘masaklah ko kena tunggu 45 minit, pastu uncle welder tuh bilang taknak buat!’

Haku pun blah dari tempat keramat tuh.

19
May
10

proton saga blm

a new Proton Saga BLM carrying my ic number, in reverse way

Haku bukanlah nak kata haku tak main kete buatan Nasional nih. Sebelum nih, haku sudah pakai 5 bijik kete nasional. Dari mula2 haku berkerjaya, haku pakai Proton Saga Megavalave 1.3 je. Pastu Proton Iswara 1.3 juga. Pastu Proton Wira 1.6 dan 1.5.  Perodua Kancil pun haku pernah pakai. Itupun haku beli pakai jual, beli pakai jual adanya.

Bulan kelmarin masa haku outstation di Miri, syarikat tempat haku kerja dah bagi haku pakai Proton Saga BLM.  Kecuali kete2 proton nasional seperti diatas, haku cuma pernah bawak Proton Perdana saja.  Laju gila. Tapi haku pernah nampak dengan mata kepala haku sendiri. Proton Perdana yang dipandu mamat cina dah berdesup cuba kejar kete BMW dan Mercedes kat Plus Highway berdekatan area Kulai (sekarang Kulaijaya).  Masa tuh haku drive Honda City 1.5 je, mana de power nak merempit kanns. Haku follow lane kiri jakk. Tetiba kete Proton Perdana mengempar ketebing, terbabas, berguling-guling dan masuk longkang tepi highway. Betul-betul depan kete haku. Berdentum uooolss. Haku berenti dan bila haku tanya mamat cina dan amoi yang dok belakang yang dah patah bahu, mamat cina yang dah terkoyak daging perut kiri dan kanan tuh kata ‘brek dia screw-up lah bang’.  Ooops kelaut fulakks.

Berbalik citer pasal kete Proton Saga BLM yang haku drive for d first time.  Pada haku memang kete yang sempoi, tak banyak gadget. Tapi ada satu benda yang haku pelik gak. Sebab wiper dan alat lampu signal yang letaknya berlawanan antara satu sama lain, tak spt kete yang lain, hatta kete honda dan toyota yang haku pakai pun. (Macamla haku tak penah bawak kete Mercedes uoolss, kahh). Mungkin ikut teknologi barat kot. Jadi, untuk hari-hari permulaan membawa Proton Saga BLM memang konpius makk. Kalo nak tukar lane signal, mesti wiper depan akan bergerak dulu. Kekadang memang lucu gak. Kekadang memang bengang tahap angkasa gak. Aduhai.

Tapi haku tak puashati bila ada orang bilang ‘It looks very much like a MERCEDEZ C-CLASS from behind.’? Apa barang kanns. Nyamfahh makk tawww.

Gambar kereta Proton Saga BLM warna hitam lagi baru diatas (kat parking lot rumah bujang haku tinggal) haku tangkap kelmarin. Haku tertarik pada nombor platnya – 9015. Sebijik macam nombor ic haku, tapi terbalik. Gasaklah kanns. Tapi kan, kalo mak dibagi pilihan, mak nk beli nombor 106, sejibik sama dengan nombor lot parking tuh. Baru mancongkam uoolss. Kahh.

19
May
10

tag pasal kasut

he cannot shine my shoe, very sad
Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur

Haku nak langsaikan hutang TAG pasal kasut pulak. Haku dapat TAG dari k’eja (blog SaYanG iBu). Tag ini juga datangnya dari Jiejah <- Eynda <- Liana <-

Katanya,

TB
sorry anda di TAG….sila layan tag tersebut ye.. ;o

so, layannnn..

Brand :  Green Point Club
Warna
: Hitam berkilat
Harga
: RM199 kot
Tahun beli
: Penghujung bulan Febuari 2010
Sebab beli
: Kasut kulit untuk kegunaan kerja sudah rosak tapaknya. Haku beli kasut ni sebab berkilat. Selalu kalau merempit kat tengah jalanraya, berenti kat traffic light tengok kiri kanan jeles sebab sumer abang2 askar dan polis kasutnya berkilat2 uools.

Gambar diatas, kasut tersebut yang haku suruh pakcik tukang kasut untuk bersihkan dan waxkan. Tapi sesungguhnya, pakcik itu tidak dapat mengilatkan warnanya seperti asal kerana kekurangan bahan-bahan pengilat. Dua hinggit sudah.

Anda nak TAG siapa? Tiada sesiapa. Sebab semalam haku dah TAG 12 blogger. Haku nak berehat. Boleh kan?

Citer lain, Sabtu malam kelmarin haku tengok Iron Man 2 uoolss. Kul 10.45pm kat TGV Jaya Jusco sudah.  Tak sedar 2 jam masa berlalu. Movie yang entertaining orang kata. Tapi takde plot jalan cerita yang baik. Haku bagi 3.5 bintang saja. Hahaha, abesla haku kena bambu dengan penyubiru tuh.

12
May
10

hari jururawat sedunia

stopping vomiting and diarrhea
Regency Specialist Hospital (last Sunday)

Hari ini (12hb Mei) ialah hari jururawat sedunia.

Sudah lama jururawat itu tak kena cucuk. Ooops. Sudah lama jururawat tak mencucuk tangan haku dengan jarum. Addoii.

Sebenarnya masa gi Tanjung Sedili (Ahad kelmarin), haku tak lunch pun. Pagi-pagi tuh haku bekfas kat mcD jakk. Dalam perjalanan macam biasa, haku banyak minum air 100-plus, Root Beer dan Power Root. Jajan bebudak haku ratah sikit (sikit sangatlah kanns). Kerup-kerap kerup-kerap kerup lagikk. Bila sampai kat umah, perut mula meragam.  Haku cirit-birit dan muntah-muntah. Teruk gila uooolss.

Pendek citer, petang dah masuk wad. Doktor dah masukkan air 1 baldi bekas dalam tangan haku. 45 minit jugak tunggu.

Dalam wad memang sejuk gilerr. Menggigil-gigil atas bawah. Ditambah dengan air yang masuk badan tadi. Sejam kemudian haku dah keluar. Doc kasik ubat Ranitidine (tahan cirit birit gastric), Beamotil/Lomotil (diarrhea), Metoclopramide (gastric tahan muntah), Oral Rehydration Salt (packet) dan antibiotik. Doc lelaki bangsa Serani yang muda itu beriya-iya nak bagi haku MC tapi haku tolak. Haku kan kais pagi makan pagi (kalau tak keje, tak berasap dapur uoolss).

Petang dari spital haku balik umah haku tidur. Malam dah segar bugar.  Pagi-pagi senin haku dah berdesup pergi kerja. Bukannya jauh, bawak kompressor 3 jam sampai ofis sudah. Alhamdulillah.

Terimakasih untuk nurse-nurse sedunia lah.

05
May
10

Yg Kurik Itu Kendi, Yg Merah Itu Saga

Yg Cantik Itu Body, oops BUDI, Yg Indah Itu Bahasa..
Lights Wonderland @ i-City, Shah Alam

Status mood: MALAS. Period oke.

26
Apr
10

running nose

please do not run

Demam baru nak kebah. Selesema la fulakks (dengan hingus berlari-lari atas dan bawah). ;-(

25
Apr
10

sony world photography awards

The American southwest desert environment is a total ecosystem that is extremely fragile, easily scarred, and slowly healed. –  by David Zimmerman

Khamis tengahari kelmarin. Skip lunch dan jalan-jalan KLCC derr. Terbabas masuk Galeri Petronas Level 3 pulak.

Ada pameran gambar-gambar yang menang award. Menarik dan tertarik uoolss. Pameran sehingga 25hb April (arini, selepas dipanjangkan sebulan). Masuk adalah percuma dan kamera tidak dibenarkan.

Sebahagian photo ada di laman web foto.no.

Citer berkenaan diri, demam Tun masih belum kebah. Pale masih feningg uoolss. 😦

15
Apr
10

next station: Ampang Park

interesting wallpaper pattern (not related story)
Ampang Park LRT station

Kelmarin laptop Acer Aspire 1691WLMi haku yang dah berusia 5 tahun tak boleh idup. Tengok power cable punye lampu pun tak menyala. Haku berkejar-kejaran ke kedai komputer Ampang Park. Tukar power cable (RM18) sudah.  Ini adalah kali kedua haku tukar power cable yang sama, di kedai komputer yang sama.

Citer lain. Semalam haku mulakan hidup baru bersama Digi. Tapi bukan pertama kali. Padan muka Maxis. Tapi yang bestnya, tak payah tukar nombor uoolss.

Citer lain lagi. Pasal entri semalam, Tun nak ucap terimakasih pada Farhan (bukan Farhin Ahmad) yang sudi promosikan masalah rumah lelong nombor 2 haku nih dalam blog beliau di jom2lelong tuh. [+ Apa Nak Buat, minta pendapat….plzzz ]

Sebenarnya haku nak citer pasal rumah lelong nombor 1 haku arini. Dan tengah riki2 nak beli rumah lelong nombor 3, 4 dan 5. (Ooops, kuota sampai empat jerr la pakcik!) Tapi takut nanti ada kawan-kawan yang bosan dan mengantuk cakap blog ini blog rumah lelong pulakk. Menyammfahh kanns.

Sembang pagi Khamis. Salam sejahtera wat kengkawan semua lah.

14
Apr
10

lunchtime accident

lunch time injury: compensable?
Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur (yesterday afternoon, and nothing to do with me)

Walaupun haku dah tau semua perkhidmatan bas ekspres di Puduraya sudah dipindahkan (sementara) ke Bukit Jalil. Tapi haku degil gatal nak gak gi Puduraya sebab konon-konon nak tukar tiket. Berjalan kaki dari Mesjid Jamek sudah.

Tapi tidak haku sangka, buah cempedak dah jadi nangka, semua pintu masuk ke bangunan Puduraya sudah tertutup rapat.  Tiadalah yang tidak tertutup rapat, kecuali kesemuanya tertutup rapat-rapat belaka. Dorang dah pindah ke Bukit Jalil rupanya, sementara tunggu Puduraya dinaiktaraf.

Citer lain, pasal rumah lelong kedua haku (kondominium je). Loyar bilang bank deraf (duit balance 90%) dah ready nak serah kat bank pelelong. Tunggu haku siapkan bank deraf untuk upah loyar buruk pulakk (dorang lah tuh).  Lepas pujuk rayu bagaii, dapat diskaun 15% sudah. Tapi yang haku bengang sampai sekarang – tuan rumah yang lama masih dok terperap kat rumah itu. Takkan haku nak panggil gengster atau along Bukit Beruntung (teringat arwah Din Beramboi) untuk halau kakak janda anak tiga pulak. Sampai bergaduh dengan loyar mata duitan ala yahudi yang sempat perli-perli haku kata, ‘lenkali tun kalo nak beli rumah lelong kena tengok check periksa test ulangkaji dulu masih ada orang ker takde orang ker,’ Eh, haku pulak yang dimarahnya. Abes, korang (loyar-loyar) tuh watper? Bukankah kalo kita dah beli rumah, rumah itu automatically jadi rumah kita? Takkan tuanrumah yang lama tak paham kalo dah tak mampu nak bayar sampai bank kasik lelong, takkan masih berlagak macam rumah dia pulakk? Rupa-rupanya undang-undang kat Malaysia nih masih banyak lobang kolongnya.  Patutlah banyak kes cerai-berai atau sodomi atau sewaktu dengannya walopun dah berbelas2 tahun masih belum settle lagikk. Menyammfahh kanns.

08
Apr
10

Doc, Doc, Who's There

dome of plaza angsana (sunday 31/01/2010)

Hujung minggu yang lepas, memang jadual yang padat uoolss.

Sampai Tun terlupa hendak ke Plaza Angsana nak beli buku ‘Si Bongkok Tanjung Puteri’ pesanan doktor yang garang itu. Garanglah sangat kanns. 😉 Janji dah 3 minggu sebelum gi outstation lagikk. Sori ya doc. Dan Tun sengaja tak letak link, takut nanti ada blogger lain yang melatah dan komen macam bangsat kat blog orang lain dan tikam tikam bakang Tun. Sakit tauuu. Aduiiih. (Gedikks kanns.)

Tapi Tun heran bin ajaib gak. Semalam ada Tun cuba riki2 kat Kinokuniya Jalan Ampang tuh. Walopun banyak buku novel Islam karangan penulis Abdul Latip Talib,  tapi tak jumpa pulak buku Si Bongkoknya.

Tapi doc jangan risau, Tun akan cuba usahakan. Trying very hard u knoww. InsyaAllah.
Kerana usaha tangga kejayaan kaanns. 😉




Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

yang lampau