19
May
10

proton saga blm

a new Proton Saga BLM carrying my ic number, in reverse way

Haku bukanlah nak kata haku tak main kete buatan Nasional nih. Sebelum nih, haku sudah pakai 5 bijik kete nasional. Dari mula2 haku berkerjaya, haku pakai Proton Saga Megavalave 1.3 je. Pastu Proton Iswara 1.3 juga. Pastu Proton Wira 1.6 dan 1.5.  Perodua Kancil pun haku pernah pakai. Itupun haku beli pakai jual, beli pakai jual adanya.

Bulan kelmarin masa haku outstation di Miri, syarikat tempat haku kerja dah bagi haku pakai Proton Saga BLM.  Kecuali kete2 proton nasional seperti diatas, haku cuma pernah bawak Proton Perdana saja.  Laju gila. Tapi haku pernah nampak dengan mata kepala haku sendiri. Proton Perdana yang dipandu mamat cina dah berdesup cuba kejar kete BMW dan Mercedes kat Plus Highway berdekatan area Kulai (sekarang Kulaijaya).  Masa tuh haku drive Honda City 1.5 je, mana de power nak merempit kanns. Haku follow lane kiri jakk. Tetiba kete Proton Perdana mengempar ketebing, terbabas, berguling-guling dan masuk longkang tepi highway. Betul-betul depan kete haku. Berdentum uooolss. Haku berenti dan bila haku tanya mamat cina dan amoi yang dok belakang yang dah patah bahu, mamat cina yang dah terkoyak daging perut kiri dan kanan tuh kata ‘brek dia screw-up lah bang’.  Ooops kelaut fulakks.

Berbalik citer pasal kete Proton Saga BLM yang haku drive for d first time.  Pada haku memang kete yang sempoi, tak banyak gadget. Tapi ada satu benda yang haku pelik gak. Sebab wiper dan alat lampu signal yang letaknya berlawanan antara satu sama lain, tak spt kete yang lain, hatta kete honda dan toyota yang haku pakai pun. (Macamla haku tak penah bawak kete Mercedes uoolss, kahh). Mungkin ikut teknologi barat kot. Jadi, untuk hari-hari permulaan membawa Proton Saga BLM memang konpius makk. Kalo nak tukar lane signal, mesti wiper depan akan bergerak dulu. Kekadang memang lucu gak. Kekadang memang bengang tahap angkasa gak. Aduhai.

Tapi haku tak puashati bila ada orang bilang ‘It looks very much like a MERCEDEZ C-CLASS from behind.’? Apa barang kanns. Nyamfahh makk tawww.

Gambar kereta Proton Saga BLM warna hitam lagi baru diatas (kat parking lot rumah bujang haku tinggal) haku tangkap kelmarin. Haku tertarik pada nombor platnya – 9015. Sebijik macam nombor ic haku, tapi terbalik. Gasaklah kanns. Tapi kan, kalo mak dibagi pilihan, mak nk beli nombor 106, sejibik sama dengan nombor lot parking tuh. Baru mancongkam uoolss. Kahh.


55 Responses to “proton saga blm”


  1. May 19, 2010 at 12:26 pm

    BLM memang sempoi…….tapi maza sekadar naik motor2 gitew.. huhuhu

  2. 3 rya
    May 19, 2010 at 12:26 pm

    beli lot parking skali. ngee.

  3. 5 sz
    May 19, 2010 at 12:28 pm

    hehe…dalam sakit2, siap mamat tu bgtau punca eksiden yerr…

  4. May 19, 2010 at 12:38 pm

    5109….
    106…

    den 5491…
    keta den sebelah keta tb tuh
    hakhakhak…sebijik!!

    lariks!!!

  5. May 19, 2010 at 12:39 pm

    x kisah le keta apa pun…janji sampai tmpt yg d tuju…klu kena jemmm pun sama2 merasa kannn.
    salam.

  6. May 19, 2010 at 12:48 pm

    wah. wah.

    pakai apa yang ada. he

  7. May 19, 2010 at 12:54 pm

    Tukar lane signal, wiper bergerak dulu ?

    Oooo… saya takleh bawak, kang tak pepasal meroyan tengah jalan .

  8. May 19, 2010 at 1:01 pm

    Sya keta kecip sajok..tp kalau pecut rasa macam besar punya…;o

  9. May 19, 2010 at 1:24 pm

    mak aih … perdana kejar bmw? wow … sgt laju … tapi malangnya accident … haih

  10. May 19, 2010 at 1:52 pm

    hihi…penah kejar bmw gak 180 tp masa tu emergency..kene laju. tp alhamdulillah x eksiden. kete i pun wiper n signal mcm saga baru tu tp dah biasa. kalau bawak wira mmg kelam kabut la sebab dah bertukar la pulak. huuu

    berangan nak pakai bmw pulak boleh?? hihihi

  11. May 19, 2010 at 2:10 pm

    heheheh… bila tukar2 keta mmg kadang2 tersasul, nak bg signal tertekan wiper…

    kannnnnnnnnnnnn??

  12. May 19, 2010 at 3:06 pm

    TB,

    dah sama macam AR jugak kann..
    asek tersilappp jer manjang..

  13. May 19, 2010 at 3:44 pm

    bab wiper & signal tu-aku alami bila nak bwk kete Gen2. asyik tersilap jerk~

  14. May 19, 2010 at 3:58 pm

    Nonono… saya takkan tersilap tentang batang gear ..

    Alaa.. pejam mata pun boleh ! oppssss…

    hahaha ( gelak ala-ala sopan )

  15. May 19, 2010 at 5:11 pm

    Salam Tb…bagi saya itu memang masalah…sbb…saya bawak Perdana…kereta anak pulak Savvy…Perdana signal belah kanan…savvy sebelah kiri…aduh!! bukan sehari dua keliru…tiap2 hari…pagi petang silap guna…ntah kenapalah diorang nak buat lain2 kan?

  16. May 19, 2010 at 5:46 pm

    merempit la jimat uolsss.hehe

  17. May 19, 2010 at 6:25 pm

    tapi tak laju macam roket saya…ahahahaha

  18. May 19, 2010 at 7:05 pm

    aik? nampak macam mers ler….

  19. May 19, 2010 at 7:38 pm

    Salam TB……

    Aku nak naik kete kuda je lepas ni……ada fresh air gituuuu !!!!

    🙂

  20. May 19, 2010 at 9:05 pm

    Owhh.. TAG yang minta […]

    Yealah..sabar okeh . Ingat senang ke nak puji awak .

    Tapi janganlah pulak tak tidur malam , mandi tak basah tauu..

    tak koserr ..

  21. May 19, 2010 at 10:15 pm

    makcik naik beskal tua jerrr….

  22. May 19, 2010 at 10:53 pm

    Kawan aku mati dilanggar Perdana yg terbabas tiba-tiba, ….sedih kannnn

  23. May 19, 2010 at 11:09 pm

    lampu je mcm Merc kot… kot je la ouls…

  24. June 1, 2010 at 5:03 pm

    nasik ayam garing kat kedai MANCONGKAM shah alam mmg best…

  25. June 18, 2010 at 8:25 am

    salam..actually kereta proton ni lain lain kat tpt wiper & signal tu.perasan kalau wira wiper belah kiri. kereta waja adik ipar..signal yg belah kiri..

  26. 55 yob
    February 8, 2011 at 12:38 am

    salam.. bole ke nk swap signal yang sebelah kiri dengan wiper yang kat belah kanan tu.. srius xbes nk pusing stering..


Leave a reply to hemy Cancel reply


Thunbergia Laurifolia

Thunbergia Laurifolia

Seorang lelaki, sudah lanjut usia, tinggal berasingan di ibukota. Suka bunga-bungaan, tapi bukan jiwang. Suka kereta-kereta, tapi bukan mat rempit. Suka fotografi tapi bukan photographer. Eh, suka suki haku lohh.
May 2010
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

yang lampau