Archive for April, 2010

30
Apr
10

bye bye now

kalau roboh kota melaka,  papan di jawa hamba dirikan
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu (24/9/09)

Ini adalah entri terakhir Tun. Sedih kan.

Entri terakhir haku bulan ini. Timakaseh pada kengkawan yang sudi jenguk2, layan2, komen2 kat blog haku yang takde apa2 nih. Haku juga mohon maaf kalo ada tersilap kata terkasar bahasa sehingga menyinggung perasaan uooolss. Walaupun baru tiga bulan lebih haku memblog disinih, tapi rasanya macam kita dah kenal bertahun-tahun lamanya kan. Kannns.

Sambil haku nak pantun lah sikit.

pucuk pauh delima batu..
anak sembilang ditapak tangan;
sungguhpun Tun jauh behibu batu .. (jauhlah sangat kanns)
hilang dimata, dihati uooolsss jangan..

Salam ingatan dari Tunbegia tuk kengkawan semua lah. Bye bye now.

Advertisements
29
Apr
10

breaking into my own house

sunset view from my new balcony
yesterday, 28th April 2010, at 7.13.06pm

Alhamdulillah. Semalam haku dah gi rumah lelong nombor 2. Kondominium yang dulunya diduduki makjande anak tige.

Good News: makjande dah takde, kuar dengan labu-labunya.
Bad News: tak sempat nak usha makjande. ;-P

Petang semalam pas haku tau makjande dah kuar, haku pun sepantas kilat pecah masuk (dengan bantuan mamat kedai kunci lorr). Tengok keadaan rumah memang cantik – haku amat bersyukur. Cuma barang-barang masih bersepah. Banyak benda kena uruskan. Buat masa nih, haku cuma plan nak panggil cleaner bersihkan rumah dan mungkin haku nak cat semula.

Pascanota: Haku dah buat e-filing. Esok last day. 😉

Sembang pagi Khamis. Salam sayang buat kengkawan semua lah.

28
Apr
10

ingatkan dunia politik je kotor uoolsss

good or bad, i snapped them with my own lenses

Dunia blogging pun kotor gak. Tapi haku bukan nak citer pasal blog atau scenario politik negara sekarang nih.

Kelmarin masa haku blog hopping, haku terjumpa satu blog photographer nih. Haku namakan mamat A jer. [+ Photographer Lain Nak Boikot Aku? ]

Sebenarnya sblom ini pon, banyak blog photographer yang haku jumpa (dalam pc jer). Kesemuanya memaparkan gambar-gambar yang cantik dan menarik (pada pandangan mata haku yang sudah dilasik nih). Tiadalah yang tidak menarik kecuali kesemua gambar2nya memang cantik, menawan dan tertarik uuu. Dan kebanyakkannya jugak menggunakan Fotopages (yang dah lame haku tinggalkan). Tapi haku bukan nak citer pasal Fotopages atau Flickr atau Blogspot. Haku tak kisah pun korang nak pakai Fotopages ker Flickr ker Blogspot ker bagai. Haku cuma nak citer pasal luahan hati mamat nih yang menyingkap kembali kenangan masa haku menggunakan khidmat photographer untuk wedding anak buah haku dulu-dulu (dulu la sangat kanns).

Pasal politik dan asam garam sebagai photographer. Walaupun haku bukanlah photographer. Haku amik gambar guna kamera haku saja sebagai hobi. Takde adsense atau nuffnang dan ofcoz takde income masyuk. Hari-hari haku update blog dengan berpandukan gambar-gambar yang haku amik. Lawa atau tidak. Sebagai kenang-kenangan haku untuk masa depan. Ooops kelaut fulakks uaallllz.

Seblom haku sambung citer pasal mamat A nih, haku nak citer kisah lain pengalaman haku guna photographer Y nih. Supaya korang nampak connection di antara kedua citer ini lantas memahami kenapa haku kata ia satu bidang yang kotor. (Haku pinjam ayat cik masy masy sekjap erk).

Haku ingat seblom tuh kita boleh lantik dan amik photographer maner2 dari ceruk pelusuk tanahair untuk jadi wedding photographer. Tapi tidak sebenarnya. Hendak-hendak kalo jumpa mak andam yang mulut celupar dan memang mata duitan, sumernye nak berkira uoolss. Haku tak kata sumer mak andam macam tuh.  Haku pun pernah jumpa mak andam yang muder lagi jeliter (yang lebih cantik dari pengantin sendirik uools) yang tak berkira sangat yang dah jadi 3rd wife mamak tokey restoran kat Tambakan Bandar Pontian uoolss. Ooops kelauts lagikk.

So, masa kitaorang (haku dan photographer Y) sampai kat rumah singgah (apa nama dia, rumah jiran biasanya yang sepelaung jer jaraknya?) seblom berarak kerumah pengantin (anak buah hakula) dengan mak andam bagai tuh. Haku introducela photographer Y nih. Mula-mula nampak oke je mak andam tuh. Haku pun let the photographer Y snapped dan lakukan kerja dia.  Pastu haku dengar mak andam sok sek sok sek tanya tak pernah nampak photographer Y seblom nih. Mak andam kata selama nih setahu dialah kat area tempat anak buah haku tuh (Felda sebenarnya) cuma sorang jer wedding photographer, Bro S. Itu yang mak andam macam terkejot beruk jer. Wah, haku sudah rasa serba salah uools. Tapi mungkin photographer Y dah biasa agaknya. Photographer Y bilang, dia dah contact Bro S tapi dia outstation hari tuh. Fuyoh, korang nampak tak citer haku nih? Maksud mak andam kalo kat Felda tuh mesti pakai khidmat Bro S untuk wedding photographer. Mana boleh orang luar (macam photographer Y yang haku lantik) suka suki jer terjah wilayah dia gituh. Manalah haku tahu uoolss. Apa kes kanns? Lagipun photographer Y tak pernah tanya haku pasal benda2 remeh macam nih.  Hatta seblom itupun, haku sudah tanya photographer Y samada dia pernah buat projek kat Felda tempat anak buah haku tinggal dan dia kata dia pernah buat – sekali jer. Tak kisahla kanns.

Kalau Tok Kadi ker memangla haku paham. Takkan haku nak bawak Tok Kadi dari Siam pulak datang situ kanns. Nak kena terajang?

Berbalik citer si mamat A tadi. Dia bengang sebab ramai photographer kat luar sana (sama kawasan dengan area dia lar agaknya) sudah dengki dan iri hati sebab harga perkhidmatan photography dia lebih rendah. Itu macam pun ada kah? Kahhh. Itu sudah menjejaskan periuk nasi dorang pulakks kanns.

Jadi, korang tak paham kanns sebab takde kaitan langsung antara mamat A dengan photographer Y.   Tapi apa yang haku nak citerkan nih sebenarnya ialah bab politik sebagai photographer.  Kita (korang lohh) sebagai photographer mestilah mengambil langkah berhati-hati sebelum mengambil tugasan sebagai photographer, tak kira wedding ker family ker sukan ker majlis rasmi kerr dll. Sebaik-baiknya tanyalah mak andam yang dilantik disitu. Jangan main terjah jer. Mungkin dorang datang dengan package sekali. Ataupun kalo nak test market, bolehla bawak mak andam sendirik dari tempat lain jugak oke.

Begitula juger dengan alam blogging nih. Ramai yang dengki iri hati dengan rakan blogger yang lain sampai ati sanggup tikam tikam bakang uoolss. Sakit tauuu. Aduiiih. (Gedikks kanns.)

Sila renung-renungkan dan selamat beramal.

Wah, panjang gilerr entri merapu haku kali ini. Gasaklah kanns.

28
Apr
10

restoran tujuh bintang

7 Stars Food Garden, Today’s Market, Masai

Kat Today’s Market, sekarang nih ada funfair. Haku sudah lama plan nak tangkap gambar warna warni waktu malam. Tapi sampai sekarang masih tak kesampaian.

Tapi medan selera 7 stars memang sudah lama ada ditepi Today’s Market.  Jadi haku ambil gambar dari petrol station Petronas sudah. Tak perlu ke i-city nak jamu selera kat dalam restoran 7 bintang kanns. Tapi xpe, restoran kat sini pun haku pass.

27
Apr
10

demam baru nak kebah

Gunung Pulai view from infront of Pulai Springs Resort

Weekends lepas memang kena demam. Hari Ahad demam baru nak kebah uallz, tapi pale masih feningg. Nak tidur pun takleh fulakk.

Sebenarnya dah lama haku nak tangkap gambar Gunung Pulai macam diatas bila balik kampung rumah emak dan bapak Tun. Selalunya cuaca mendung, berjerebu dan samar-samar belaka. Tapi ituari (dalam keadaan terhuyung hayang), haku lalu tempat yang sama. Dekat dengan simpang ke Kota Taman Sri Pulai yang dulu-dulu pernah heboh ustaz (Abu Talib Haron) bini sepuluh uoolss. Damn. Dan di simpang traffic light itulah haku pernah kena sondol dengan kenari. Damn. Damn lagikk.

Tengok cuaca memang cerah. Pemandangan gunung pun terang membiru. Berlatarbelakangkan awan dan langit yang sepoi-sepoi bahasa kanns. Sanggup haku berlari-lari (dalam keadaan terhuyung hayang jugakk) ke tengah divider lebuhraya Jalan Pontian – Johor Bahru yang sibuk juga.

26
Apr
10

running nose

please do not run

Demam baru nak kebah. Selesema la fulakks (dengan hingus berlari-lari atas dan bawah). ;-(

25
Apr
10

sony world photography awards

The American southwest desert environment is a total ecosystem that is extremely fragile, easily scarred, and slowly healed. –  by David Zimmerman

Khamis tengahari kelmarin. Skip lunch dan jalan-jalan KLCC derr. Terbabas masuk Galeri Petronas Level 3 pulak.

Ada pameran gambar-gambar yang menang award. Menarik dan tertarik uoolss. Pameran sehingga 25hb April (arini, selepas dipanjangkan sebulan). Masuk adalah percuma dan kamera tidak dibenarkan.

Sebahagian photo ada di laman web foto.no.

Citer berkenaan diri, demam Tun masih belum kebah. Pale masih feningg uoolss. 😦




Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

yang lampau