Archive for May 19th, 2010

19
May
10

proton saga blm

a new Proton Saga BLM carrying my ic number, in reverse way

Haku bukanlah nak kata haku tak main kete buatan Nasional nih. Sebelum nih, haku sudah pakai 5 bijik kete nasional. Dari mula2 haku berkerjaya, haku pakai Proton Saga Megavalave 1.3 je. Pastu Proton Iswara 1.3 juga. Pastu Proton Wira 1.6 dan 1.5.  Perodua Kancil pun haku pernah pakai. Itupun haku beli pakai jual, beli pakai jual adanya.

Bulan kelmarin masa haku outstation di Miri, syarikat tempat haku kerja dah bagi haku pakai Proton Saga BLM.  Kecuali kete2 proton nasional seperti diatas, haku cuma pernah bawak Proton Perdana saja.  Laju gila. Tapi haku pernah nampak dengan mata kepala haku sendiri. Proton Perdana yang dipandu mamat cina dah berdesup cuba kejar kete BMW dan Mercedes kat Plus Highway berdekatan area Kulai (sekarang Kulaijaya).  Masa tuh haku drive Honda City 1.5 je, mana de power nak merempit kanns. Haku follow lane kiri jakk. Tetiba kete Proton Perdana mengempar ketebing, terbabas, berguling-guling dan masuk longkang tepi highway. Betul-betul depan kete haku. Berdentum uooolss. Haku berenti dan bila haku tanya mamat cina dan amoi yang dok belakang yang dah patah bahu, mamat cina yang dah terkoyak daging perut kiri dan kanan tuh kata ‘brek dia screw-up lah bang’.  Ooops kelaut fulakks.

Berbalik citer pasal kete Proton Saga BLM yang haku drive for d first time.  Pada haku memang kete yang sempoi, tak banyak gadget. Tapi ada satu benda yang haku pelik gak. Sebab wiper dan alat lampu signal yang letaknya berlawanan antara satu sama lain, tak spt kete yang lain, hatta kete honda dan toyota yang haku pakai pun. (Macamla haku tak penah bawak kete Mercedes uoolss, kahh). Mungkin ikut teknologi barat kot. Jadi, untuk hari-hari permulaan membawa Proton Saga BLM memang konpius makk. Kalo nak tukar lane signal, mesti wiper depan akan bergerak dulu. Kekadang memang lucu gak. Kekadang memang bengang tahap angkasa gak. Aduhai.

Tapi haku tak puashati bila ada orang bilang ‘It looks very much like a MERCEDEZ C-CLASS from behind.’? Apa barang kanns. Nyamfahh makk tawww.

Gambar kereta Proton Saga BLM warna hitam lagi baru diatas (kat parking lot rumah bujang haku tinggal) haku tangkap kelmarin. Haku tertarik pada nombor platnya – 9015. Sebijik macam nombor ic haku, tapi terbalik. Gasaklah kanns. Tapi kan, kalo mak dibagi pilihan, mak nk beli nombor 106, sejibik sama dengan nombor lot parking tuh. Baru mancongkam uoolss. Kahh.

19
May
10

tag pasal kasut

he cannot shine my shoe, very sad
Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur

Haku nak langsaikan hutang TAG pasal kasut pulak. Haku dapat TAG dari k’eja (blog SaYanG iBu). Tag ini juga datangnya dari Jiejah <- Eynda <- Liana <-

Katanya,

TB
sorry anda di TAG….sila layan tag tersebut ye.. ;o

so, layannnn..

Brand :  Green Point Club
Warna
: Hitam berkilat
Harga
: RM199 kot
Tahun beli
: Penghujung bulan Febuari 2010
Sebab beli
: Kasut kulit untuk kegunaan kerja sudah rosak tapaknya. Haku beli kasut ni sebab berkilat. Selalu kalau merempit kat tengah jalanraya, berenti kat traffic light tengok kiri kanan jeles sebab sumer abang2 askar dan polis kasutnya berkilat2 uools.

Gambar diatas, kasut tersebut yang haku suruh pakcik tukang kasut untuk bersihkan dan waxkan. Tapi sesungguhnya, pakcik itu tidak dapat mengilatkan warnanya seperti asal kerana kekurangan bahan-bahan pengilat. Dua hinggit sudah.

Anda nak TAG siapa? Tiada sesiapa. Sebab semalam haku dah TAG 12 blogger. Haku nak berehat. Boleh kan?

Citer lain, Sabtu malam kelmarin haku tengok Iron Man 2 uoolss. Kul 10.45pm kat TGV Jaya Jusco sudah.  Tak sedar 2 jam masa berlalu. Movie yang entertaining orang kata. Tapi takde plot jalan cerita yang baik. Haku bagi 3.5 bintang saja. Hahaha, abesla haku kena bambu dengan penyubiru tuh.




Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2010
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

yang lampau